Amal Rebusan Air 3 Bahan Semulajadi Ini Untuk Kecantikan Dan Sihat Dalam Dan Luaran, Wanita Ini Tunjukan Caranya.

Share

Kecantikan merupakan sesuatu yang sinonim dengan diri wanita. Semua wanita inginkan cantik luaran dan dalaman. Biarpun anak dara atau wanita yang sudah berkahwin, tetap ingin ingin kelihatan cantik dan sihat secara semula jadi.

Untuk itu, sudah pasti memerlukan amalan atau perawatan diri untuk kekal cantik.  Selain mengamalkan gaya hidup sihat, mengamalkan petua orang dulu seperti air rebusan herba juga adalah antara amalab untuk menjaga kecantikan luaran dan dalaman.

Nak tahu lebih lanjut ikuti cara penyediakan yang disediakan oleh Syikin Gillis . Seterusnya ikuti perkongsian beliau. 

Air rebusan untuk kecantikan dalaman dan luaran. (ketat-rapat-sihat-cantik-usus Bersih)

Bahan-bahan :

– 2 biji lemon
– 6-8 batang serai
– satu plastik kecik halba
– halia 1 ketul besar
– kunyit 3-5cm (boleh suaikan ikot kehendak)
– gula batu
– 2 ½ botol air mineral.

Cara penyediaan:

– Ketuk Halia, Serai, kunyit ( jangan hancur sangat).

– potong lemon dan perah kedalam rebusan.

– campurkan semua sekali bahan kecuali gula batu dan reneh di atas dapur dengan api sederhana selama 30-45 minit.

– bila dan siap tapis dan simpan di dalam petis ais.

Lihat video ini:

 

– boleh diminum semasa panas juga sejuk. Sebelum minum campurka dalam 5 ketul gula batu untuk lebih sedap.

(Kalau rasa kuat sangat boleh dicampur dengan air putih sedikit. )

-kalau minum dengan rasa asli, takot korang x boleh nak konsisten pulak. ?

– minum Pagi sebelum makan & malam sebelum tidur. Minum 2-6 kali sebulan pun dah cukup. Seeloknya selepas period.

Khasiat Air Rebusan:

* melancarkan pencernaan @ masalah sembelit. 
* mencuci buah pinggang usus dan organ dalaman
* senggugut, kembung sebu dan senak perut. 
* angin dalam badan.
* kolestrol tinggi.
* menurunkan berat badan & mengempiskan perut.
* menjaga dalaman wanita ketat-rapat.
* mencegah kanser.
* menurunkan tekanan darah.
* sebagai diuretik, kejang otot, Batuk. 
* meningkatkan metabolisme badan. 
* membuang toksin dalam badan. 
* mewangikan tubuh badan lelaki dan wanita. 
* menguatkaj jantung.
* merangsang rahim.

Sebenarnya banyak lagi khasiat yang terdapat dalam air rebusan ni.

*** boleh kurangkan bahan kalau nk buat dalam kuantiti yang sedikit.

Coopp.!! Tapi halia yang direbus tu biasanya Cik Gillis x buang, kunyah ke makan. Sedap. Rasa pedas2 sikit. Badan pon rasa panas jea..

Selamat mencuba. Jom cantik & sihat sama-sama.

Sumber: Syikin Gillis 

Bacaan lanjut: Kalau Tahu Tenik Menyimpan Cara Betul, Tak Mustahil  Fresh Graduate Ada Simpanan RM50,000 Selepas 3 Tahun Bekerja.

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club