Melihat perut yang buncit dek kerana lemak yang tertumpu pada bahagian perut tentunya membuatkan wanita tidak suka melihatnya.
Tidak mahu terus dihimpit perasaan tidak puas hati dengan keadaan fizikal, alangkah bagusnya jika diusahakan dengan petua ini disamping amalkan gaya hidup sihat dan aktif.
RAMUAN UNTUK HILANGKAN PERUT BUNCIT
Masalah perut buncit ini memang sukar untuk dielakkan. Sebenarnya senang sahaja, jaga pemakanan, diet yang sihat , insyaallah anda boleh atasi masalah tersebut. Kalau selama ni cuba pelbagai produk tetapi masih belum menjadi, Nah! Kami ada petua tradisional punya nak kongsi dekat korang.
Bukan untuk perut buncit sahaja, petua ini juga elok untuk dalaman wanita. Jadi, nak nampak cantik, hensem kena korbankan sikit citarasa anda ya. Apa yang kami nak kongsi ni adalah sejenis minuman, haaa boleh minum ke tidak? Apa rasa air ini ek? Jom usha!
Ads
Bahan-Bahan:
Ads
Halia
Serai
Kunyit
Manjakani
Kuantiti, saya agak-agak saja setiap kali buat.Tetapi halia kena banyak dari serai. Untuk dalam gambar, halia dalam 3 inci, 4 ketul. Serai 4 batang, kunyit 1 inci, manjakani 5 biji.
Ads
Tumbuk separuh hancur. Manjakani tak perlulah ditumbuk. Tutup dan rebus dengan api yang kecil dalam tempoh sejam sampai air dah menjadi pekat.
Minum pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Nak sedap? Campurlah dengan madu sesudu kecil. Balance, simpanlah dalam peti ais.
Selamat mencuba
Sumber : AzmaNizam Naa Jamian via Pesan Bonda
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kuasa semulajadi memang banyak manfaatnya dalam kegunaan harian kita. Air cucian beras misalnya, jangan anggap ia hanya baik untuk tanaman sahaja.
Apa yang anda perlu tahu, air cucian beras ini cukup baik untuk merawat wajah dan menjadikannya kulit lebih cantik.
Beras yang mengandungi enzim semulajadi baik untuk merawat kulit malah bertindak memberi pelbagai kelebihan lain untuk kulit. Apa kelebihan lain yang mampu dilakukan oleh air cucian beras ini buat kulit kita? Kena baca ni.
Mencerah & Tanggalkan Bintik Hitam
Air cucian beras ini cukup baik untuk mencerahkan kulit. Malah bintik-bintik hitam jeragat juga akan dapat dikurangkan daripada biasa. Bukan itu sahaja malah nutrisi penting dan protein yang terdapat dalam air beras juga dapat meningkatkan produksi kolagen pada kulit. Cantik!
Pembersih Semulajadi
Ya air cucian beras memang pembersih semulajadi. Selepas membasuh beras buat kali ketiga, ambil airnya dan basuhlah kulit wajah. Tepuk-tepuk pada wajah dan biarkan kering. Jangan dilap dengan kain sebaliknya biarkan ia kering dengan sendirinya. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit lebih segar.
Hilangkan Jerawat
Bagi anda yang mengalami masalah jerawat dan sudah tidak tahu apa ubat yang patut dicuba, anda bolehlah mencuba lakukan pencucian dengan air cucian beras ini. Gunakan air basuhan beras kali ketiga ke wajah dan biarkan ia mengering dengan sendirinya. Muka akan teras sedikit pedih dan lama kelamaan akan pulih dan mengecutkan jerawat. Kena cuba!
Kawal Minyak
Bukan hanya baik untuk jerawat, air basuhan beras ini juga baik untuk mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah. Mulakan dengan mencuci muka dengan pencuci biasa kemudian barulah dibilas dengan air cucian beras ini. Biarkan hingga ia mengering dengan sendirinya. Buat setiap hari!
Cerahkan Kulit
Bahan pemutih semulajadi yang terkandung di dalam beras mampu bertindak memutihkan kulit dengan pantas. Untuk memutihkan kulit wajah dengan cepat, lakukan basuhan ini sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.
Bukan hanya lebih cerah, kulit juga akan lebih lembut dan halus. Basuhan beras kali ketiga diasingkan dan dibiarkan semalaman. Keesokkan harinya, ambil mendapan putih dan gosokkan pada kulit muka. Biarkan kering dan basuh bilas bersih.
Ubati Kulit Radang
Kalau muka terasa gatal, radang dan kemerahan ada baiknya anda cuci dengan air beras. Sewaktu mencuci, kulit akan terasa pedih namun ia merawat dan memulihkan dengan pantas. Masalah kulit terbakar atau sunburn, cucian beras juga mampu buat kulit lebih segar dan mengurangkan kepedihannya. Kulit akan kembali segar dan cerah dengan pantas!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan masakan mungkin ada yang telah lama amalkan. Namun ada juga yang belum pun pernah mencuba dan merasai keberkesanan mengamal petua lama.
Umpamanya dengan mengamalkan petua minum air rebusan ketumbar yang dikatakan banyak khasiatnya dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaniza Isenen dan bolehlah anda mencubanya.
PETUA MUDAH KURUS DENGAN AIR REBUSAN BIJI KETUMBAR
Ramai tak tahu, yang biji ketumbar ni selain jadi rempah masakan tapi boleh jugak turunkan berat badan tau! So, Jangan pandang sebelah mata.
Kecil-kecil biji ketumbar ni tapi jumlah mineral dia lebih tinggi seperti serat makanan, zat besi, kalsium, dan mineral.
Penyebab kita bertambah berat badan adalah adalah makan makanan yang mengandung banyak kalori tapi kurang air dan serat. Betul tak?
Meh kita try amalkan dengan 2 bahan mudah yang selalu ada kat dapur tu.. kita manfaatkan.
Bahan-bahan
Biji ketumbar
Lemon
Cara-caranya
Itu sahaja! Dah siap untuk diminum.
Selamat mencuba!
Nota: boleh juga tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.
Manakala meninjau di page Hallo Doktor, turut dikongsikan artikel berkaitan 9 manfaat ketumbar untuk tubuh dan bolehlah dimanfaatkan.
#1. Mengurangkan keradangan kulit
Cineole, yang merupakan salah satu daripada 11 komponen minyak pati dan asid linoleat, terdapat dalam rempah ini.
Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri antirheumatik dan antiarthritik, yang membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the German Society of Dermatology, para penyelidik juga telah mencatatkan sifat antiradang daripada rempah ini.
Untuk keadaan seperti pembengkakan yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang atau anemia, rempah ini berkesan dalam mendorong pengencingan untuk melepaskan air berlebihan daripada badan.
Pengurangan keradangan kulit ini membawa kepada pengurangan ketidakselesaan selain penambahbaikan pada kulit.
#2. Melegakan gangguan pada kulit
Ciri-ciri disinfektan, detoksifikasi, antiseptik, antikulat dan antioksidan yang dimiliki oleh rempah ini adalah sesuai untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan, dan jangkitan kulat.
Minyak ketumbar juga telah dipatenkan untuk sifat antiradang dan antimikroba oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti di Freiburg, Jerman.
#3. Menurunkan tahap kolesterol
Menurut jurnal Environmental Biology, asid yang terdapat dalam rempah ini, seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbat (vitamin C) sangat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Asid-asid ini juga mengurangkan tahap kolesterol LDL yang buruk di sepanjang dinding dalaman arteri dan urat, yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan strok.
Lebih penting lagi, rempah atau herba ini membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” atau HDL, yang berfungsi sebagai garis pertahanan pencegahan terhadap beberapa keadaan kesihatan yang berbahaya.
#4. Ketumbar bagus untuk cirit-birit
Komponen minyak pati yang terdapat dalam ketumbar mengandungi komponen, seperti borneol dan linalool, yang membantu pencernaan selain memastikan fungsi hati yang baik.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Leaflets Ethnobotanical mengatakan ia juga membantu dalam melegakan cirit-birit yang disebabkan oleh tindakan mikrob dan kulat kerana komponen seperti cineole, borneol, limonene, alpha-pinene, dan beta-phellandrene, kesemuanya mempunyai kesan antibakteria.
Rempah ini juga semakin popular sebagai rawatan di rumah untuk mencegah mual, muntah, dan gangguan perut.
#5. Mengawal tekanan darah
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa rempah ini membantu menurunkan tekanan darah dalam kalangan mereka yang menderita hipertensi secara positif.
Dengan meningkatkan interaksi ion kalsium dan asetilkolin, neurotransmitter dalam sistem saraf periferal dan pusat, ia melegakan ketegangan saluran darah, sekali gus mengurangkan kemungkinan beberapa keadaan kardiovaskular, termasuklah serangan jantung dan strok.
#6. Ketumbar boleh melawan Salmonella
Salmonella adalah salah satu penyebab penyakit yang paling berbahaya di dunia, oleh itu sebarang kaedah atau cara semula jadi untuk melindungi diri anda daripada bahaya Salmonella adalah sangat penting.
Ketumbar mempunyai tahap dodecenal yang luar biasa tinggi. Ia merupakan sebatian semula jadi yang dua kali lebih tinggi sepertimana antibiotik sebagai rawatan utama untuk penyakit berasaskan salmonella.
Ini disahkan oleh satu kajian dari University of California at Berkeley.
#7. Membantu sistem pencernaan
Disebabkan oleh faktor aroma daripada minyak patinya, ketumbar membantu dalam rembesan enzim yang betul dan jus pencernaan dalam perut.
Ia merangsang pencernaan dan gerakan peristaltik. Ia juga membantu dalam mengurangkan gejala anoreksia.
Di samping aroma rempah ini yang menyenangkan, ia turut mempunyai kualiti perangsang yang tertentu, yang diperoleh daripada mineralnya.
Tambahan pula, neurotransmitter akan dirangsang apabila rempah ini dicerna. Kajian telah menunjukkan bahawa dispepsia (senak) akan berkurangan jika rempah ini sentiasa diambil dalam pelan pemakanan.
Bagi kanak-kanak kecil yang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kolik perut berbanding daripada orang dewasa, sedikit penambahan ketumbar dalam diet mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
#8. Ketumbar boleh membantu merawat cacar
Minyak pati dalam rempah ini kaya dengan antimikrobial, antioksidan, antijangkitan, komponen detoksifikasi dan asid-asid lain.
Kehadiran vitamin C dan zat besi juga menguatkan sistem imun.
Di kawasan di mana wabak cacar berlaku, kajian menunjukkan bahawa jumlah vitamin C yang besar mempunyai kesan pengubatan yang jelas terhadap cacar. Ia boleh membantu menyumbang kepada megadose vitamin C yang diperlukan.
#9. Penting sebagai ramuan rawatan konjunktivitis
Ketumbar adalah pembasmi kuman yang sangat baik dan mempunyai sifat antimikroba yang mungkin melindungi daripada penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.
Minyak ketumbar digunakan secara meluas dalam penyediaan dan penghasilan beberapa produk penjagaan mata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pesona bibir seorang wanita akan nampak lebih berseri bila mana dioleskan dengan lipstik, lip gloss, lipsmatte atau pun memilih menggayakan liptint. Andai dibiarkan polos, bimbang juga wajah akan terlihat tidak bermaya.
Menyentuh tentang lip tint, sebenarnya lip tint ini mempunyai tekstur berbentuk cecair atau gel dan mousse. Lebih ramai gemar menggunakan lip tint ini kerana ciri-ciri istimewa yang ada padanya.
Pun begitu andai ada ingin mencuba menghasilkan sendiri liptint ini, bolehlah sediakan sediri dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Bukan sahaja mudah dan jimat kos, menariknya juga bolehlah kita hadiahkan kepada anak-anak perempuan kita yang suka sangat main ‘makeup-makeup’.
Nak tahu apakah bahan dan bagaimana cara penyediaannya, jom semak perkongsian daripada Fatin Lee ini.
“Nak keluar, tapi liptint dah habis. Nak tak nak terpaksa DIY sendiri. Guna bahan yang ada kat dapur je.”- Fatin Lee
BAHAN-BAHAN:
✔ Pewarna makanan (mek ten guna sirap) ✔ Madu (melembabkan bibir) ✔ Botol liptint
Nak keluar liptint dah habiss.Terpaksa DIY sendiri. ?Cun jugak kaler nya. Bibir pun rasa lembab sebab ada madu.