Barli sangat kaya dengan khasiatnya yang tersendiri malah sangat bagus jika diamalkan bagi menjaga kesihatan tubuh kita anak beranak.
Bahkan rasa minuman barli ini juga sangat enak sama ada diminum sejuk mahupun panas. Jadi tidak menjadi masalah untuk dijadikan minuman harian seisi keluarga.
Memberi idea untuk lebih mudah menyediakan minuman ini yang semua maklum perlu direbus lama sebelum boleh dinikmati, ada baiknya anda buat seperti mana yang dipraktikkan oleh beberapa perkongsian ini.
Jom semak semoga bermanfaat.
Menurut perkongsian Eja Razak, stok barli sentiasa ada dekat rumahnya. Selang empat hari pasti dia akan rebus barli untuk dinikmati. Dia juga turut berkongsi cara yang dipraktikkan dalam memastikan stok air bali sentiasa ada di rumahnya tanpa perlu merebus setiap hari.
“Ni cara saya nak elak hari-hari rebus barli rebus 1 cawan barli bersama 3 cawan air,apabila barli dh masak lembut air rebusan dah pekat tutup api(guna api perlahan je) sejukkan dulu sebelum isi dalam bekas simpan dalam peti. Setiap kali nak minum ambil 2 sudu besar dan tuang air panas mendidih 1 gelas biar 30 minit baru minum. Sehari 2 kali minum.
Antara khasiatnya
1. Mampu kurangkan kolestrol dalam badan.
2. Mampu kurang kan berat badan,sy memang minum sekali makan biji barli dan saya skip sarapan boleh kenyang sampai tengah hari.
3. Mampu turunkan suhu badan ketika deman.
4. Sesuai untuk ibu mengadung mampu elak sembelit dan kawal gula dalam badan.
5. Sesuai untuk ibu menyusu(milk boster)
6. Kaya vitamin b dan kalsium.
Ekstra Tip : Tak perlu letak gula lagi bagus untuk kesihatan. Barli basuh sekejap sebelum rebus. Saya buat sampai 4 hari je dah habis guna so saya tak tahu lebih dari tu tahan tak.
Tidak dengan itu, turut berkongsi berkenaan amalan minum air barli ini ia juga bagus untuk menurunkan kolestrol sebagaimana yang diamalkan oleh Sumaiyah Abdullah.
Ok. Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.
Bahan-bahannya adalah ;
– 3 sudu besar Biji Barli
– 2-3 sudu kecil Madu
– 3 gelas air
– 1 hirisan lemon
* Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.
Cara-caranya simpel sangat.
1- Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
2- Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
3- Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
4- Kemudian sejukkan.
5- Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
6- Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betol2 menyegarkan. Phewww.
Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan. Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi. Hehe. Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya ;
* Menyejukkan badan.
* Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
* Mengawal gula dalam darah.
* Mencegah jangkitan saluran kencing.
* Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi. Okey. Selamat mencuba. InshaAllah more resepi selepas ni.
* Penambahan skit. Lebihan barli boleh dibuat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja. Jangan membazir taw. Doser.
Meninjau di akaun fb Nik Syafniey MatJali pula, dia juga turut mengamalkan minum air rebusan barli untuk menghilangkan rasa panas dalam badan.
Menurutnya, asal rasa diri tak sedap badan, macam hendak demam atau rasa letih, pasti sahaja dia akan amalkan minum air rebusan barli yang dicampur dengan beberapa bahan-bahan lain.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
RESEPI HILANGKAN PANAS DALAM
Bahan bahan
1/3 batang KMC @ 1 uncang KMC
1/4 cawan barli
Sikit gula batu
3 helai daun pandan
1 lemon
3 gelas air
Rebus semua bahan kecuali lemon. Bila barli dah kembang, tutup api. Masukkan lemon. Lemon ni agak agak jek. Jangan habiskan semua. Minum air ni suam suam.
Bila air rebusan dah habis, tambah air dan rebus lagi. Boleh 3 kali ulang.
Air rebusan ni memang bagus untuk sejukkan panas dalam plus hilangkan selesema tau. Cubalah. Nak guna kayu manis cassia tu pun takde masalah. Tapi kalau dah ada pilihan sihat, kenapa nak pilih yang mudarat. Ye dok?