Amal Minum Air Kisaran Daripada 2 Bahan. Itu Cara Lelaki Ni Kawal Darah Tinggi & Ternyata Serasi. Boleh Cuba!

Share

Orang tua-tua dulu sememangnya banyak petua dan pantang larang yang diamalkan dalam kehidupan harian. Bahkan amalan ini jugalah yang terus diperturunkan hingga ke hari ini. Oleh itu, mana yang baik dan tidak memudaratkan diri  tidak salah kiranya untuk terus diamalkan. Umpamanya berkaitan petua penjagaan kesihatan buat mereka yang ada alami penyakit darah tinggi.

Ini sebagaimana perkongsian di facebook oleh Asrie Baker yang juga merupakan salah seorang yang pernah menghidap penyakit darah tinggi berkongsi amalan yang dilakukan sebagai alternatif untuk merawat penyakitnya itu dengan minum air kisaran daripada dua bahan terpilih. Dan akhirnya berkat usaha, tekanan darah tingginya dapat dikawal pada paras normal.

Nak tahu detail, bolehlah baca  perkongsiannya di sini dan boleh lah dicuba. Mana tahu dengan amalan ini juga serasi dengan anda dan dapatlah anda menjaga kesihatan dengan lebih baik di masa akan datang.

Catatan Aku Seorang Yang Pernah Ada Darah Tinggi
Semasa usia hujung 20an dan masuk 30an catatan tekanan darah aku selalu nye menunjukkan peningkatan yang sememangnye akan menaikkan lagi bacaan…Gerun bukan?

Kalau waktu tengahari, kerap aku rasa pening yang amat dan rasa tak selesa bahagian kepala dan tengkuk.. pernah cuba nak mohon skip atau tukar sahaja jadual mengajar di tengahari, (haha banyak cantik ko).. tapi aku redo kerana penyakit keturunan katanya..(uitt cakap baik-baik ye, aku tak pernah nak salahkan ibubapa aku)…

Pernah satu ketika catatan aku melebihi tahap ke2 hipertensi iaitu 160 ke atas dan doktor arah aku ditahan… Aku bagi macam-macam alasan tak nak masuk wad sebab janji nak rehat betul-betul di rumah .

Balik rumah, aku cari daun belimbing buluh sebab kata orang, ianya boleh kurangkan sakit…merata aku pusing Kg Sg Buaya, cari pokok belimbing, sehinggalah terjumpa pokoknye di sebuah rumah berhampiran sungai…aku bagi salam untuk kebenaran ambik daun tu.

Muncul dari tingkap seorg budak perempuan dalam usia awal 20an, tanya sebab apa nak ambik daun tu?… Aku cakap untuk ubat darah tinggi…dia keberatan nak bagi sebab dia kata ada yang lebih mujarab dan terbukti berkesan dari daun belimbing.

“Abg, mak saya dulu pengidap darah tinggi yang agak kronik…tapi alhmdulillah, ada seorang Indonesia bagi petua untuk amalkan.. dia minum air daun sup dan bawang putih yang sudah diblender…..amalkan selalu…sampai sekarang mak saya dah tak ada darah tinggi…”

Owh ye ke… setelah berterima kasih, aku pulang dan terus cuba…cari daun sup, campur bawang putih dan air..blender…walaupun pada awalnya tidak confident, tapi aku tetap nak try jugak….

Alhmdulillah, setelah mengamalkan minum beberapa hari, aku chek, darah tak tinggi lagi..aku terus amalkan.. dari minum hari-hari, aku minum jarang-jarang dan kini jadi kadang-kadang. Sampai sekarang bila chek, tekanan darah sentiasa di paras normal.

Cuma kena tahan le…rasanye memang tak sedap bro/sis…korang nak sihat tak?… Jangan hirau bab yang tak sedap tu…teruskan minum..insyaAllah ada kesembuhan di situ.

Terima kasih kat budak pompuan yang kasi petua ni..agak-agak sekarang dah masuk usia lebih 40 kot, semoga Allah Merahmati serta permudahkan hidupnye serta yang empunya susunan asal usul petua ini. Cuba lah, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ. insyaAllah.

Cara buat :

1.Ambil  bawang putih dalam bilangan ganjil dan beberapa helai daun sup yang diambil dengan batangnya sekali.


2. Potong-potong daun sup tu..masukkan dalam jug blender bersama bawang putih dan air. Guna air suam je.


3. Hasil selepas blender… Cantik warna hijau.


4. Tapis airnya ke dalam cawan, boleh la campur sikit air suam. Selepas itu bismillah, minum lah jangan cium baunya, nanti tak tahan. Lepas minum, boleh la kulum gula-gula untuk hilangkan rasa tak sedap tu.. cubalah selalu, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ, insyaAllah…

Sumber : Asrie Baker

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/  atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club