Orang tua-tua dulu sememangnya banyak petua dan pantang larang yang diamalkan dalam kehidupan harian. Bahkan amalan ini jugalah yang terus diperturunkan hingga ke hari ini. Oleh itu, mana yang baik dan tidak memudaratkan diri tidak salah kiranya untuk terus diamalkan. Umpamanya berkaitan petua penjagaan kesihatan buat mereka yang ada alami penyakit darah tinggi.
Ini sebagaimana perkongsian di facebook oleh Asrie Baker yang juga merupakan salah seorang yang pernah menghidap penyakit darah tinggi berkongsi amalan yang dilakukan sebagai alternatif untuk merawat penyakitnya itu dengan minum air kisaran daripada dua bahan terpilih. Dan akhirnya berkat usaha, tekanan darah tingginya dapat dikawal pada paras normal.
Nak tahu detail, bolehlah baca perkongsiannya di sini dan boleh lah dicuba. Mana tahu dengan amalan ini juga serasi dengan anda dan dapatlah anda menjaga kesihatan dengan lebih baik di masa akan datang.
Catatan Aku Seorang Yang Pernah Ada Darah Tinggi
Semasa usia hujung 20an dan masuk 30an catatan tekanan darah aku selalu nye menunjukkan peningkatan yang sememangnye akan menaikkan lagi bacaan…Gerun bukan?
Kalau waktu tengahari, kerap aku rasa pening yang amat dan rasa tak selesa bahagian kepala dan tengkuk.. pernah cuba nak mohon skip atau tukar sahaja jadual mengajar di tengahari, (haha banyak cantik ko).. tapi aku redo kerana penyakit keturunan katanya..(uitt cakap baik-baik ye, aku tak pernah nak salahkan ibubapa aku)…
Pernah satu ketika catatan aku melebihi tahap ke2 hipertensi iaitu 160 ke atas dan doktor arah aku ditahan… Aku bagi macam-macam alasan tak nak masuk wad sebab janji nak rehat betul-betul di rumah .
Balik rumah, aku cari daun belimbing buluh sebab kata orang, ianya boleh kurangkan sakit…merata aku pusing Kg Sg Buaya, cari pokok belimbing, sehinggalah terjumpa pokoknye di sebuah rumah berhampiran sungai…aku bagi salam untuk kebenaran ambik daun tu.
Muncul dari tingkap seorg budak perempuan dalam usia awal 20an, tanya sebab apa nak ambik daun tu?… Aku cakap untuk ubat darah tinggi…dia keberatan nak bagi sebab dia kata ada yang lebih mujarab dan terbukti berkesan dari daun belimbing.
“Abg, mak saya dulu pengidap darah tinggi yang agak kronik…tapi alhmdulillah, ada seorang Indonesia bagi petua untuk amalkan.. dia minum air daun sup dan bawang putih yang sudah diblender…..amalkan selalu…sampai sekarang mak saya dah tak ada darah tinggi…”
Ads
Owh ye ke… setelah berterima kasih, aku pulang dan terus cuba…cari daun sup, campur bawang putih dan air..blender…walaupun pada awalnya tidak confident, tapi aku tetap nak try jugak….
Alhmdulillah, setelah mengamalkan minum beberapa hari, aku chek, darah tak tinggi lagi..aku terus amalkan.. dari minum hari-hari, aku minum jarang-jarang dan kini jadi kadang-kadang. Sampai sekarang bila chek, tekanan darah sentiasa di paras normal.
Cuma kena tahan le…rasanye memang tak sedap bro/sis…korang nak sihat tak?… Jangan hirau bab yang tak sedap tu…teruskan minum..insyaAllah ada kesembuhan di situ.
Terima kasih kat budak pompuan yang kasi petua ni..agak-agak sekarang dah masuk usia lebih 40 kot, semoga Allah Merahmati serta permudahkan hidupnye serta yang empunya susunan asal usul petua ini. Cuba lah, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ. insyaAllah.
Cara buat :
1.Ambil bawang putih dalam bilangan ganjil dan beberapa helai daun sup yang diambil dengan batangnya sekali.
Ads
2. Potong-potong daun sup tu..masukkan dalam jug blender bersama bawang putih dan air. Guna air suam je.
3. Hasil selepas blender… Cantik warna hijau.
4. Tapis airnya ke dalam cawan, boleh la campur sikit air suam. Selepas itu bismillah, minum lah jangan cium baunya, nanti tak tahan. Lepas minum, boleh la kulum gula-gula untuk hilangkan rasa tak sedap tu.. cubalah selalu, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ, insyaAllah…
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Seronok juga melihat ada dikalangan antara kita bila menanam sayur-sayuran di laman rumah terlihat subur. Terasa teringin juga untuk mencuba menanam sepokok dua.
Pun begitu, sebagai langkah permulaan tentunya kita mahu mencuba menanam pokok yang mudah hidup dan cepat dapat dituai.
Ikuti perkongsian ini untuk anda dapat menanam bayam dengan cara yang mudah dan dapat menikmati hasilnya dengan cepat.
Siapa-siapa yang baru cuba berkebun saya sangat rekemen tanam bayam. Senang hidup dan cepat tumbuh.
Pokok ni baru 3 minggu, dah nak boleh kutip.
Medium yg saya guna ialah tanah: sekam: cocopeat, 1:1:1.
Baja boleh guna air beras @ npk
Cara tanam.
1. Campur benih dengan tanah dalam bekas kecil @ gaul. Ini nk elak benih tumbuh terlalu dekat.
2. Tabur gaulan tadi atas medium . Kemudian tabur lapisan medium atas benih (ambil medium dari tapak tanam)
3. Kemudian siram guna air yang semburan halus, jangan siram terus guna paip nanti abis benuh berterabur. Tutup medium dengan zink@kain@ pelepah kelapa untuk bagi gelap
3. Dlm 3-4 hari pucuk akan keluar. Terus buang penutup atas utk elak pokok lonjong.
4. Amalkan siram guna semburan halus 2 kali sehari, kalau malas cam saya sehari sekali pun ok, asalakan medium tak kering kontang.
Sumber : Abdul Quyyum
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan hidangan pencuci mulut bukan sesuatu yang sukar, guna bahan yang ringkas tapi tetap menjadi. Sedap pula tu. Untuk hari ini, apa kata ibu-ibu cuba Puding Oreo Milo ini.
Air tangan dari Noraslinda Bugal ini viral cukup mudah. Hanya guna 5 bahan je. Jom cuba!
PUDING OREO MILO
BAHAN-BAHAN
1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
800 ml susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
150 gram gula pasir
8 keping biskut Oreo
2 sudu besar Milo
CARA MEMBUATNYA
1.Satukan serbuk agar-agar,susu segar dan gula pasir di dalam periuk.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Sentiasa dikacau
2.Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut(Jangan terlalu halus)
3.Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang biskut tadi ke dalam acuan
4.Tapis agar-agar dan tuang ke dalam acuan(Jangan tuang habis semua.Tinggalkan sedikit untuk lapisan Milo)
5.Gunakan garfu,kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.Ketepikan
6.Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo.Kacau sehingga Milo hancur dan sebati
7.Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau dulu bila mak kita hendak menanak pulut, pasti akan direndam semalaman pulut tersebut. Tapi sekarang ini ada trik untuk memasak pulut yang bukan sahaja tanpa perlu direndam, malah tidak perlu pun dikukus.
Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian daripada No Or ini untuk manfaat bersama.
CARA MASAK PULUT DENGAN CEPAT DAN MUDAH
🎶Oh! kome deroyan udah luruh, 🎶
🎵moh kita cepat pegi suluh 🎵
Haaa lagu yang udah sinonim di musim durian ni. Ada orang suka makan gitu aje, ade lak yang suka makan dengan pulut dan santan.
Dedulu macam leceh je kan, nak masak pulut ni. Nak kena rendam bagai, tapi bila dah jumpa cara mudah ni. Alahai, pejam sebelah mata je kome oi.
Bagi yang belum jumpa cara mudah nak masak pulut, ni Cik No nak share cara yang amat mudah. Cepat pun iye jugak tau. Sebab dah tak perlu nak rendam merendam lagi. Dah tak perlu nak kukus kukus. Versi ni, Cik No guna rice cooker aje.
Okay, jom baca.
Untuk sukatan pulut tu, ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan tu.
1- Cuci pulut bersih dan masukkan ke dalam periuk @ kuali. Cik No, guna periuk rice cooker tu aje.
2- Masukkan air ke dalam periuk tu, isi la banyak manapun takpe. Ikut suka korang la, pastu letak atas dapur, bukakan api.
Boleh letakkan pewarna @ serbuk kunyit atau biarkan aje warna putih, terpulang pada korang.
Cik No buat pulut putih je, sebab Cik boipren nak makan dengan durian.
Kalau korang nak letak pewarna, nanti kacau lah pulut tu, sebab nak bagi warna tu cantik sekata.
3- Tunggu sampai air rebusan pulut tu betul-betul mendidih. Pastu terus tutupkan api.
Bila air tu dah mendidih, jangan biar lama sangat, takut pulut kembang pulak bila kita nak masak dalam rice cooker.
4- Kemudian buang semua air rebusan tadi.
Pulut dah tak perlukan air.
5- Pindah periuk masuk ke Rice Cooker, pastu tekan button ‘Cook’ . Biar ia masak dalam rice cooker macam biasa, (sampai button tu bertukar pada ‘Warm’).
Ini bergantung pada berapa banyak pulut yang kita masak tu jugak.
6- Bila pulut dah masak / button keep warm, korang tabur lah gula dalam setengah sudu besar tu, pastu gaul-gaulkan rata. Kemudian tutup kejap periuk rice cooker tu.
Tujuan letak gula tu, nanti nak bagi pulut tu cantik, elok berkilat.
Lepastu bolehlah di masukkan pati santan dan di gaul rata. Boleh di hidangkan. Ikut suka lah nak makan dengan apapun.
InsyaAllah, walaupun pulut tak di rendam, elok je masaknya. Tekstur pulutnya pun cantik dan sangat-sangat menjimatkan masa.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.