Petua cantik orang dulu-dulu memang banyak dan salah satunya adalah cantik dengan menggunakan bunga mawar.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan ini. Jom baca jika masih ada yang belum pernah tahu mengenainya.
AMAL JAMU NI SEMINGGU 2 KALI WAJAH NAIK SERI
Rahsia orang lama dulu menjaga kecantikan mereka adalah dengan mengamalkan jamu mawar.
Mawar digunakan untuk kecantikan samada diminum, di makan kelopaknya, atau di jadikan formula untuk kecantikan kulit wajah dan badan.
Jadi tidak hairan, kenapa mawar femes serata pelosok dunia.
Harini, cikgu petik bunga mawar mak cikgu. Cikgu nak buat jamu. Jamu ni mudah dan sangat istimewa. Cikgu amal dari zaman muda lagi. Cara pengambilan dia seminggu 2-3 kali.
Minum sebelum makan waktu pagi dan malam sebelum tidur sambil NIAT baik baik.
Jom cikgu kongsi manfaat jamu ni.
-Membuat Kulit Muda Dan Sihat
-Kelopak mawar kaya dengan antiseptik, anti-bakteria, anti-radang, dan sifat anti-oksidatif.
-Ia bagus untuk membantu menyembuhkan pelbagai masalah kulit seperti berjerawat, kering serta berminyak.
-Ia memberikan kelembapan kepada kulit, dan kulit juga menjadi lebih lembut, licin, berseri dan kesihatan muda.
Anti- penuaan
-Ia kaya dengan vitamin A dan Vitamin E. Dengan antioksidannya ia mampu membantu melewatkan proses penuaan dimana ia juga membantu mengurangkan kecutkan dna garis halus.
-Antioksida yang tinggi membantu membatasi radikal bebas yang merosakkan kulit, sekaligus melambatkan penuaan.
-Sebagai anti-alergi yang berkesan.
-Baik Untuk Wanita yang alami masalah senggugut
-Meningkatkan Sistem Imun
-Sumber vitamin C yang baik membantu meningkatkan daya imuniti tubuh anda. Seterusnya, melindungi anda daripada pelbagai keadaan kesihatan dan memerangi jangkitan dengan cara yang lebih baik.
-Membanti mengubati sakit tekak dan resdung
-Kandungan vitamin C membantu dalam memberi kelegaan dari sakit tekak, hidung berair dan sejuk badan.
-Membantu proses pencernaan
-Asid organik dalam kelopak mawar meningkatkan daya pencernaan. Semakin kuatnya sistem penghadaman anda, semakin selamat saluran gastrousus anda daripada penyakit dan jangkitan.
-Ia juga membantu menyingkirkan sisa dan toksin dan membantu usus lebih sihat. Ia Di samping itu, ia juga membantu proses pertumbuhan bakteria baik di usus anda.
-Membantu dalam rawatan untuk sembelit dan cirit-birit
-Mengekalkan Kesihatan Saluran Kencing
-Melegakan tekanan
-Jamu ini membantu mengurangkan tekanan anda selepas satu hari yang panjang. Ya! Ia mempunyai kesan positif untuk mengimbangi tekanan dengan menenangkan sistem saraf anda.
-Membantu Mengurangkan Berat
-Mewangikan badan
Bestkan manfaat jamu ni. Sangat mudah untuk di masak.
Konsisten minum jamu ni wajah pun jadi pinkish semulajadi.
Resipi Jamu Mawar Homemade.
BAHAN-BAHAN:
7 kuntum bunga mawar
1-2 genggam daun inai
9 biji buah pelaga
1 sudu besar cengkih
Cara penyediaan :
CARA MASAK JAMU
1. Rebus bersama 50Oml air sampai mendidih
2. Tapis airnya. Tambah 30-50ml madu.
3. Kacau Sebati
4. Tuang dalam cawan boleh perah lemon dan minum
5. Lebihan simpan dalam peti ais.
Pastikan mawar yang di petik di rumah jangan yang beli dekat florist. Kang tak pasal jadi racun.
Sumber : Sarifa Redzuan II