Hiburan

Alyah Kongsi Pilih Nama Anak Angkat Ketika Singgah Di (R&R) Ayer Keroh, Melaka

Share

Alyah kongsi pilih nama anak angkat ketika singgah di kawasan rehat dan rawat (R&R) di Ayer Keroh, Melaka. Pemilihan nama anak adalah proses yang memerlukan pertimbangan yang teliti. Nama yang baik membawa makna yang positif.

 

Alyah Kongsi Pilih Nama Anak Angkat Ketika Singgah Di (R&R) Ayer Keroh, Melaka

Memilih nama untuk anak adalah salah satu keputusan penting yang diambil oleh ibu bapa. Nama bukan hanya sekadar panggilan, tetapi juga membawa makna yang mendalam dan memberi kesan kepada identiti serta peribadi anak.

Bagi penyanyi Datin Alyah, bergelar ibu, antara momen indah ialah ketika memilih nama untuk anak angkatnya. Alyah atau pemilik nama sebenarnya, Nor Hasliah Abu Hassan, 43, memilih nama anak angkatnya dari sebuah restoran di kawasan rehat dan rawat (R&R) di Ayer Keroh, Melaka.

“Saya tak pernah ada pengalaman sebelum ini tapi nama anak saya ini diambil ketika saya singgah di R&R dan ada restoran Izzara di situ.

“Saya nak letak nama Izara Aishah tapi risau takut orang keliru dan ibu saya pula nasihat untuk letak Nur maka jadilah Nur Izzara,” katanya.

Sama seperti ibu-ibu yang lain, Aliyah juga sukar berjauhan lama dengan anak. Kehadiran Nur Izzara membawa perubahan besar dalam hidupnya.

 

“Saya masih dalam proses menjadi ibu sebab pengalaman menjaga anak saudara berlainan dengan Izzara yang ada 24 jam dengan saya,” katanya.

Bercerita tentang Nur Izzara, ujar Aliyah, dia dan suaminya, Datuk Ramli MS tidak pernah merancang untuk mengambil anak angkat. Malah Alyah juga lebih selesa merahsiakan latar belakang anak itu.

“Saya memang tak rancang untuk ada anak angkat. Ramai nak beri tapi saya tak nak sebab komitmen anak ini bukan macam anak kucing.

“Tapi selepas dapat panggilan haji saya dapat bayi ini selepas dua hari dia dilahirkan.

“Saya tak boleh nak kongsi sebab apa ibu bapanya tidak dapat menjaga anak ini. Saya anggap ini sebagai rezeki saya dan Tok Ram,” kata Alyah lagi.

Jun lalu, menerusi akaun Instagramnya, Alyah berkongsi berita gembira kehadiran si kecil itu dalam keluarganya. Alyah turut berkongsi sekitar majlis cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya itu.

Untuk info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS pada 2013 di Indonesia.

Sumber: Mstar

Baca artikel lain juga: Bunga Kesayangan Kami Datin Alyah Tayang Wajah Baby Zara, Comelnya!

Nur Izzara Hadir Dalam Hidup Kami Datin Alyah Perkenalkan Anak Pada Semua

Kawal Pun, Kalau Ada Tetap Ada Alyah Amal Surah Al-Fatihah Ayat Kursi, Doa Rumahtangga Terpelihara!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my