Alyah kongsi pilih nama anak angkat ketika singgah di kawasan rehat dan rawat (R&R) di Ayer Keroh, Melaka. Pemilihan nama anak adalah proses yang memerlukan pertimbangan yang teliti. Nama yang baik membawa makna yang positif.
Alyah Kongsi Pilih Nama Anak Angkat Ketika Singgah Di (R&R) Ayer Keroh, Melaka
Memilih nama untuk anak adalah salah satu keputusan penting yang diambil oleh ibu bapa. Nama bukan hanya sekadar panggilan, tetapi juga membawa makna yang mendalam dan memberi kesan kepada identiti serta peribadi anak.
Bagi penyanyi Datin Alyah, bergelar ibu, antara momen indah ialah ketika memilih nama untuk anak angkatnya. Alyah atau pemilik nama sebenarnya, Nor Hasliah Abu Hassan, 43, memilih nama anak angkatnya dari sebuah restoran di kawasan rehat dan rawat (R&R) di Ayer Keroh, Melaka.
“Saya tak pernah ada pengalaman sebelum ini tapi nama anak saya ini diambil ketika saya singgah di R&R dan ada restoran Izzara di situ.
“Saya nak letak nama Izara Aishah tapi risau takut orang keliru dan ibu saya pula nasihat untuk letak Nur maka jadilah Nur Izzara,” katanya.
Sama seperti ibu-ibu yang lain, Aliyah juga sukar berjauhan lama dengan anak. Kehadiran Nur Izzara membawa perubahan besar dalam hidupnya.
Ads
“Saya masih dalam proses menjadi ibu sebab pengalaman menjaga anak saudara berlainan dengan Izzara yang ada 24 jam dengan saya,” katanya.
Bercerita tentang Nur Izzara, ujar Aliyah, dia dan suaminya, Datuk Ramli MS tidak pernah merancang untuk mengambil anak angkat. Malah Alyah juga lebih selesa merahsiakan latar belakang anak itu.
“Saya memang tak rancang untuk ada anak angkat. Ramai nak beri tapi saya tak nak sebab komitmen anak ini bukan macam anak kucing.
“Tapi selepas dapat panggilan haji saya dapat bayi ini selepas dua hari dia dilahirkan.
“Saya tak boleh nak kongsi sebab apa ibu bapanya tidak dapat menjaga anak ini. Saya anggap ini sebagai rezeki saya dan Tok Ram,” kata Alyah lagi.
Jun lalu, menerusi akaun Instagramnya, Alyah berkongsi berita gembira kehadiran si kecil itu dalam keluarganya. Alyah turut berkongsi sekitar majlis cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya itu.
Untuk info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS pada 2013 di Indonesia.
Anak sulung masuk sekolah, Intan Ladyana sebak, “Anak Mommy dah ready, Mommy yang tak ready.” Ramai ibu-ibu bila mana anak sulung mula sekolah, selalunya akan mengalirkan air mata.
Anak Sulung Masuk Sekolah, Intan Ladyana Sebak
Ini tidak terkecuali dengan pelakon dan pengacara Intan Ladyana. Ketika menghantar anak sulungnya, Evie Khadeeja yang kini berusia tiga tahun menghadiri hari pertama sesi persekolahan tadika, Intan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir laju.
“Anak Mommy Dah Ready, Mommy Yang Tak Ready”
Melalui entri di laman Instagram Story, Intan berkongsi momen anak pertamanya itu sudah bersedia untuk ke sekolah.
“Anak mommy dah ready, cuma mommy dia yang tak ready,” kongsi Intan.
Kelihatan Evie comel dengan pakaian seragam sekolahnya. Paling mencuri perhatian warga maya ialah situasi di mana Intan sebak dan menitiskan air mata ketika menghantar Evie ke sekolah.
Tidak hanya Intan, Haris juga turut berkongsi momen anak sulungnya memasuki alam persekolahan.
“Drama di pagi hari. First day Evie pergi school. Dia smile tapi mommy dia pula tak smile,” tulis Haris di ruangan kapsyen.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Harris Alif pada 5 Februari 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja dan Harris Umayr yang kini berusia lapan bulan.
Tiada hadiah yang lebih istimewa dibandingkan dengan peluang menjejakkan kaki ke tanah suci selepas berlakunya pandemik covid-19.
Demikian juga dengan selebriti, Tya Ariffin. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan peluang menunaikan umrah itu sebagai hadiah paling istimewa bersempena dengan bulan kelahiranya.
Tya dan suami, Asyraf Khalid berangkat ke Tanah Suci Mekah, bagi menunaikan ibadah umrah. Berita tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.
Pada masa sama, dia turut menitipkan permohonan maaf seandainya dia ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
“Bismillahirahmanirrahim, inshallah lagi satu jam Tya akan bertolak ke Jeddah dan meneruskan perjalanan umroh.
“Tya mohon maaf kepada semua jika ada salah yang sengaja maupun tak sengaja,” tulis Tya menerusi kapsyennya.
Dikesempatan itu juga, Tya turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga segala urusannya bersama suami di Tanah Suci akan sentiasa dipermudahkan.
“Kepergian ini seperti rezeki bulan kelahiran Tya, mashallah. Doakan Tya dan suami dipermudah umrah hingga kembali lagi ke tanah air,” kongsinya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti dan orang ramai. rata-rata menitipkan doa semoga dipermudahkan urusan umrah Tya dan suami.
ynasakinah Alhamdulillah rezeki dpt menunaikan umrah secepat ni after 2 tahun dilanda pandemic😍 Semoga dipermudahkan ya Tya dan Ashraf.
cikmanggisSemoga mendapat umrah mabrur Tya n family ❤️ seronoknya.. 😍
amallia39Amiin Smg dilancarkan Ibadahnya Tya N Suaminya..amiin 😇😇😇✨
ayundaputriiTyaaa takecare sayaaangg, semoga selamat semuanya dan lancar2 ibadahnyaa 🤗♥️
maslizamohdyusofameen… semoga dipermudahkan segala urusan dan doakan kami secepat nya kesana juga. 😍🤲🏻
empire.aziladaniMasyaAllah.. Tahniah Pn Tya.. Insan terpilih.. Semoga dipermudahkan 😍
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.