“Always Mommy Little Boy” Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Azad Jazmin Dan Ibu

Share

Ibu mana yang tak sayangkan anaknya, walaupun dah besar panjang tetap diatatang bagai minyak yang penuh. Tak dinafikan kasih sayang seorang ibu tiada batasnya.

Sebelum ini tular sebuah video yang dikongsikan oleh pelakon Eira Syazira memaparkan gelagat suaminya, pelakon Azad Jazmin yang menyuruh ibunya untuk membasuh rambut.

Menerusi video tersebut, kelihatan Eira yang terhibur dengan kelakuan suaminya bersama ibu mertua di bilik mandi.

@eirasyazira7 #fyp #pakazad #eirasyazira #maknanny #kisahanakmenantu #candytashampoo #candytahairserum #candytacarrotcollagen #candytabeaute #candytaviral #fypmalaysia #familypakazad #jagacintaeira #azadeira #slayyourdayyy #kauhanyabisa #teamcandyta ♬ original sound – eirasyaziraofficial

 “Mummy! Dia suruh Mummy syampu ke?” tanya Eira kepada ibu mertuanya sambil tertawa selepas melihat adegan lucu itu.

Lebih mencuit hati apabila terdapat gurauan manja dan usik-mengusik antara anak dan ibu ini.

“Ngada-ngada ada bini tak mau suruh,” seloroh ibunya.

“Kalau mommy buat rasa relax macam dalam saloon,” balas Azad dalam video tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut geli hati dan gembira melihat hubungan bahagia keluarga ini.

Sumber: TikTok Eira Syazira