Siapa yang tak kenal Dato Aliff Syukri yang merupakan usahawan kosmetik terkenal dengan pelbagai kisah menariknya yang sering menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, sempena kelahirannya, suatu majlis kejutan sempena meraikannya hari jadinya telah diadakan oleh isterinya.
Menerusi Instagram, ibu Aliff Syukri iaitu pengasas produk Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, memuat naik video memaparkan sekitar majlis kejutan hari jadi anak lelaki kesayangannya yang ke-32.
Bagaimana tahun ini, sambutan hari jadinya lebih bersifat sederhana dengan alunan zikir anak-anak tahfiz dan nyanyian nasyid daripada penyanyi Hafiz Hamidun berbanding tahun lepas bertemakan Bollywood yang dihadiri beberapa artis popular.
Kepada Dato Aliff Syukri, diucapkan selamat ulang tahun yang ke-32 tahun Dato Aliff Syukri, semoga tahun ini dibukakan lagi pintu rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia disamping keluarga tercinta.