Diuji dengan penyakit gout, bukanlah saat yang mudah dilalui. Kaki terasa sakit mencucuk sekali gus membataskan pergerakan.
Tidak mahu terus menanggung sakit yang sama berpanjangan, eloklah dicuba beberapa kaedah rawatan selain tetap makan ubat yang diberikan doktor.
Salah satu rawatan alternatif adalah sepertimana yang dikongsikan oleh Andak Amir ini. Jom semak.
Siapa-siapa Urin Acid tinggi ( Gout) boleh try Petua ni…
Bahan-bahan :
Nenas Madu sebiji, Lobak Putih sebatang & 3 @ 4 biji buah keras.
Cara penyediaan :
1. Buah keras ditumbuk hingga lumat.
2. Kemudian blend nenas dan lobak putih serta masukkan sekali buah keras yang ditumbuk tadi.
3.Semasa blend masukkan segelas air… Setelah di blend semua bahan tadi boleh la di tapis yer…
Minum segelas untuk pagi dan segelas lagi sebelah malam…TAPI INGAT IA NYER HANYA DI AMAL KAN SETIAP 3 BULAN SEKALI SAHAJA…Rasa dan bau nyer memang nak muntah…Aku rasa cukup lah kali ini jer aku minum…… Tapi siapa yg larat minum bolehla amalkan… Memang berkesan..
Sumber : Andak Amir via MAHN
Bawah Lengan Gelap Dek Alahan Mengandung, Ibu-ibu Jangan Stress, Hilangkan Dengan Pantas Guna 3 Petua Mudah!
Jujurnya masalah ketiak hitam dan kawasan leher bertukar menjadi hitam akibat alahan mengandung pastinya buat semua wanita rasa rendah diri yang teramat sangat. Benarkan?
Ketika menjalani proses mengandung selama sembilan bulan ini, masalah kehitaman ini pastinya menjadi kerunsingan pada tahap maksimum. Bagi yang mengandung sulung, pasti mencari produk atau mencari pelbagai petua untuk menyental masalah ini.
Pasti masalah ini menjadi kerisauan semua wanita apabila meninggalkan kesan kehitaman di bawah lengan atau ketiak juga di kawasan leher. Walaupun ia akan hilang dengan sendirinya selepas melahirkan anak, tetapi ada cara lebih pantas lagi untuk menghilangkan warna hitam ini.
Tiga Petua Mudah
1. Lulur Betik
Buah betik mentah sememangnya kaya dengan vitamin C serta mengandungi bahan yang dapat mencerahkan kulit. Parut betik hingga halus, dan letakkan pada kulit dan biarkan sekitar 15 minit. Seeloknya dilakukan selepas mandi ketika kulit masih segar dan bersih.
2. Kapur & Limau Nipis
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak sehingga rata dan biarkan kering selama selama 10 hingga 15 minit. Kemudian barulah dicuci bersih. Lakukan secara berkala 3 kali seminggu untuk mendapat kesan yang hebat!.
3. Parutkan Sengkuang
Selain limau dan betik muda, sengkuang juga berpotensi memutihkan ketiak yang gelap. Parut sengkuang hingga halus kemudian letakkan pada permukaan kulit yang gelap. Biarkan seketika kemudian barulah dibilas bersih. Jadikan ia sebagai rutin setiap hari.
Rupanya Ini Sebab Nak Makanan Manis Selepas Makan. Ikuti Penjelasan Pakar Bioteknologi Ini.
Ada antara kita kebiasaannya selepas menjamu selera, mula terasa ingin makan makanan manis sama ada kek atau coklat. Keadaan ini jika dibiarkan akan menjejaskan kesihatan.
Rupanya keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Malah ada cara untuk mengelak daripada ia menjadi habit yang membantu kita kekal sihat.
Ikuti penjelasan oleh pakar bioteknologi Magaret Sivapragasam menerusi group Makmal Makanan (MaMa).
Teringin makanan manis selepas makan? Rasa bersalah? Ini sebabnya!
1.Selepas makan, tubuh badan menggunakan tenaga yang banyak untuk melalui proses penghadaman. Disebabkan itu, badan menginginkan lonjakan tenaga dari sumber segera seperti gula.
2.Diet rendah protein akan mencetuskan keinginan pada makanan manis. Makanan yang kaya dengan protein dapat memperlahankan pengaliran gula ke saluran darah dan jika protein tidak diambil secukupnya, kadar gula dalam darah akan meningkat dan menurun pada kadar yang tidak normal. Ini menyebabkan badan anda menginginkan makanan manis untuk tenaga segera. Apabila makanan yang diambil tidak mempunyai nutrien yang seimbang dan hanya mengambil makanan yang tinggi karbohidrat, kadar gula dalam darah akan meningkat tinggi dan cepat menurun selepas makan. Ini menyebabkan badan menginginkan makanan manis untuk meningkatkan tahap gula dalam darah.
3. Kajian menunjukkan mereka yang biasa mengambil makanan yang tinggi gula dan lemak boleh membawa kepada perubahan neurokimia di dalam otak di mana ianya memberikan respon kepada mereka untuk menginginkan makanan manis. Sentiasa ingin manisan adalah berpunca daripada tabiat dan kebiasaan di mana jika anda sentiasa mengambil makanan manis selepas makan anda tidak akan berasa puas jika tidak memenuhi keniginan tersebut.
4.Otak akan diaktifkan sistem ganjaran apabila makanan bergula di ambil. Di mana proses ini merembeskan hormon gembira seperti opioids dan dopamine. Mengambil makanan manis sentiasa dikaitkan dengan perasaan positif yang menyebabkan individu bermotivasi untuk terus menginginkannya.
Tip untuk mengurangkan keinginan makanan manis selepas makan.
1.Pastikan anda mendapatkan nutrien dan kalori yang secukupnya setiap hari. Cuba untuk menyediakan makanan yang mempunyai protein, lemak sihat dan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh.
2.Gosok gigi selepas makan. Mengunyah gula-gula getah tanpa gula juga membantu.
3.Pilih buah-buahan segar atau kering yang mengandungi nutrisi dan pemanis semulajadi untuk memenuhi keinginan kepada makanan manis.
4.Mengambil makanan manis dalam sarapan pagi juga boleh mengurangkan keinginan kepada makanan manis untuk seharian.
5.Mengidam akan makanan manis adalah fenomena semulajadi. Ianya okay untuk mengendahkannya supaya anda tidak terlalu bergantung kepadannya jika tidak ianya akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan.
Sumber: Magaret Sivapragasam
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Gara-Gara Sindiran Berat Suami Berlebihan, Isteri Ini Sediakan Menu Diet. Hasilnya Memang Win!
Isteri mana yang tak terasa hati apabila ada yang gelarkan suami ‘tong sampah’ yang membawa maksud berat suami berlebihan. Namun, gara-gara kata-kata sindiran itu, menjadi pembakar semangat untuk dirinya menyediakan menu diet buat suami tercinta. Begitulah yang dialami oleh Puan Darina Sekeri.
Terdahulu, beliau menjelaskan, bukan paksaaan kepada suaminya namun suaminya dengan rela hati untuk mengamalkan diet cara sihat. Bermula penghujung tahun lepas sehingga sekarang, suaminya masih megamalkan menu yang disediakan.
Malah lebih menakjubkan, dalam lebih kurang tiga bulan lebih dengan tiada pengambilan nasi dan minuman manis, berat suaminya telah menunjukan perubahan sehingga ukuran pakaian daripada XL kepada M. Kagumkan. Selain senaman untuk kekal sihat, ikuti cara penyediaan menu yang disediakan oleh puan ini. Beliau berkongsi lebih 25 menu cara beliau dan suami diet.
Sebahagian menu yang saya masak untuk bekal suami setiap hari. Start diet awal Oktober 2018 hingga sekarang, lebih kurang 3bln ++
Suami saya on diet. Tak makan nasi, tak minum manis..
Dari size XL ke size M.
Dari seluar size 36 ke size 28.
Terima kasih kepada yang kutuk dia, panggil dia tong sampah. Saya isteri, apa orang kata kat suami saya mesti la saya pun terasa.
Saya tak suruh dia kuruskan badan. Dia sendiri yang nak buat. So saya masak makanan sihat, rendah kalori. Kukus, panggang, rebus dan goreng (guna airfryer sahaja)
Garam, guna garam bukit. Tiada bahan perisa.
Seasoning mcm² ada, blackpepper, whitepepper, paprika, chili flakes.. campak je apa ada..
Paling mudah dan murah, tempe goreng. Skg tempe dah jd menu wajib sebab dah boring mkn telur .Siapa lagi nak diet? Bole la buat semangat.
Berikut menu yang disediakan oleh puan ini kepada suaminya. Memang win lah menunya! Moga menjadi inspirasi kepada isteri-isteri demi memastikan suami kembali ‘ramping’ cara sihat.
Selamat mencuba!
Sumber: Darina Sekeri via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)