A.L.O.N.G along…
A.L.O.N.G along…
Bijak, Pandai, Cerdik, Cergas, Pintar, Rajin, Saya Bijak Sekali
Menyanyikan semula lagu di dalam rancangan Along yang pernah popular di zaman kanak-kanak era 90an, pasti secara tidak langsung akan mengimbau banyak kenangan indah saat menonton rancangan ini.
Along merupakan maskot kucing besar yang turut sama disertai oleh Angah dan Acik. Rancangan ini mendapat tempat dihati penonton cilik kerana ia bersifat menghiburkan dalam dalam masa yang sama mereka dapat belajar.
Pun begitu, ramai antara kita tidak tahu siapakah orangnya di sebalik maskot ALONG yang gelagatnya cukup menghiburkan itu. Pasti juga tiada siapa menyangka, rupanya Beto Kusyairy pelakon yang disegani ramai.
Beto Kusyairy atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan bin Osman memulakan karier seni pada tahun 2001, merupakan antara penggerak utama rancangan kesukaan kanak-kanak itu.
Tugas aku adalah untuk menceriakan kanak-kanak
Kali terakhir aku menyarung maskot adalah pada 2004. Tugas aku adalah untuk menceriakan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu matematik di kaca tv serta di atas pentas untuk acara anjuran PNB & aku adalah orang terakhir yang menyarung maskot lejen ini menggantikan mereka yang terdahulu. 3 atau 4 musim jugaklah sebelum rancangan kanak-kanak ini ditamatkan siarannya.
Sarong Seekor lagi..
15 tahun kemudian, sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk menyarung ‘seekor’ lagi. Kali ini lebih berat tuntutannya. InsyaAllah akan bersiaran genap sebulan lagi di TV2 iaitu pada tanggal 14 Jun ini.Nantikan telemovie #Sesekali..sempena #HariBapa.
Terima kasih ceriakan zaman kanak-kanak kami
Setelah melihat foto yang dimuat naik Beto di ignya, semua berasa teruja dan bagaikan mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak mereka.
sumber : Beto Kusyairy
Berkat Sanggup Berhenti Berlakon Seketika Selepas Anak Disahkan Autistik, Kini Rezeki Catriona Mencurah-Curah

Berbeza dengan sesetengah individu baik selebriti mahupun orang biasa yang malu dan enggan bercerita jauh sekali menonjolkan anak-anak mereka yang autistik pada masyarakat, duta produk Micracle ini sebaliknya pula. Rasa malu dibuang jauh-jauh sebaliknya dia bersemangat bercerita mengenai hal itu dengan harapan masyarakat membuka mata tentang autistik. Semangat Catriona Ross kembali bersinar apabila memandang wajah anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang.
Kesakitan bersalinkan anak ketiga belum benar-benar pulih, diri sudah diuji lagi tatkala anak kedua, Raes disahkan menghidap autistik. Rasa ‘down’ dan hampir dua minggu dia menjeruk rasa, berkurung dan menangis mengenangkan nasib anaknya itu. Namun, pelakon berdarah kacukan ini kembali bangkit dan enggan mengalah.
“Kami mula sedar ada yang tidak kena dengan Raes apabila usianya memasuki dua tahun tetapi dia masih belum boleh bercakap. Waktu umurnya setahun lebih, saya sudah rasa ada yang tidak kena kerana dia tidak bercakap dan menyebut perkataan.
“Selain itu, Raes tidak menunjukkan tanda-tanda sepertimana kanak-kanak seusianya. Suara dia hanya boleh dengar apabila dia menangis sahaja. Apabila bertanyakan pada kawan-kawan jawapan mereka anak lelaki memang lambat sedikit. Saya ada hantar Raes ke pusat asuhan dan memang tiada sebarang perubahan. Bulan keenam di situ, pengetuanya minta kami membawa Raes bertemu pakar. Selepas buat ujian, memang sah Raes autistik.
“Dua minggu lamanya saya asyik menangis, bayangkan waktu itu saya baru lepas pantang anak ketiga, Idrus. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata betapa sedihnya saya ketika itu. Saya tidak tahu nak buat apa dan bagaimana untuk uruskan anak autistik. Ketika itu, saya teringat kepada Fynn Jamal dan terus menghubunginya melalui instagram.
“Memandangkan dia sibuk, kami hanya berhubung melalui instgram. Saya meluahkan segala isi hati dan dialah manusia pertama yang membantu saya meleraikan segala kekusutan di hati,”jelas Catriona yang turut membuat kajian dan bacaan melalui internet dan itu semua banyak membantu membuka minda dan mata untuk menguruskan anaknya.
Akui Catriona, biarpun Raes menghidap ‘mild autisme’ dan bukan jenis hyperaktif, namun harus bijak mengambil hati dan tidak boleh menyebabkan emosi anaknya terganggu.
“Biasanya kalau keinginan dia tidak dapat dipenuhi mula lah dia buat perangai. Sebelum ini memang sukar untuk kami faham apa yang dia inginkan tetapi selepas membaca dan mendapat ilmu tentang hal berkaitan autistik, maka sedikit sebanyak kami sudah mula boleh berkomunikasi dengannya. Walaupun belum boleh bercakap tetapi kalau nak makan atau susu, Raes boleh memberi ‘hint’ apa yang dia inginkan,” cerita Catriona dengan lebih lanjut mengenai perihal anak keduanya yang disahkan autistik.
“Bengkak Jiwa’
‘Saya tidak mahu berpura-pura ibarat manusia sempurna di mata masyarakat. Sebaliknya, saya suka berkongsi apa yang saya ada dan tahu. Sekurang-kurangnya ini boleh membantu ibu bapa lain yang senasib dengan saya tentang bagaimana menjaga dan menguruskan anak-anak autistik. Dalam masa yang sama, saya mahu masyarakat tidak memandang sinis setiap kali berhadapan dengan anak-anak istimewa ini.
“Jika di bandar, mungkin masyarakatnya sudah biasa kerana mungkin sudah terdedah dengan hal ini tetapi di luar bandar ia masih ‘taboo’. Mereka tidak suka mendedahkan hal-hal yang berkaitan sensitiviti sebegini kerana bimbang membawa masalah kepada mereka. Sedangkan mereka patut tahu, ini semua adalah urusan Yang Maha Esa.
“Kita harus terima dengan hati yang reda. Memang berckap mudah tetapi hanya yang mengalaminya boleh merasai sendiri. Sedih, kecewa, malu dan sebagainya, namun buang jauh-jauh semua rasa itu. Bangkit dan bantu anak-anak kita kerana jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memulakannya bagaimana masyarakat boleh menerima.
“Anak autistik memerlukan perhatian yang rapi, mereka tidak boleh belajar topik biasa seperti kanak-kanak biasa yang lain. Saya sendiri jujurnya waktu mengetahui Raes autistik, saya rasa ‘bengkak jiwa’ lebih-lebih lagi apabila terpandang wajahnya. Kerana itu, saya mahu berkongsi rasa sayu itu dengan ibu-ibu yang lain.
“Alhamdulillah, setakat ini belum ada lagi maklum balas negatif, rata-rata memberi sokongan dan dorongan untuk saya lebih kuat,’ ulas Catriona yang mengakui walaupun Raes ‘istimewa’ namun layanan diterima sama rata antara ketiga-tiga anaknya.
“Saya tidak mengamalkan pilih kasih dalam mendidik anak-anak. Walaupun Raes jenis yang cepat terasa namun kakak dan adiknya jenis yang memahami lebih-lebih lagi yang ketiga iaitu Idrus. Dia sangat rapat dengan abangnya boleh dikatakan tulang belakang kepada Raes. Idrus memang tidak faham situasi Raes tetapi dia suka berkongsi apa jua dengan abangnya dan banyak membantu seperti mengambil susu untuk abangnya dan sebagainya. Raes memang suka ‘have fun’ dengan adik-beradiknya dan suka gelak-gelak bila bermain sama-sama.
“Walaupun Raes tidak pandai minta apa dia nak, tetapi saya selalu ajar Rania yang adiknya (Raes) ‘istimewa’. Dia tidak bercakap, sensitif tetapi seorang yang penyayang. Dia juga cepat terasa dan boleh menangis tersedu-sedu dan ada kala berguling-guling jika keinginannya tidak dipenuhi. Raes akan ke pusat Autisme lima hari seminggu. Di pusat berkenaan mereka di ajar untuk berdikari seperti mana kanak-kanak lain.
“Ada pelbagai kategori anak-anak autistik di situ dan Alhamdulillah, memang nampa
Lahir Pagi Jumaat, Rebecca Nur Al-Islam Selamat Bersalin Bayi Lelaki. Lengkap Anak Ke-9!

Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam selamat bersalin pagi tadi pada jam 8.30 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah di pagi Jumaat yang penuh Barakah hari ini pada tarikh #12052023
pada pukul 8.30 pagi tadi saya telah melahirkan anak lelaki saya dalam keadaan pembedahan.
“Syukur kepada Allah SWT semuanya berjalan dengan baik 🙏🏻🥹 Bayi lelaki saya dilahirKan 38 minggu lebih dengan seberat 2.71kg dan tingginya 34cm.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Rebecca yang lebih mesra disapa sebagai Mummy Becca sempat mengucap syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak menitipkan doa buatnya dan bayi.
“Syukur Ya Rabbi 🥹🙏🏻Mummy Becca ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang banyak menitipkan DOA untuk mummy dan baby ,terima kasih Allah sahaja yang dapat membalasnya.
“Terima kasih kepada suami tercinta dari awal pregnant sampai la hari ini bersalin sentiasa setia bersama menemani MUMMYBECCA🙏🏻🤍🥹😘 thank you papa.
“Thank you juga buat ibuku ,doamu tiada Hijab, tembus ke langit, thank you datang Ma, dan Sentiasa mendoakan anak-anak Mu🤍🫠” tambahnya.
Terdahulu, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al- Raffael, 7, Nor Ahmed Al- Reaggan, 4, dan Nor Aurora Riana, 4.
Selain itu, dia juga memiliki seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 15, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 27 dan 20 tahun.
Sumber : Instagram Rebecca Nur Al-Islam
Buat 7 Pes Dalam Sehari, Wanita Ni Mudahkan Urusan Memasak Untuk Sebulan!

Perkongsian daripada Puan Asrimah Bakri di akaun fbnya tentang cara dia menyediakan 7 jenis pes dalam sehari, cukup mengujakan. Apa tidaknya, dengan memperuntukkan satu hari telah memudahkan urusannya memasak untuk sebulan.
Jika dilihat, sewajarnya cara yang sama juga harus kita lakukan untuk memudahkan urusan memasak apatah lagi bila mana jika ibu tersebut berkerja. Tersedianya stok pes yang pelbagai di dalam peti sejuk, pastinya menu yang kita sajikan setiap hari pelbagai dan menyelerakan dan paling menyeronokkan memasak selepas balik kerja bukan lagi tugas yang leceh dan memenatkan.
Untuk itu, jom kita ketahui bagaimana untuk menyediakan 7 pes tersebut.
SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan:
Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji(hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
Asam jawa,garam,gula,perasa.
Cara peyediaan:
- Tumis semua serentak sampai pecah minyak & naik bau.
- Masukkn asam jawa,garam,gula,perasa dan hirisan bawang.(seimbangkn rasa)
- Setelah siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze,goreng bilis, masukkan sambal tumis.
Pes ASAM PEDAS
Bahan-bahan:
Bawang besar 3 biji
Bawang putih 6 ulas
3 inci halia
2 batang serai tetak
Seikat daun kesum
1sudu besar halba(sejenis herba rupa mcm biji jambu batu)
Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)
Asam jawa,garam,gula,perasa.
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak,masukkan halba,serai & terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau.
- Masukkn pati asam jawa ,garam,gula,perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.
- Setelah siap,bekukan. Bila nak makan unfreeze, masukkan ayam/ikan, bendi ke tomato ke,air asam lagi(nama pun asam pedas,mestilah masam baru kaw)
PesTOM YAM merah
Bahan-bahan:
Bawang Merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Segengam cili kering(tak perlu rebus,terus masukkan dalam blender)
Cili api 10 biji(optional)
Lengkuas 1 inci
Halia 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai
*blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/( semasam yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)
Cara penyediaan:
- Tumis semua bahan yang telah dikisar.
- Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula dan perasa 1 sudu(saya guna maggie uckup rasa ganti kiub).
- Bila siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze,didihkan air dalam periuk, masukkan ayam/daging/seafood ke,sayur-sayur,tabur daun ketumbar(wajib).
Ekstra Tip : Jika nak tomyam yang betul-betul pekat,blender tomato jadikan pes kemudian masukkan dalam tomyam. Manakala jika hendak buat tonyam kungfu masukkn susu pekat F&N 3 sudu.
PesTOM YAM putih
Bahan-bahan:
Bawang merah 10 biji
Bawang besar 5 biji
Bawang putih 5 ulas
Cili api 10 biji(tetak)
Lengkuas 1 inci
Halia 3 inci
Serai 5 batang
Daun limau purut 5-6 helai
*blender semua bahan diatas
5 biji Air limau purut/( semasan yg anda mahu)
Sos ikan(nam pla)
Cara penyediaan:
- Tumis semua bahan yang telah dikisar.
- Kemudian tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
- Kemudian baru masukkan air limau purut,nam pla, garam ,gula n perasa 1 sudu(saya guna maggie ckup rasa ganti kiub).
- Setelah siap, bekukana. Bila nak makan unfreeze ,didih air dalam periuk masukkan pes dan masukkn ayam/daging/seafood ke,sayur2,tabur daun ketumbar(wajib).siap
Ekstra tips:klu nk tomyam kaw masukkn susu pekat fn 3 sudu.
RENDANG ayam
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci(optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.
Cara penyediaan :
- Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
- Masukkan santan,garam,gula,perasa,daun limau purut dan daun kunyit.
- Apabila siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze,ambil pes masuk dalam kuali, masukkn air secawan. Kemudian masukkan ayam,masak sampai kering dan ayam empuk.
Pes SUP
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 batang serai
6 sudu besar Rempah sup faezah
*blender semua bhn
REMPAH 5 SEKAWAN(optional)
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak,masukkan rempah 5 sekawan(saya xguna sbb lbh suka light sup) .
- Kemudian masukkan bahan blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau,rempah sup yang dibancuh dengan sdikit air,tumis lagi 2 minit,garam,gula,perasa.
- Apabila siap,bekukan. Bila nak makan unfreeze, ambil pes masuk dalam kuali,masukkn air seperlunya,masukkan ayam,sayur-sayur.
Pes KARI
Bahan-bahan:
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 5 inci
6 sudu besar Rempah kari daging faezah pek kuning.
*blender semua bhn
REMPAH 5 SEKAWAN(optional)
1 sudu halba
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak,masukkan rempahh 5 sekawan,halba.
- Kemudian masukkan bahan yang dikisar, dan tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air,tumis lagi 2 minit,siap.
- Kemudian bekukann. Bila nak makan unfreeze,ambil pes masuk dalam kuali,masukkn air dan asam jawa seperlunya, masukkan ayam dan sayur-sayuran jika perlu.