
Umum serentak di laman Instagram masing-masing, Ernie & Syamel ucap syukur dengan kehadiran puteri sulung mereka yang selamat dilahirkan pada jam 10.14 pagi 22.2.2022.
Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi. Doakan kesihatan kami berdua ❤
Lahir pada tarikh yang cantik hari ini, Syamel kongsi rasa teruja dengan tarikh kelahiran cinta hati daddy & ibu yang senang untuk diingati.
Senang daddy igt birthday , 22.02.2022 ❤️
Dalam posting tersebut juga, sempat Syamel meminta orang ramai doakan kesihatan isteri dan bayi mereka semoga dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya.
Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie @erniezakri dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya.
Perkongsian yang mengandungi gambar tangan bayi mereka menarik perhatian pengikutnya tidak kira dalam kalangan rakan artis dan juga orang awam. Baru satu jam dimuat naik, gambar tersebut mendapat lebih 40 ribu tanda suka.
Terdahulu, pasangan duet Ernie Zakri dan Syamel yang terkenal dengan lagu Aku Cinta selamat diijabkabulkan pada 26 Mac 2021.
Sumber : Instagram Ernie Zakri & Syamel’
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Roti Baja Ni Viral Hingga 44K! Hanya Guna Campuran Air Hujan Atau Air Beras. Memang Menjadi!

Hobi bercucuk tanam adalah antara hobi yang menjadi kegemaran ramai. Nampak senang hobi ini tapi ada yang tidak berjaya apabila tanam tidak hidup subur.
Pelbagai petua digunakan agar tanaman menjadi merimbun, berbuah lebat atau mengeluarkan bunga-bungaan yang cantik.
Kepada yang mencari petua mudah untuk menjadikan tanaman subur dan merimbun.
Ikuti petua superba ini! Hanya menggunakan campuran roti dan air hujan atau air beras. Baja yang mudah nak buat. Boleh cuba sendiri dirumah. Patutlah viral hingga 44K share!
Ikuti perkongsian ini.

Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.
KOS MURAH
Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.
MUDAH NAK BUAT
Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah. Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
RUJUK GAMBAR BERIKUT











Selamat berkebun!
Kredit: Intan Suhana
Suami Alert! Sifat Terlampau Garang Boleh Menjejaskan Keluarga – Ustaz Wadi Annuar

Tak salah kalau jadi seorang yang tegas dan garang, tetapi ada batasnya, lebih-lebih lagi lelaki.
Jangan pula terlampau garang sehinggakan membuatkan isteri serta anak-anak sentiasa berasa takut maka ia boleh mendatangkan keburukan kepada keluarga. Ketua keluarga perlu dihormati tetapi bukan ditakuti.
Jom ikuti perkongsian ini telah dimuat naik di Tiktok oleh @mfzzy mengenai perangai suami terlampau garang yang disampaikan oleh Mohamad Wadi Annur Bin Ayub atau lebih dikenali sebagai ustaz Wadi Annuar.
PERANGAI SUAMI TERLAMPAU GARANG
“Antara perangai suami yang boleh menjejaskan keluarga ialah bila suami terlalu garang. Bila isteri dia masak kurang garam, dia lempar pinggan.
“Dah lah aku balik kerja lapar, hang buat tawar pula’ lempar pinggan. Suami saya boleh kata macam itu kepada saya.
“Ustaz dia lempar makanan saya masak, suami saya ini ustaz perangai daripada sebelum kahwin sampai lah kahwin tak ubah perangai.” katanya dalam video berkenaan.
Ustaz Wadi juga turut berkongsikan kisah tentang Saidina Umar yang merupakan antara manusia paling garang, tetapi bila dengan isterinya, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Antara manusia yang paling garang dalam dunia ini ialah Saidina Umar Bin Al-Khattab. Saidina Umar garang, tegas. Tapi apabila isteri dia berleter, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Dia tak taip masej, dia tak baca surat khabar, dia tak tengok televisyen, dia tak main game. Dia hanya mendengar, dia kata sebab isteri inilah yang telah melahirkan anak untuk aku, menyusukan anak aku dan membesarkan anak-anak aku.
“Apalah kiranya, apabila isteri-isteri kita meluahkan perasaan mereka untuk kita dengar. Itu kira luah perasaanlah berleter itu.” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita tidak menyukai sifat suami yang melemparkan makanan tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri mengalami situasi yang sama seperti mana yang dikongsikan oleh ustaz itu.
Sumber: Tiktok @mfazzy
“Mana Tahu Seorang Dari Kita Pergi Dulu” Sempat Berseloroh Sebelum Ajal, Enam Beranak ‘Pergi’ Selamanya

Sebuah kemalangan telah berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam yang membabitkan lima kenderaan iaitu Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza selain lori membawa muatan pasir, berhampiran Loji Petronas.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah lori muatan pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
Ia juga dipercayai berlaku apabila Honda HRV yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat memperlahankan kenderaan kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya sebelum dirempuh lori pasir berkenaan dari arah belakang.
Akibat itu, enam beranak dilaporkan maut dalam kemalangan terbabit , manakala dua lagi dirawat di Hospital Segamat akibat para di dada dan badan.
“Lori pasir berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh pula sebuah Perodua Alza dinaiki enam mangsa yang maut itu.
Beliau mengesahkan mangsa yang maut akibat kemalangan itu adalah pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46, serta isterinya Norahimah Noor Muhamad, 43, selain anaknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
“Seorang lagi anak mangsa, Abdullah, 15, dan pemandu lori dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan,”maklum Ahmad Zamry.
Allahyarham selalu ingatkan soal kematian, jangan leka duniawi
Sementara itu, rakan karib sekerja kepada Amir Rudin Ismail iaitu Mohd. Noor Hamizi, 39, berkata, sejak dua minggu lalu, Allahyarham semakin kerap berbual mengenai kematian, dosa pahala serta hari pembalasan.
Malah, dia juga sering menasihatinya untuk tidak leka dengan hal duniawi dan usah melengahkan waktu solat.
“Saya tidak menyangka kata-kata dan nasihat arwah kepada saya dan rakan-rakan lain yang ada kalanya disampaikan secara santai menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Dia sering menceritakan hal dunia yang sementara, pelbagai perkara yang berlaku tanpa mengira dosa pahala yang terjadi sejak kebelakangan ini dalam masyarakat.
“Saya sudah menganggap dia seperti abang kandung sendiri. Dia juga nasihatkan supaya bersabar dan jangan bertindak di luar batasan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS), di sini pagi ini.
Mangsa Sempat Berseloroh Bergambar Bersama Tanda Kenangan
Dalam pada itu, kakak kepada Norahimah berkata mangsa sempat berseloroh untuk mengambil gambar kenang-kenangan sebelum seorang daripada mereka meninggal dunia.
“Arwah minta bergambar beramai-ramai buat kenang-kenangan sambil berseloroh mana tahu seorang daripada kita pergi dulu.
“Itulah gambar terakhir kami empat beradik dan semalam, dia sekeluarga pergi buat selamanya,” kata Norhayati Noor Muhamad.
Kali terakhir dia berjumpa dengan keluarga arwah adiknya itu pada Ahad minggu lalu ketika majlis perkahwinan adik bongsu mereka, Norahila, 36, di rumah ibu mereka di Parit Jawa, Muar dekat sini.
“Saya anak kedua dan Noorahimah rapat dengan adik bongsu (Noorahila), semasa kenduri hari itu, arwah minta bergambar beramai-ramai, dia cakap mana tahu seorang daripada kita pergi dahulu boleh buat kenang-kenangan,” katanya katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Daerah Segamat di sini hari ini.
Norhayati berkata, Noorahimah adalah seorang adik yang ceria dan periang serta ibu yang tegas.
“Sebelum dia pergi, tidak ada apa-apa tanda yang pelik berlaku, dia seorang yang ‘happy go lucky’, nak kata garang tidak cuma dia seorang ibu yang tegas,” katanya.
Amir Ruddin Ismail bapa kepada enam cahaya mata itu juga merupakan imam Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang antara enam terkorban termasuk isteri serta empat anaknya dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan petang semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, ketika kejadian Allahyarham Amir Ruddin dalam perjalanan menghantar isterinya yang turut maut untuk pulang bertugas sebagai ustazah di Sekolah Agama Ladang Kemedak di Segamat.
Katanya lagi, Allahyarham Amir Ruddin merupakan seorang yang baik dan taat pada perintah agama. Dia juga tidak menyangka bahawa teguran arwah yang kadang kala serius dan secara berjenaka mengenai soal kematian sejak akhir ini merupakan petanda ajalnya tiba.
Sumber: Harian Metro , Berita Harian