
Ditengh-tengah kemeriahan dan debaran perlawanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam, Pasangan ini berdebar menantikan kelahiran anak ketiga mereka.
Datuk Fizz Fairuz dan isteri Datin Almy Nadia telah selamat menimang anak ketiga, malam Sabtu yang lalu. Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh Fizz Fairuz menerusi laman instagramnya
“Alhamdulilah isteri saya dah selamat bersalin anak kami yang nombor tiga,” ungkapnya
View this post on InstagramA post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
Fizz dan isteri selamat mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna dan Nur Afirna Aurora serta anak angkat Nur Afrina Darwisya.
Sebelum Ini Almy Nadia meluahkan rasa bimbang bakal dibedah memandangkan anaknya dalam keadaan songsang. Namun, bayi seberat 3.31 kilogram itu akhirnya selamat dilahirkan tanpa perlu pembedahan.
Bakteria Dan Kuman Berkembang Di Celah Kuku. Ibu Ayah Awasi Anak Yang Suka Gigit Kuku!

Bakteria dan kuman berkembang di celah kuku. Oleh itu, ibu ayah awasi anak yang suka gigit kuku. Memang kebiasaan seperti menggigit kuku sering kali dipandang remeh. Namun, semua itu salah! Ternyata, kebiasaan menggigit kuku merupakan suatu kebiasaan yang negatif yang dapat memberikan kesan yang buruk pula terhadap kesihatan seseorang kanak-kanak.
Tabiat ini jika sering dilakukannya boleh membuatkan kulit jarinya terkelupas atau berdarah. Selain itu, anak-anak akan berisiko besar mengalami keracunan, ekoran kotoran yang melekat pada kuku ketika anak-anak bermain di dalam rumah ataupun di luar rumah.
Hakikatnya kuku, merupakan tempat berkumpulnya pelbagai kuman dan bakteria. Bakteria yang sering terdapat pada lapisan kuku merupakan bakteria keluarga ‘enterobacteriaceae’ yang merangkumi bakteria E coli mahupun bakteria salmonela. Bakteria dan kuman tersebut akan berkembang dengan baik di celah-celah kuku.
Ketika seseorang kanak-kanak menggigit kuku, maka bakteria-bakteria berbahaya tersebut akan berpindah dari kuku ke mulut dan akan menuju ke usus. Bakteria yang menyebar sampai ke usus akan menyebabkan infeksi yang biasanya menyebabkan terjadinya penyakit seperti sakit perut serta cirit-birit.
Selain itu, menggigit kuku dapat meningkatkan pendedahan kepada penyakit seperti flu kerana tangan yang kotor masuk ke dalam mulut.
Malah, ia juga dapat meningkatkan risiko ‘paronychia’ atau infeksi kulit di sekitar kuku. Hal ini ditunjukkan dengan adanya warna kemerahan atau pembengkakan serta rasa sakit di bahagian kulit kuku.
Kebiasaan menggigit kuku juga akan mengganggu kepada kesihatan gigi. Gigi akan bergeser dari tempat semulanya dan juga dapat berpotensi menyebabkan gigi patah atau merosak lapisan gigi.
Pakar kanak-kanak beranggapan tabiat menggigit kuku ini dicetuskan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan psikologi seperti kebosanan, tekanan, kegelisahan, rasa tidak selesa atau hanya sekadar kebiasaan. Kebiasaan menggigit kuku ini sama juga dengan kebiasaan mengigit-gigit rambut, menggaru hidung atau melagakan gigi.
Semasa ibu bapa mendapati anak mulai menggigit kuku, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti punca ia berlaku. Pelbagai situasi boleh dikenal pasti, yang mungkin menjadi punca pencetus tabiat ini termasuk mengikuti ‘playgroup’, adanya haiwan peliharaan baru di rumah atau lahirnya adik baru.
Kebanyakan ibu bapa secara spontan akan berusaha menghentikan kebiasaan tersebut dengan pelbagai cara termasuk memarahinya. Masalahnya si kecil sendiri pun tidak memahami kenapa dirinya melakukan kebiasaan itu.
Dorongan untuk menggigit kuku boleh berlaku begitu saja tanpa disedari misalnya semasa dimarahi. Malah, pakar pendidikan awal kanak-kanak cenderung mencadangkan ibu bapa membiarkan ia berlaku kerana akan kebiasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Tips mengatasi kebiasaan menggigit kuku si kecil
Bagaimanapun, jika sikap kebiasaan tersebut dibiarkan berlarutan, ia boleh mengganggu aktiviti makanan atau boleh menimbulkan luka pada jari tangan si manja. Terdapat beberapa tip yang dapat dilakukan untuk mengurangi atau bahkan menghilangkan kebiasaannya tersebut.
1.Beri amaran secara lembut. Semasa si kecil mulai menggigit kukunya, ibu bapa perlu memberi amaran dengan lembut untuk menghentikan aktivitinya, atau berikan isyarat khusus misalnya dengan geleng kepala supaya si manja tidak rasa seperti dimalukan. Mengherdik atau menarik tangan si kecil dengan kasar terutama di tempat umum adalah cara yang kurang bijak.
2.Alih perhatian. Memberikan si kecil objek untuk alih perhatiannya daripada perbuatan kebiasaannya itu. Berikan benda ‘pengalih’ untuk dipegang seperti bola kecil, gelung, permainan doh atau mainan kecil. Secara umumnya objek tersebut dapat mengurangi kebiasaan mereka menggigit kukunya. Teknik ini juga sering diterapkan pada anak remaja atau dewasa yang mengalami situasi yang sama.
3.Potong kuku. Menjaga agar kuku si kecil selalu pendek. Kuku akan dipotong untuk mengelak menjadi panjang bagi mengurangi kebiasaan menggigit kukunya.
4.Pakaikan sarung tangan. Mengenakan sarung tangan kain yang bersih dapat menghalang si kecil menggigit kukunya dengan harapan dapat mengurangi kebiasaan mereka.
Pakar Ini Jelaskan Beza ‘Baik Sebelum’ Dan ‘Guna Sebelum’, Rupanya Ramai Yang Tak Tahu.

Biasanya apabila kita membeli produk makanan atau minuman kita akan fokua kepada tarikh luput produk itu.
Namun tahukah anda sebenarnya ada beza antara ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti penjelaskan pakar kimia ini, Fatimah Salim.
Perbezaan Kedua Jenis Tarikh Luput Ini
Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Guna Sebelum (Use by)
Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.
Baik Sebelum (Best Before)
Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada:
Perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair)
Warna (berubah dari yang asal)
Bau (tengit disebabkan oksidasi)
Rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.
Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk
Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
Sumber: Fatimah Salim
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

Cara Paling Ringkas Buat Lempeng Kelapa Yang Sedap Dan Lembut, Makan Begitu Saja Pun Puas Hati.

Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan ringan oleh orang Melayu.
Makanan ini adalah seperti lempeng tepung biasa yang digaulkan adunan tepungnya bersama isi kelapa parut.
Bagi yang belum tahu cara nak buatnya terutama newbie, jom ikuti resipi sangat mudah dan sedap ni.
Lempeng kelapa lembut dan sedap.
Bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
1/4 cawan santan
1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Gaulkan sebati. Panaskan kuali dan selamat melempeng. Sedap dan konpem lembut. Cicah ciken curry pun sedap. Sebab takde, anak-anak cicah ngan pure honey.
Azie makan begitu saja pun dah sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Azizah Ali
Bacaan lanjut: Dah Setahun ‘Lock’ Tak Guna Duit Hijau RM5, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Menabung Cara Ni.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club