Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal timang anak ke lima, dijangka lahir awal Oktober. Pasangan pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia bakal dikurniakan anak kelima. Bayi itu dijangka dilahirkan awal Oktober ini.
Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Bakal Timang Anak Ke Lima, Dijangka Lahir Awal Oktober
Sebelum ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Almy berkata, dia dan Fizz bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah itu selepas pulang menunaikan umrah hujung Disember lalu.
“Alhamdulillah, saya dapat tahu hamil kira-kira dua bulan selepas kami kembali dari umrah.
“Saya juga alami alahan yang teruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini.
“Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan.
“Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ini kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar,” katanya.
Mengenai jantina pula, Almy yang kini hamil lapan bulan berkata, dia tidak mahu berharap untuk memperoleh anak lelaki dan hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah.
Ads
“Saya tidak buat pemeriksaan jantina bayi kerana tak nak berharap untuk dapat anak lelaki kerana takut kecewa nanti.
“Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna,” katanya.
Ditanya kenapa merahsiakan kehamilan, Amy berkata, ramai yang tidak tahu dia mengandung kerana berat badannya juga turun dari 120 kilogram (kg) kepada 95 kg kerana diet diamalkan.
“Ahli keluarga kedua belah pihak pun hanya dapat tahu bila usia kandungan nak masuk empat bulan.
Ads
“Bukan sahaja Fizz, semua anak-anak juga gembira kerana mereka nak dapat adik dan anggota baru dalam keluarga,” katanya.
Beberapa hari ini tular tentang Anita Baharom mahu mendirikan rumah tangga. Hari ini, pelakon jelita itu akhirnya selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihan, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya kira-kira 11:40 pagi.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom bersama saksi yang dilantik.
Manis mengenakan persalinan serba putih, aktres berusia 39 tahun itu telah menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.
Majlis akad nikah yang manis dihiasi bunga-bungaan itu dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Sementara itu, turut dilihat beberapa rakan selebriti seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang hadir meraikan pasangan pangantin tersebut.
Terdahulu, satu sesi khatam AlI-Quran telah berjalan sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Untuk rekod, Anita pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ismadi Ismail pada 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Bagaimanpun, Ismadi dilaporkan meninggal dunia pada 1 Januari 2022 akibat penyakit kencing manis.
Manakala, ini bukan perkahwinan pertama bagi Engku Isyamuddin selepas berpisah dengan bekas isterinya. Hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Engku Isyamuddin dikurniakan lapan orang cahaya mata.
Sumber : Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pekerjaan ada cabarannya, pun begitu mungkin ada yang menyangka kerja sebagai seorang pegawai kerajaan nampak mudah. Kerja stabil, ada kenaikan gred, akan ada pencen dan sebagainya.
Namun hakikatnya sebagai doktor kontrak KKM ia tidak semudah yang disangka, untuk menjadi seorang doktor, selain akademik, spiritual dan mental juga perlu tiptop.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Dr Mohamad Ali Ridha Bin Said ini berkongsi di media sosial, akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk ‘angkat kaki’ dari terus berkhidmat di bawah KKM.
Difahamkan hospital terkahir beliau berhidmat adalah di Hospital Ranau, Sabah. Nyata perkongsiannya ini mencuri tumpuan ramai dan mendapat pelbagai respond.
Officially keluar dari KKM
Keputusan yang bukan mudah. Berfikir panjang. Ragu-ragu. Betul kah keputusan ini? Kalau ikut kata majoriti semua akan suruh stay KKM. Kerja gomen stabil, ada kenaikan gred, nanti dah dapat tetap akan ada pencen. Itu adalah zikir biasa. Eh, kenapa nak berhenti sekarang, jadi lah pakar dulu?
Akhirnya, keputusan ini dibulatkan, dan aku berhenti KKM pada 31 Mei dengan notis sebulan, dengan hospital terakhir aku berkhidmat adalah di Hospital Ranau, Sabah.
Perjalanan untuk menjadi seorang doktor bukanlah tempoh yang singkat. 7 tahun tempoh aku belajar dalam bidang perubatan (2 tahun persediaan + 5 tahun degree). Kemudian, dua tahun pula menjadi seorang doktor pelatih di Hospital Klang dan floating MO beberapa bulan juga di sana, sebelum kena transfer ke Hospital Ranau untuk bertahan lagi 4 bulan.
Orang kata menjadi seorang doktor itu sendiri, dah buat kau tiada life dan daripada awal mengambil bidang ini memang dah kena accept pemikiran itu. Walaupun sebelum ini berkhidmat di Hospital Klang, dikenali dengan kawasan yang sibuk, aku masih ok lagi, adalah life tu lagi, masih rasa seronok bekerja. Sempat bersosial, bersukan dan bernetworking dengan kawan-kawan, lebih-lebih lagi masih ada peluang masa kerap bersama dengan keluarga tercinta.
Segala-galanya berubah apabila mengetahui Januari lepas, akan kena transfer ke sabah. Rasa berdebar, apa pula nasib aku di sana nanti. Tapi aku kentalkan semangat, pergi jugalah. Dahlah masih berstatus kontrak, kena pula transfer jauh ke sabah, jauh amat daripada keluarga, meninggalkan segala perkara yang aku dah selesa di Selangor. Di sini saja, dah buat motivasi aku luntur.
Bukan tidak berusaha, usaha juga yang terbaik untuk aku menyesuaikan diri di Hospital Ranau, salah satu hospital daerah di pedalaman Sabah.
Kalau di hospital besar, kita sentiasa ada orang yang lebih berpengalaman atau pakar untuk rujukan. Tapi di hospital daerah ini, you are on your own dari detik mula pesakit sampai. Kena tahu bila sesuatu kes tu adalah di luar kemampuan hospital daerah, stabilkan pesakit untuk transfer out, tahu masa yang tepat untuk hantar keluar. Jadi proses merujuk doktor-doktor berpengalamanan/pakar di hospital besar di Kota Kinabalu adalah perkara biasa. Memang aku rasa palpitasi setiap kali tahu, nak kena refer case. Berharap sangat doktor pakar yang aku nak refer tu, tak jenis banyak kerenah.
Aku dapat merasai beberapa kali pengalaman escort patient yang perlu transfer ke hospital besar di Kota Kinabalu dengan perjalanan 2 jam setengah, melalui sepanjang jalan yang tidak rata, turun naik bukit dan bersimpang siur. Memang akan rasa mual-mual dan nak muntah masa awal-awal merasa dulu.
Apabila pesakit yang perlu di hantar ke hospital besar agak ramai, dan tidak cukup ambulance, dah kena pilih pulak dulu, siapa yang patut di hantar. Kadang aku rasa geram, penat merefer, penat dapatkan tarikh appointment pesakit, sekali kena call balik pihak sana untuk resechedule balik sebab kekangan ambulance.
Bekerja di hospital daerah, kita kena terima hakikat yang segala-galanya adalah penuh dengan kekurangan. Logistik isu sentiasa menjadi masalah. Tempat di mana alatan, ubat dan segalanya adalah terhad. Belum cerita lagi masalah tiada air atau air kotor yang menjadi masalah hampir setiap minggu, masalah letrik terputus ada dalam sebulan sekali. Apabila berlaku masalah air, maka beberapa result investigation pesakit tidak akan dapat dilengkapkan, pada waktu ini, pesakit akan ramai terkandas di jabatan kecemasan.
Di sini memang hanya fikir bekerja sahaja, akibat ketidakcukupan doktor, oncall lebih 10 kali dalam sebulan tu adalah perkara biasa. Memang tiada life working balance. Selagi tidak mohon cuti, mostly memang akan kena bekerja tak kira weekend mahupun public holiday. Nak ambil MC atau EL pun kadang aku rasa tak sampai hati sebab nak kena fikir nak cari pengganti. Selagi ada tenaga untuk bekerja, bekerja lah. Aku haritu cirit birit dan demam, ulang alik beberapa kali ke tandas time ward round. Sampai ada staffnurse tanya, “doktor ok ka ni?”.
Siapa yang tidak ingin menjadi seorang pakar, aku pun dulu mula-mula sangat tertarik nak menjadi seorang pakar specifically pakar kanak-kanak. Tetapi apakan daya masa mengubah segala-galanya.
Mungkin aku tak cukup sabar untuk kekal lama di KKM. Apabila aku telah hilang life working balance yang aku nak, maka saki baki kesabaran itu sudah hilang. I have lost my ‘purpose’ to stay in KKM.
Aku sangat pandang tinggi pada kawan-kawan yang sanggup bekerja di hospital daerah, malah ada yang sampai berbelas tahun kekal di hospital daerah. Korang punya clinical skill, decision making dan confidence pasti jauh lebih baik dari mereka yang bekerja di hospital-hospital besar.
Sedih mahu meninggalkan rakan-rakan dan staff-staff di Hospital Ranau yang sangat friendly. Disebabkan bantuan mereka lah, aku dapat bertahan dan dapat berfungsi bekerja di hospital ini untuk tempoh beberapa bulan.
Akhir kata, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua doktor-doktor pakar, rakan-rakan MO, MA, staffnurse, dan rakan-rakan sekerja yang banyak membimbing dan mengajar selama 3 tahun yang lalu yang membentuk diri aku hari ini. Pengalaman bekerja dalam KKM adalah pengalaman bekerja yang sangat berharga, ada pahit dan manis yang akan terus tersemat dalam memori sampai bila-bila. Semoga akan ada masa depan yang lebih baik untuk doktor-doktor di KKM selepas ini.
Bismillahirrahmanirrahim, langkah dibuka untuk perjalanan baru.
Memiliki rumah sendiri adalah impian kebanyakan antara kita, tetapi ia bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi melibatkan wang ratusan ribu ringgit malah hingga jutaan ringgit.
Lantaran itu, tidak pelik hingga ada antaranya sanggup menangguhkan pembelian rumah kerana tidak mahu terbeban dengan komitmen membayar loan rumah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sedangkan makin lama ditunggu harga rumah tetap juga akan terus naik!
Memberi kesedaran tentang itu, Dr Azizul Azli Ahmad, pakar kewangan dan hartanah telah berkali-kali berkongsi infonya agar lebih ramai faham dan bersedia untuk memiliki kediaman di usia muda di akaun facebooknya.
Menurutnya, sebaiknya sebelum usia 30 tahun telah pun memiliki sebuah rumah dan ianya tidak mustahil.
Bagaimana untuk merialisasikan hal demikian, jom baca perkongsiannya di sini.
BELILAH RUMAH SEBELUM USIA 30 TAHUN
Cabaran beli kediaman sebelum usia 30 an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha.
Buat satu Tabung Rumah Impian kita
Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang.
Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250.
Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB
5.Setahun kita telah ada RM6000 simpanan.
Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi RM18 000 sahaja.
Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000.
Ishh…geramnya rasa macam nak beli kereta baru. (Jangan jadi dungu)
Sasaran kita rumah yang harga RM150 000.
Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa.
Bayaran deposit sekitar RM15000 (10%). Baki yang ada bayar Lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya.
Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada.
Amacam? Ada berani?
Oh lupa, semak rumah subsale di mudah . my
Jangan beli rumah dari Pemaju, tengok harga dah bebulu.
Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu.
Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.