Pilihan biskut popular dikalangan anak-anak kita bila tibanya Hari Raya, lain tak bukan adalah biskut Almond London.
Keenakan rasa coklat dan kerangupan biskutnya berserta badam, benar-benar digemari ramai.
Dan ini dikongsikan resipi untuk menyediakannya. Selamat mencuba.
Resepi ALMOND LONDON SEDAP DAN CRUNCHY!
1 adunan ni dapat dalam 150biji. Lepas kena curi dengan husband masa buat, tinggal 100biji. Hahahaha -nena falina
Cara penyediaannya:
Step 1
Pukul 250gm butter,125 gm gula halus dan 1 biji telur.
Step 2
Masukkan 1 sudu kecil esen vanila
Step 3
Ayakkan tepung sebelum masuk ke dalam adunan.
300gm tepung gandum, 200gm tepung jagung, 2 sudu besar tepung beras dan 1 kecil baking powder.
Step 4
Masukkan 50gm badam hancur
Step 5
Rehatkan adunan.
Step 6
200gm badam dibakar 15minit dalam oven atau digoreng tanpa minyak.
Step 7
Kepal-kepal begini dan masukkan badam di dalamnya. Bakar 20 minit, 200 degree c guna api atas dan bawah.
Step 8
Choc Beryl’s milk compound cairkan guna microwave, lagi senang dari double boiler. Jangan lupa campur dengan butter untuk coklat nampak berkilat.
Step 9
Taburkan badam yang telah digoreng tanpa minyak dalam 10 minit untuk rangup.
Step 10
Siap.
Sumber : Nena Falina
Simple Dan Kenyang. Bubur Oatmeal Ayam Menu Paling Sesuai Untuk Ibu Diet!
Menjaga pengambilan makanan adalah sangat penting lebih-lebih lagi bagi yang mahu menurunkan berat badan.
Namun, tak semestinya orang diet tidak dibenarkan makan makanan yang sedap. Menu kali ini memang sangat sesuai untuk yang sedang berdiet.
Bubur oatmeal ayam bukan sahaja mudah tetapi sedap dan paling penting mengenyangkan. Bagi sesiapa yang mahu menggantikan nasi ketika diet sangat disarankan untuk mencuba resipi ini.
Bubur Oatmeal Ayam
Bahan-Bahan:
- Rolled oat
- Isi ayam
- Bawang putih
- Halia
- Air
- Lobak merah
- 1/2 kiub ayam/stok ayam
- Lada sulah
- Sayur pakchoy
- Telur
- Garam
- Secukup rasa
- Minyak bijan (pilihan)
- Chili oil
Cara-Cara:
– Rendamkan oat untuk beberapa minit.
– Tumiskan bawang putih dan halia. Masukkan isi ayam yang sudah dipotong.
– Masukkan oat yang telah direndam tadi dan sedikit air, lobak merah, kiub ayam dan lada sulah.
– Sementara itu, boleh kukus sayur pilihan anda dan telur selama 7-10 minit.
– Tambahkan garam dan daun sup. Boleh tambahkan sedikit minyak bijan ke dalam bubur jika suka.
– Akhir sekalai boleh tambahkan chili oil jika mahu pedas.
Sumber: @ummisyahirah_
“Kena Bayar RM279 Masa Terima Barang, Nasib Check Dulu…” Wanita Terselamat Dari Jadi Mangsa Penipuan Scammer!
Kes pembabitan scammer bukan perkara baharu, ada sahaja teknik dan trik yang dilakukan oleh mereka untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa.
Ini sebagaimana perkongsian daripada pengguna facebook yang dikenali sebagai Norashikin Othman berkongsi pengalaman dirinya yang terselamat daripada menjadi mangsa scammer melalui teknik COD.
Beli Jam Murah Di Facebook
Kisahnya bermula bila mana suaminya menelefon dan memberi tahu barang yang dibeli secara online akan sampai ke rumah dan meminta agar menyediakan wang sejumlah RM279 bagi membayar harga barangan yang ditempah.
Baba call, cakap ada ninjavan nak anta barang dah sampai simpang depan. Dia minta prepare siap-siap RM279 sebab COD. Ibu pun pelik, baba ni orangnya bukan pembeli tegar online macam ibu.
Ibu tanya, abang beli apa ni? Beli jam katanya. Okay lah. Suara dia macam excited kata harga sebelum sale 1k lebih.
Ibu macam dah terdetik murahnya, pastu kenapa COD? Dan Baba juga pesan nanti buka dulu sebelum bayar,” cerita ringkas.
Lima mini kemudian, syarikat penghantaran yang ditunggu-tunggu pun sampai dengan membawa parcel. Lalu Puan Norashikin meminta izin untuk membuka dahulu parcel tersebut sebelum membuat bayaran. Namun menurut penghantar parcel tersebut ianya tidak boleh dilakukan, melanggar procedure courier.
Dia kata tak boleh kak, procedure courier. Ibu faham je. Tapi tula macam sesuatu sangat tau parcel tu.
Adik NV tanya, husband akak beli apa ni? Kotak ni ringan sangat, tak macam ada barang. Abang akak beli jam dik. Pastu adik NV cakap cuba akak hantar gambar kotak ni dekat husband akak.
Ibu pun buat VC, abg tak boleh buka parcel. Tanya beli kat mana? Dia kata kat fb tak ingat bila. Ahh sudah. Pastu ibu letak lah vc.
Ramai Dah Kena
Berkongsi info daripada penghantar baragan tersebut, ujarnya telah ramai yang tertipu dengan teknik yang sama apabila membeli menerusi facebook dan menyarankan agar pengguna lebih berhati-hati.
Adik NV cakap, kak selalu barang-barang daripada crossborder ni scammer kak. Ramai customer yang saya hantar dah kena. Ramai yang kena beli kat fb. Cuba akak tengok kotak ni.
Ibu pun ambil goncang, Ya Allah, memang ringan tak ada apa apa. Yang bunyi macam plastik angin tu sahaja. Call baba cakap bang tak ada benda dalam ni. Ibu tak ambil ya.
Pastu cakap dengan adik NV, dik akak tak amek lah. Risau scammer lah. Tak apa kak, bagus akak tak ambil. Saya pun risau.
Terima kasih ya dik inform.
Lakukan Ini
Sebenarnya kita boleh refuse delivery dengan cara info delivery boy tu. To make it official, kita balas SMS/Whatsapp dengan ayat “I DID NOT ORDER THIS ITEM” atau “CANCEL ORDER”. Ayat tu saya dapat dari staf Ninja Van.
Berbalik pada cerita, kalau tengok logik, kotak punya gonjeng dia post barang beribu/beratus. Ehhhhhh Adik NV tu sempat cakap, takkan takde kotak premium kak. Barang mahal tu. Itu lahhh kan. Sekali kang keluar tasbih cinooooo macam viral kat FB tu. Mampuihhhhhh.
Korang hati-hatilah ya terima parcel ni, nak-nak yang cod ni. Aduh Korang cuba google XTYCOD. Memang scammer. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk tidak menerima. Terima kasih jugak adik ninjavan yang concern dengan parcel. Alhamdulillah, Rezeki masih lagi orang dalam rumah ni iaitu ibu.
Nak cari duit punya lah payah musim pandemik ni. Engko sesuka hati je nak scam orang. Please aware semua. Kita yan muda ni mungkin boleh lah nak google dulu ke apa, kalau kena kot orang tua?
Sumber : Norashikin Othman
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKENUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jom sertai E-Keluargagader PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN ANAK MERDEKA dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
2 Cerita Dalam 1 Malam, Hasad Dengki Rumah Tangga Yang Tak Terjangka, Guru Ni Kongsikan Kisahnya!
Melihat kebahagiaan pasangan suami isteri dalam rumah tangga orang lain pastinya buat kita rasa tumpang bahagia. Bagi yang tak kahwin, hati membuak-buak rasa nak kahwin. Yang sudah berkahwin pula rasa nak bertanya, apakah tip bahagia yang dimiliki mereka. Hebat.
Tapi hati kita tak sama. Jika kita melihat ketenangan dan kebahagian orang lain adalah kebahagiaan dalam diri kita tetapi ada hati-hati lain yang tidak suka, benci malah sakit hati melihat rumah tangga orang lain bahagia.
Inilah yang dikongsikan oleh pendidik ini, Cikgu Mohd Fadli Salleh yang berkongsi dua cerita rumah tangga, insan paling dekat dengannya. Jangan kita pernah sangka bahawa perkara ini takkan pernah berlaku dalam kehidupan kita. Berhati-hatilah.
Aku tak faham dengan manusia yang cukup dengkikan hidup orang lain ni. Kenapa nak dengki? Apa yang mereka dapat bila dengki?
Puaskah porak perandakan hidup orang lain. Bahagiakah melihat hidup orang lain musnah angkara fitnah kita? Seolahnya tak pernah fikir tentang dosa dan pahala. Seolahnya tiada syurga dan neraka. Seolahnya begitu bagi mereka.
Tinggi mana taraf kedengkian dan fitnah manusia kau pernah lihat? Atau pernah rasa, mungkin? Malam ini aku nak berkongsi dua kisah fitnah paling dahsyat pernah aku tahu yang melanda kawan-kawan aku.
Kisah pertama, seorang kawan baik aku. Dia baru sahaja kahwin masa tu. Masih belum dapat mencari rumah untuk tinggal bersama. Maka isterinya masih tinggal di rumah bujang bersama kawan-kawan, dan dia pun sama juga. Tinggal serumah dengan kawan-kawan bujang.
Rupanya, ada seorang di antara kawan-kawan dia ini dengki sangat melihat kawan tu dah kahwin. Entah kenapa dia dengki dan dendam sangat, aku pun tak tahu.
Sebelum itu hubungan mereka elok sahaja, sebaik kawan tu kahwin baru nampak jelas kedengkiannya.
Nak kata gay, mustahil. Kawan aku tu confirm straight.
Kau tahu apa si pendengki ni buat?
Masa kawan aku tidur, dia pergi curi telefon Nokia Butterfly kawan aku tu. Masa tu Nokia Butterfly ni tengah top la kiranya.
Senyap-senyap dia hantar mesej kat bini kawan tu. Kau tahu apa dia tulis?
“Abang ceraikan awak dengan talak tiga.”
Tak ke gila dengki sampai tahap tu. Bini kawan ni baca mesej terus menangis macam nak gila. Mana tak nya, baru sahaja kahwin beberapa bulan dah kena cerai talak tiga.
Dipendekkan cerita, terbongkarlah perbuatan pendengki ini. Sujud kat kaki terus si pendengki bila kawan aku nak belasah. Hanya kerana dengki, hampir hancur rumah tangga orang.
Aduh, baru satu cerita dah panjang berjela. Dem! Ah, lantakkan. Aku janji nak tulis dua cerita. Yang rajin baca, teruskan ya!
Minggu lepas, aku tulis pasal fitnah ini. Seorang sahabat lama terus pm aku dan bercerita. Ini kisah dia :
“Assalamualaikum shbt…
Ambe nak respon pasal post fitnah terhadap rumahtangga.
Hujung tahun lepas, ambe telah difitnah oleh seorang guru yang satu sekolah dengan isteri ambe. Fitnah yang dibuat berbunyi begini..” aku sebenarnya lama dah nak bagitahu kamu, tapi aku kesian sebab kamu dalam pantang. Aku jumpa suami kamu check in hotel dengan seorang perempuan dan mesti mereka berzina di sana.”
Si isteri tanpa usul periksa terus membawa anak-anak melarikan diri. Ambe ketika itu sedang mengikuti majlis ilmu di masjid. Apabila pulang daripada masjid, ambe dapati tiada orang dirumah. Ambe cuba tel isteri tapi xdapat. Ambe ingatkan isteri bawa anak2 pergi jalan2 shopping mall. Bila malam tiba, isteri dan anak2 masih xbalik. selepas solat maghrib,ambe terus pergi ke rumah mertua. Rupa2 nya anak dan isteri berada di sana. Isteri tidak lagi mahu berjumpa dan bercakap sepatah. Dipendekkan cerita, seminggu selepas itu, ada peguam menelefon ambe utk proceed perceraian. Ambe hadir ke mahkamah dengan harapan Allah selamatkan rumahtangga hamba. Sebelum ke mahkamah, ambe ada telefon kenalan jemaah yg juga bekas timbalan mufti, mohon didoakan dan solat hajat untuk rumahtangga ambe.
Alhamdulillah…Allah tunjukkan jalan keluar. Satu laporan polis telah ambe buat kerana melalui history call (bill hp) yg sampai kerumah tepat pada masanya mengandungi no telefon yang diragui dengan durasi masa sejam lebih. Melalui siasatan polis, pemilik kepada no berkenaan telah “memfitnah” ambe.
Pemilik no misteri itu telah dipanggil polis. Rupa-rupanya dialah dalang yang menyebarkan fitnah. Dia memohon maaf dan merayu supaya tidak membawa kes ke mahkamah. Dengan izin Allah, isteri pulang kerumah tanpa diduga dan memohon maaf kerana mempercayai fitnah yg di lemparkan kepada ambe. Syukur Alhamdulillah…sampai ke hari ni, ambe masih x proceed kes ke mahkamah.
Betapa dahsyatnya fitnah dan betapa Allah tu berkuasa membersihkan fitnah daripada ambe.????..Allah jualah sebaik2 penyelamat.”
Kau baca dan hadamlah sendiri. Betapa busuknya hati sang pendengki, dan betapa besarnya kerosakan akibat fitnah ini.
Kepada mereka yang suka menabur fitnah, insaflah segera. Hidup ini tidak lama. Semua apa yang kita reka dan fitnah itu akan dinilai seadil-adilnya.
Menjadi pendengki itu seronoknya hanya sementara. Seronok sekejap bila lihat orang yang kita dengki jatuh. Itu sahaja.
Sebaik mereka bangkit, mereka akan bangkit dengan lebih gagah dan semangat lagi. Dan kau, terus begitu membawa hati yang busuk penuh kedengkian.
Satu masa, pasti Tuhan membalas segalanya.
Semoga kita semua dijauhi dengan mereka yang bersikap iri, dengki dan suka memfitnah ini. Amin.
#MFS
– Dua kisah di suatu malam –
Kredit: Mohd Fadli Salleh.