
Bila terlalu lama menggunakan almari pakaian, tidak mustahil akan rosak juga. Pun begitu hendak dibuang terasa sayang dan apa kata anda ambil idea daripada perkongsian saudara Nazaruddin Tarmizi ini.
Siapa sangka almari yang telah rosak pintu, apabila diberi sentuhan DIY dapat dijelmakan menjadi wardrobe terbuka yang nampak begitu menarik dengan disempurnakan sistem pencahayaan yang sekali gus menampakkan hasil yang begitu awesome.
Bahkan menurut Nazaruddin kos yang dikeluarkan untuk menghasilkan wardrobe daripada perabot lama adlah sekitar RM200-RM300.
Jadi jom kita lihat tranformasi yang dilakukan oleh Nazaruddin dan semoga memberi inspirasi.
Almari yang dah rosak pintu, DIY jdi open big wardrobe
Setelah dilakukan tranformasi kedaan almari ini memang nampak mewah, menarik dan sempurna.
Material yang gunakan :
1)rangka guna besi partition size 2 inch
2)gypsum partition board
3)skim guna ASG stopping
4)wiring cable 1.5mm + downlight size 3 inch (3 color light)
5)gloss paint – Nippon (brilliant white)
Kos barangan dalam RM250-RM300
Sumber : Nazaruddin Tarmizi Via Kelab Deco Rumah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Raya Mana Tahun Ni?” Soalan Simple Je, Tapi Ada Hati Isteri Yang Bersedih! Wanita Ni Jelaskan, Agar En Suami Lebih Bertolak Ansur!

Meraikan hari raya bersama ibu dan ayah di kampung tentunya menjadi momen yang menyeronokkan bagi seisi keluarga. Pun begitu andai rezeki dapat bersuamikan orang jauh, mungkin untuk berhari raya di kedua-dua kampung dalam satu masa mustahil dapat dilaksanakan. Jadi penyelesaiannya ramai membuat sistem giliran untuk memuaskan hati. Syukur kedua-duanya dapat mencari kata sepakat.
Namun, bukan perkara pelik juga ada yang berlaku sebaliknya sebagaimana perkongsian kisah daripada Puan Marliya Ramli ini apabila berbual dengan seorang isteri di mana setelah 7 tahun berkahwin tidak pernah sekali pun beraya di rumah keluarganya sendiri.
HATI ISTERI
“Raya mana tahun ni?” Tanya akak berbasa basi.
“Di kampung suami…,” Jawab dia.
“Oooo… Seronok la kan? Raya di kampung, meriah!”
“Meriah tu memang meriah. Tapi kalau dah tujuh tahun kawen, tujuh kali beraya di rumah mertua, dah tak rasa seronoknya..” Jawab dia perlahan.
Dan akak diam. Tak berani lagi nak berbasa basi.
Suami yang dirahmati Allah,
Kalau akak cakap, nanti anda marahkan akak. Tapi, apalah salahnya kalau buat sistem giliran raya? Tuan berikan ihsan kepada isteri. Akak faham. Wajib bagi isteri patuh kepada suami. Wajib bagi isteri berada di sisi suami.
T.E.T.A.P.I….
Isteri mengahwini Tuan yang perkasa bukan atas sebab mahu meninggalkan keluarga. Tapi kerana atas dasar satu perkataan iaitu CINTA.
Namun, cinta adalah perasaan yang perlu dipupuk. Perlu dibaja. Disemai hingga mekar. Atau jika dibiar tandus, lama kelamaan hilang.
Akak cadangkan berilah ihsan kepada isteri. Bergilirlah pada raya pertama. Tahun ini bersama keluarga Tuan, tahun depan bersama keluarga mertua.
Bagaimana ibu bapa Tuan merindukan anak-anak pada Hari Raya, begitulah keluarga mertua. Mereka merindukan anak mereka juga.
Tidak ada ibu bapa yang mengahwini anak gadis mereka agar mereka tidak perlu berjumpa lagi. Tidak ada. Ya… akak harap Tuan berilah ihsan giliran raya. Seperti mana isteri Tuan memberikan ihsan di dalam rumahtangga.
Apa tugas suami?
Memberikan nafkah zahir batin termasuklah kebahagiaan emosi. Dan sebagai balasannya isteri memberikan taat setia kepada suami.
Ya, isteri hanya perlu berikan taat dan juga setia. Tidak wajib isteri memberikan lebih daripada itu walau seinci. Bukan akak yang cakap, tapi Allah yang perintahkan.
Namun kerana cinta, isteri Tuan memberikan ihsan dalam rumahtangga. Selain taat dan setia, isteri Tuan memberikan ihsan.
Jika Tuan terlepas pandang, izinkan akak meletak senarai ihsan seorang isteri :
1 – menyusukan anak-anak
2 – mengemas rumah
3 – memasak makanan
4 – membantu menyiapkan anak ke sekolah
5 – mengemop lantai
6 – mencuci, menyidai, melipat dan iron pakaian
7 – ada yang bantu bayarkan bil TNB
8 – ada yang belikan anak susu
9 – ada yang bantu bayar kereta
10 – ada yang buat business online untuk tambah wang keluarga
Dan lagi… dan lagi… dan lagi…
Seribu satu ihsan yang isteri beri buat suami. Walaupun semua itu bukanlah tanggungjawab isteri, namun isteri berikan ihsan atas nama cinta.
Maka…
Tuan berilah satu ihsan buat isteri iaitu giliran raya. Mulakan dengan tahun ini. Nescaya, isteri akan amat hargai.
Memang benar…
Tugas isteri adalah taat kepada suami. Namun apa gunanya taat jika HATI ISTERI tidak dimiliki. Apa gunanya memiliki jasad tetapi hati isteri mati?
Salam sayang ampun maaf dipinta.
sumber : Marliya Ramli
Bukan Kulit Je Cantik, Badan Pun Boleh Kurus. Video Cara Buat Minuman Detoks Ini Ditonton Lebih 3 Juta. Wow, Terlajak Hebat Ni!

Bagi mereka yang suka mencuba minuman homemade boleh cuba petua ini. Resipi ini dikatakan dapat membantu kita detoks untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi..lemak pun terhakis!
Cara membuatnya cukup mudah dan bahan boleh didapati di dapur anda sahaja.
Bahan-bahan
1. Air masak : Dah pastilah sangat elok untuk badan dan kecantikan muka
2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi dan membantu legakan kulit dan lembap! timun boleh kecikkan dan keringkan jerawat. Parut pun makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup!
3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan!
4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol
5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dan boleh hilangkan STRESS!
Cara :
1. Potong semua bahan dan masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam
3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari. Kalau zura confirm kenyangggg je tak rasa lapar!
*tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais
Psttttt bukan kulit je cantik nanti..tapi badan pun boleh kurussss sebab terdetox sekali! 2 in 1 gitewww ?
Untuk memudahkan ibu-ibu nak cuba petua ini, boleh tengok video yang dikongsikan ini.
Posted by Petua Cantik Dan Sihat on Sunday, September 24, 2017
Sumber: Resipi Orang Kampung
Daun Petunia Terlihat Layu Walau Tanah Masih Basah, Begini Wanita Ni Kongsi Cara Selamatkan Pokok Daripada Terus Mati!

Menanam pokok bunga Petunia antara penjagaannya selain perlu dibaja bab siraman air juga tidak perlu beriya-iya hingga melimpah dari pasu. Cukup sekadar tanah basah sudah memadai. Pun begitu Petunia juga kuat minum air, jadi kena rajin buat siraman setiap hari. Nampak mudah bukan untuk menjaga pokok bunga nan satu ini!
Namun sekiranya anda berdepan dengan masalah di mana daun pokok petunia terlihat layu walau disiram setiap hari, itu memberi petanda ada sesuatu yang perlu diperiksa detail dan kebiasaannya terjadi disebabkan pokok terkena serangan serangga perosak yang dipanggil white fly.
Jadi bagaimana untuk atasi daripada pokok tersebut layu dan akhirnya mati begitu sahaja?
Caranya selain kita perlu menggunakan racun perosak tanaman, anda juga boleh lakukan seperti yang dikongsikan oleh Kathy Kay di Kelab Petunia Malaysia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Assalamualaikum. Sedikit perkongsian dari saya. Saya bukan pakar. Cuma berkongsi cara yang saya gunakan. Alhamdulillah setakat ini tidak mengecewakan.
Pasti ada antara kita mengalami masalah daun layu tapi tanah masih basah dan lembab. Cek ye. Daun mungkin ada white fly. Ini jug punca daun layu kerana dihisap nutriennya.
Masalah saya rupanya dahan lecur dan buruk. Kalau tak rawat pokok akan perlahan-lahan mati kerana melarat ke akar dan jadi lecur batang dan akar. Kerana terjadi di pangkal. Saya kongsikan cara saya rawat cuba selamatkan pokok Petunia saya.
Semoga ilmu nan sedikit ini bermanfaat.
Daun layu, tanah lembab, cek rupanya busuk dahan.
Saya potong buang sebab tak nak melarat. Tapi kalau potong bawah sangat, takut pokok tak servive. Jadi saya kikiskan. Buang daun yang ganggu. Agar terdedah matahari. Saya jemur untuk luka cepat kering.
Keratan yang sihat dalamnya masih penuh. Hijau dan lembab. Sayang nak buang. Saya semai. Backup jika induk tak servive.
Untuk semaian tadi saya basahkan dan celupkan penggalak akar. Kalau tiada serbuk kayu manis pun boleh. Ini untuk jaga keratan tu tak dijangkiti dan lecur akhirnya lembuk serta terus dihat dan menghasilkan akar.
Hari ini 19/10/21. Alhamdulillah masih segar. Semoga terus hidup. Bila dah bertunas. Dan cubit 2-3 kali saya akan alih ke pasu yang lebih besar.
19/10/21
Induk pun lukanya setakat ini kering elok. Saya masih jemur. Biar betul-betul sihat dan kering.
Boleh kata mula sihat. Tunas sudah mula muncul dari dahan yang efek. Alhamdulillah.
Sumber : Kathy Kay
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club