Almari Kasut Lagi Kemas Kalau Susun Begini. Tak Adalah Bertindih-tindih!

Share

Perasan tak,  kalau kita tengok bahagian almari kasut sering sahaja berselerak. Kadang-kadang pasangannya entah di mana letaknya.

Keadaan almari nampak lagi tak terurus kalau sudah terlalu banyak jumlah kasut yang disumbat didalamnya. Maklumlah, setiap ahli keluarga bukan hanya ada sepasang kasut malah beberapa pasang seorang.

Jadi ada cara terbaik untuk uruskan susun atur kasut-kasut tersebut. Bukan sahaja nampak kemas malah kasut pun tidaklah mudah rosak dek kerana ditindih-tindih.

Ini sebagaimana perkongsian daripada puan Zaza Zalina ini. Jom semak.

Ni cara akak kemaskan almari kasut kami anak beranak. Tengok la gambar sebelum tu serabut sangat.

Beli Shoes Slot kat kedai eco baru ok. Satu rm2.10. Memang jimat ruang. Boleh letak 42 pasang kasut dalam almari tu. Lebih tersusun kan…. Ni deko almari kasut tepi rumah.

Memang masalah sebelum ni. Kasut-kasut tu tak muat nak letak kesemuanya dalam tu. Kami serumah ada 4 beranak. Ruang nak letak almari amat terhad. Takkan nak beli almari lagi….. Dalam setiap tingkat cuma boleh letak 3 pasang kasut jer. Ruang terhad. Sampaikan bertindan-tindan kalau nak letak lebih. Nampak serabut dan tak kemas.

Saya, suami dan 2 orang anak yang sudah bekerja. Jadi masing-masing ada beberapa pasang kasut. Jumlah semua ada 38 pasang kasut. Sebelum ni anak-anak saya letak kasut kat tempat lain. Lepas guna ni saya satukan dalam almari. Senang satu tempat.

Pada awalnya, saya pernah baca di fb tentang adanya shoes slot ni. Katanya ada dijual di shopee tapi saya tidak pernah beli online. Kebetulan pergi kedai eco nampak. First time tengok memang pelik…benda alah apa la ni…tengok gambar baru faham. Jadi saya kumpul dan beli di dua kedai eco baru cukup dapat 42 pcs.

Saya bole letak setiap tingkat 6 pasang kasut. Memang jimat ruang. Nampak lebih kemas dan teratur. Sangat praktikal. Kasut pun dapat letakkan satu tempt sahaja dan yang paling penting harganya murah dan mampu dibeli.

 

sumber : zaza zalina