“Allahuakbar Takkan Lupa Sampai Bila-Bila.” 14 Jam Menahan Sakit Tanpa Ambil Epidural, Betty Rahmad Selamat Bersalin Anak Lelaki.

Share

Akhirnya penantian Betty Rahmad dan suami berakhir bila mana pelakon ini selamat melahirkan putera sulung mereka pada jam 6:29 petang semalam (19 Januari 2019).

Berita gembira itu dikongsikan oleh Betty menerusi catatannya di akaun Instagram.

Adik kepada aktres Erma Fatima dan Umie Aida ini  sepakat dengan suaminya untuk meletakkan nama Ardy Wira untuk bayi comel mereka.

Ardy dilahirkan secara normal dengan berat 3.26 kg itu.

“Salam uncles & aunties! Alhamdulillah syukur saya selamat melahirkan our lil hero Ardy Wira pada 19.1.19 at 6:29pm (i was in labor from 4am to 6pm from 3cm dilated to 10cm without epidural) and his weight is 3.26kg.

“Allahuakbar takkan lupa sampai bila-bila haha! Anyways terima kasih semua selalu mendoakan kami. Syukur baby & mummy all good. Kami akan kongsikan gambar bila dah habis pantang ya!” tulis Betty dikapsyennya dengan tanda pagar #bettyanddamisjunior#ardywira #bettyanddamis

Kelahiran Ardy bukan sahaja dinantikan oleh ibu bapanya, malah rakan-rakan terdekat turut teruja. Antara selebriti terawal yang melawat ibu dan anak ini adalah Nora Danish. Malah, dia turut memuat naik perkongsian mengenai berita tersebut di instagramnya.

Selain Nora, Bella Dally dan Nazim Othman juga antara terawal datang melawat Betty dan anaknya di hospital.