
Hati ibu mana yang tidak sebak apabila anak dihina dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Menerusi muat naik di Instagram (IG), pelakon Nur Zarina Mohd Zainuddin meluahkan rasa terkilan apabila maklumat mengenai anaknya tidak benar di wikipedia,
Difahamkan maklumat tu telah di ‘edit’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memberikan infomasi yang tidak masuk akal mengenai anaknya, Azal.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata azal gila ibu tengok ni . Saya yang baca jadi terkedu sejejap saya peluk dia saya kata azal tak gila azil tak gila.
“Azal dan abang azil anak istimewa .. anak ibu .Allah ada .. biar orang kata apa Allah ada .. kalau azal sayang ibu jangan sedih tau ..”
“AZAL TAK GILA, JAGA IBU DAN ABANG AZIL.”

Dalam pada itu ramai yang sebak dengan hantaran yang dikongsi oleh Zarina. Ada yang memberikan kata-kata semangat buat anaknya.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Rumah Adalah Sekolah Pertama Untuk Anak-Anak.” – Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik Titip Motivasi Isu Pdpr, Cabaran Normal Baharu Ini.

Umum mengetahui bahawa kini, sesi persekolahan terpaksa ditunda pada 20 Januari 2021 ekoran peningkatan kes wabak ini.
Rentetan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berbanding persekolah secara bersemuka bagi menyekat penularan wabak ini.
Langkah ini merupakan satu situasi yang sukar kepada semua pihak termasuk ibu bapa. Pelbagai permasalah yang tular di media sosial berkaitan dengan PdPR ini. Tidak dinafikan usaha ini ada pro dan kontra.
Dalam pada itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah termasuk membantu golongan ibu bapa yang kurang bermampuan termasuk menyediakan bahan pembelajaran di sekolah secara pandu lalu, datang ke rumah memberi bahan pengajaran dan pelbagai insiatif lain.
Namun bak kata perpatah, alah bisa, tegal biasa, normal baharu ini harus diteruskan demi memastikan anak-anak tidak tercicir dengan pendidikan. Usah merungut atau menunding jari , terus ke depan demi anak-anak.
Menerusi perkongsian video Kak Long Kongsi di facebook, Keluarga, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik menitipkan nasihat mengenai PdPR agar ibu bapa terus bermotivasi untuk menghadapi cabaran normal baharu ini.
“Ibu bapa yang mempunyai anak pastinya sedang mengikti PdPR sedang bergelut dan berusah agar memastukan anak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Situasi yang yang kta tidak pernah alami. Saya yakin semua ibu bapa prihatin untuk masa depan anak,” ujar dalam program Kak Long Kongsi, Keluarga.
Dalam tempoh ini, beliau juga turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mendidik anak minat membaca dan menjadikan sesi dalam pembelajaran dalam talian yang mengembirakan walaupun ada cabarannya.
“Saya yakin anak-anak akan bosan ikuti kelas talian. Begitu juga dengan guru yang perlu melakukan persiapan dan bercakap. Tapi penghujungnya ia untuk kebaikan anak-anak dan juga negara.
BAHAN ILMU YANG BERKUALITI
Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk menuntut ilmu dan belajar. Ingatkan juga anak-anak dengan bahan-bahan pendidikan yang berkualiti di youtube. Juga mencadangkan laman sophia.my yang menyediakan pelbagai pengisan kelas-kelas menarik yang telah disediakan oleh guru yang berbakat untuk manfaat anak-anak.
“Galakkan juga anak-anak untuk menonton berita atau dokumentari di televisyen, rancangan bermanfaat dan sentiasa timbulkan fikiran yang kritis dengan bertanyakan soalan kenapa, bagaimana dan sentiasa berbicara dengan anak-anak.”
RUMAH MERUPAKAN SEKOLAH PERTAMA
Menyedari bahawa pentingnya ilmu, beliau menyarakan ibu bapa menjadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk mendidik anak-anak.
“Jadikan peluang di rumah adalah untuk jadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk anak-anak. Yang penting titipkan nilai-nilai mulia, kemahiran yang diperlukan dan akhlak yang terpuji di rumah,.
“Ibu bapa dan guru-guru boleh lakukan semua ini. Anak-anak pula di rumah sentiasa dengar nasihat ibu bapa dan guru. Juga sentiasa minat membaca dan jangan jemu membaca buku,” ujarnya mengakhiri perkongsian bermanfaat ini.
IKUTI LANJUT VIDEO ULASAN MANTAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA, YB DR MASZLEE MALIK.
Sumber: Video Kak Long Kongsi, Keluarga
“Duit Boleh Cari, Tetapi Masa Berharga Dengan Ibu, Tak Boleh Dibeli” – Chef Wan

Dulu, pantang anak-anak sakit demam mulalah resah si ibu menjaga permata hati tidak kira siang dan malam. Bila anak dah meningkat dewasa, jadi tugas anak pula menjaga orang tua seperti mana mereka menjaga waktu kecil dulu.
Bagi yang mengenali dan mengikuti chef selebriti, Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail pasti tahu individu yang lebih dikenali sebagai Chef Wan ini tinggal bersama ibunya, Noraini Abdullah yang juga kini mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.
Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga orang tua terutama apabila menguruskan bab yang berkaitan dengan kesihatan. Pujian harus diberikan pada Chef Wan kerana beliau sabar dan sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik menjaga ibunya yang kini sudah berusia 90 tahun dan lebih mesra dipanggil Cik Ani.
Baru-baru ini, Chef Wan mendedahkan beliau telah menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelog di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Chef Wan berpendapat program bagi rancangan-rancangan tersebut memerlukan komitmen dan waktu yang agak panjang untuk tempoh penggambaran.
“Pihak pengarah sebuah stesen tv berbayar mahukan saya mengacarakan program 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu, Januari hingga Februari untuk menjelajah dalam satu negeri sahaja. Pihak penaja mahukan saya juga sebab sudah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program hari raya.
“Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran. Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelog di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” tulisnya di bahagian kapsyen perkongsian tersebut.
Bagaimanapun, Chef Wan berat hati untuk menerima tawaran tersebut selepas mengetahui perkembangan terkini mengenai penyakit kanser payudara ibu yang semakin merebak, beliau keberatan untuk berjauhan lama dengan ibunya.
“Saya asyik terfikir macam manalah hendak menjelajah ke tengah Asia. Untuk merakamkan program ini sahaja memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran tersebut,” jelasnya lagi.
Dalam masa sama, Chef Wan memuji sikap pihak penerbit kerana bersetuju untuk menangguhkan penggambaran program pada bulan yang lain.
“Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati hendak bekerja bukan? Jika lokasi dekat, satu jam atau dua jam penerbangan, bolehlah balik. Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya.
“Saya juga minta pihak stesen tv tersebut untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan Mei atau Jun. Mereka bersetuju. Alhamdulillah.” tambahnya.
“Ibu kita ni la satu2nya…Duit bila2 boleh cari jika rajin dan berkemampuan tetapi my time and precious moment with my mom can never be bought again.😔😔”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang dilakukan oleh Chef Wan dalam keikhlasan beliau menjaga ibunya.
Sumber: Instagram Chef Wan
Akhirnya Mizz Nina Dan Noh Salleh Buat Kenyataan Rasmi, Wargamaya Sebak.

Tular mengenai pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.
Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.
Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
TERKINI
Sah Bercerai
Menerusi instagram milik kedua pasangan memaparkan kenyataan rasmi secara serentak mengenai spekulasi keretakan rumah tangga mereka.
Kira-kira 26 minit posting di akaun mereka mengesahkan sudah mereka sudah bercerai.Menerusi entri itu, Mizz Nina dan Noh membuat pengumuman mengenal hal itu namun tidak berkongsi tarikh penceraian.
“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami bersetuju untuk berpisah dan meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan kami meluangkan masa bersama selama 11 tahun yang cukup indah, penuh pasang surut dan cabaran hidup.”
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik.”
“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah. Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua.”
Terdahulu, Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.
Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu mengambil anak angkat diberi nama Musa pada Mac lalu.
Dalam pada itu rakan artis dan wargamaya meluahkan rasa sebak dan turut menitipkan kata semangat.
Sumber: instagram OfficialMizzNina
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club