Berita

Allahuakbar. Hari Ini Malaysia Sedih! 10 Kru Maut Nahas Dua Helikopter TLDM

Share

Allahuakbar. Hari ini Malaysia sedih! Seluruh negara dikejutkan dengan berita duka apabila 10 kru maut dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa pagi ini.

Sebelum ini, tular video berdurasi 21 saat di media sosial, yang memaparkan sebuah helikopte terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya dilihat terjunam ke darat.

Video sama turut memaparkan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.

Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi akaun rasminya di Facebook memaklumkan bahawa TDLM dalam kenyataan, nahas berkenaan berlaku ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM ke-90.

KENYATAAN AKHBAR : INSIDEN HELIKOPTER TLDM TERHEMPAS DI PANGKALAN TLDM

πˆππ’πˆπƒπ„π π‡π„π‹πˆπŠπŽππ“π„π‘ π“π‹πƒπŒ π“π„π‘π‡π„πŒππ€π’ πƒπˆ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π π“π‹πƒπŒ π‹π”πŒπ”π“
Tentera Laut Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
1. TLDM mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.
2. Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing 7 kru HOM TLDM dan 3 kru Fennec TLDM. Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.
3. TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.
Sumber; Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut

SIASATAN AKAN DIBUAT SECARA MENYELURUHΒ 

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi facebooknya memaklumkan turut berduka dengan berita berkenaan. Katanya akan satu lembaga siasatab akan ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut secara menyeluruh.

β€œHari ini negara dikejutkan dengan satu insiden yang mendukacitakan apabila 2 helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.”

β€œInsiden ini berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM pada jam 9.32 pagi yang melibatkan 2 buah helikopter TLDM jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter FENNEC.”
β€œSatu Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut secara menyeluruh.”

β€œDukacita dimaklumkan bahawa insiden ini telah mengorbankan 10 anggota TLDM, masing-masing 7 kru HOM-AW139 TLDM dan 3 kru FENNEC TLDM.”

β€œSecara peribadi, dan bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM, saya merakamkan takziah buat keluarga anggota TLDM yang terlibat.”

β€œMarilah kita bersama-sama menitipkan doa dan ingatan buat semua keluarga mangsa. Semoga mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan terberat ini.”

Sesungguhnya khabar duka ini begitu meruntun jiwa. Mereka meninggal dunia semasa bertugas, Mudah-mudahan mereka mendapat syahid akhirat.

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia & Khaled Nordin

Β MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA

NAK JOINT DAFTAR DI SINI

Β 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA Β atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my