Di luar pemikiran ibu ayah bahawa pergaduhan anak-anak membawa kepada kematian.
Berita yang tular semalam bagaikan mimpi tapi itulah realiti apabila kakak sanggup menkam adik didakwa tidak puas hati.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
BEREBUT TEMPAT DUDUK BALIK DARI SEKOLAH
Sebagaimana laporan Harian Metro, ibu mangsa mendakwa remaja berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya kerana berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, seorang remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Johor
Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
Atikel popular: Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.
Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
BALING PISAU KE ARAH MANGSA
Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.
“Suspek ditahan dan perintah tahan reman akan dipohon.
“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.
“Bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club