“Allahuakbar, Ayah Positif Covid-19 Tetap Hantar Anak Ke Taska!”. Janganlah ‘Selfish’.

Share

Sebak baca apabila ada lagi disegelintir dikalangan kita masih bersikap pentingkan diri. Adakah mereka tidak alert bahawa kes setiap hari meningkat. Merujuk laporan hari ni, kes baharu bertarikh 6 Mei 2021 cecah  hingga 3,551!

Apabila ada lagi bersikap begini dan tidak mempunyai kesedaran dalam diri, agak sukar untuk mencapai penurunan jangkitan.

Sebagaimana perkongsian seorang doktor yang melahirkan rasa kecewa sikap segelintir yang telah dijangkiti.

Menurut Dr Rusyainie Ramli sikap begini menyebabkan jangkitan bertambah setiap hari. Jauh disudut hatinya melahirkan rasa bimbang dengan situasi ini. Moga kisah ini menjadi iktibar. Kita jaga kita!

Ayah baru didiagnos positif COVID-19. Tetap hantar anak ke TASKA. Besoknya bawa anak buat swab test, datang TASKA lambat sikit. Tapi tetap tak cerita dengan sesiapa. Lepas tu baru bagitahu semua cikgu dan mak ayah yang lain.

SIKAP TAK BERUBAH
Saya kan tak tahu lah apa masalah orang kita.
Ni bukan kes terpencil. Dah namanya kontak rapat, terus lah kuarantin kan diri bila dah diberitahu walaupun belum buat ujian pun lagi atau PKD masih tak telefon cari kita.
Bukan masih berjalan merata sementara nak menunggu ujian calitan nasofarinks.
Yang utama ialah asingkan diri dari orang lain dulu.

Bila ujian dah positif, sementara nak menunggu arahan Pejabat Kesihatan Daerah, tetap teruskan kuarantin. Duduk diam-diam dalam bilik, jangan bergaul dengan ahli keluarga.
Kalau negatif sekali pun, mesti kuarantin. Sebab mungkin tu waktu inkubasi.
Kena ulangi ujian swab pada hari ke-8. 

PKP TAK BERKESAN JIKA SIKAP BEGINI
Jangan mengaruk bila kes semakin tinggi. PKP bagai takkan memberi kesan sebab rakyat kita masih ramai yang keras kepala. Mereka ni tak tular sebab bukan selebriti.


Kalau lah mereka ni kayangan, dah seMalaya dah mereka dapat maki hamun semua.
Malah, yang terkesan akibat perangai pentingkan diri sendiri ni, pun malas nak melayan.
Biarkan saja kelakuan begini. Paling banyak pun, bising kat WA sama sendiri.
Kalau saya, saya akan laporkan pada PKD terbabit tentang mamat yang degil nak mati tu.
Saya takkan bagi peluang. Sebab dia dah positif, boleh keluar rumah dan serahkan anak kat TASKA tu sangat tak boleh diterima dek akal.

Kalau anak tu positif, habis satu TASKA dah boleh menjadi kontak rapat.
Dah satu kerja KKM nak lakukan nasopharyngeal swab pada TASKA tu.
Ni namanya tak ada beban, batu digalas. Macam lah kakitangan KKM tak ada tugasan lain.
Menyusahkan semua orang. Dengki kot, anak dia kena menjalani swab, alang-alang meh lah biar kanak-kanak lain sertai sekali. Biar padan muka anak semua orang. Tapi si ayah tu, boleh lah lagi tersenyum macam kerang busuk kan. Bukan dia yang kena pakai PPE tengah panas terik buat swab. Ingat senang gamaknya nak mencalit belakang anak tekak kanak-kanak. Tak pasal kena 2 3 orang pegang budak tu.


Nampaknya rantaian jangkitan COVID-19 takkan putus sampai Abang Jamil ______.
Tahniah ya ayah.

Moga jadi iktibar.

Sumber: Rusyainie Ramli