Kisah yang cukup menyentuh hati. Itulah yang boleh diungkapkan pada kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini.

Demi anak, pasangan suami isteri OKU Pendengaran sanggup bersusah payah demi membawa anak mereka ke hospital untuk pemeriksaan.

Ikuti kisah pasangan ini yang dimuat naik oleh lelaki bernama Zairul Eizam di Facebook nya.


Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.

Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.

Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.

“Allahu, ada baby”.

“Allahu..Ada Baby.” Lelaki  Ini Kongsi Kisah Suami Isteri OKU Pendengaran Alami Motor Rosak Tengah Jalan

Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.

“Bang, kenapa ni”. Tanya saya.

IKLAN

Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.

Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.

Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.

“Bukit Subang”.

“Allahu..Ada Baby.” Lelaki  Ini Kongsi Kisah Suami Isteri OKU Pendengaran Alami Motor Rosak Tengah Jalan

Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.

IKLAN

Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.

Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,

“Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.

Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.

Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.

IKLAN

“Allahu..Ada Baby.” Lelaki  Ini Kongsi Kisah Suami Isteri OKU Pendengaran Alami Motor Rosak Tengah Jalan

Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.

Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.

Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.

12234020181048 – Bank Islam

0129414966 – En. Zubair Muhammad

Facebook – Zubair Muhammad

Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.

https://www.facebook.com/adithyazear/videos/4129462627079791/

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI