“Allah Pilih Saya Jaga Anak, Rezeki Bukan Hanya Wang Ringgit.” Pernah Hidup Susah, Isteri Dedah Baki Akaun Atu Zero Tinggal RM50!

Share

Setiap pasangan suami isteri pasti memiliki momen baik yang indah mahupun yang pahit bersama. Namun itulah yang menguatkan lagi ikatan kasih sayang dan menyemarakkan lagi rumah tangga.

Demikian juga dengan pasangan Atu Zero dan isterinya yang baru menyambut ulang tahun perkahwinan pada 8 Februari yang lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Dalam satu perkongsian, Shafeeqa memuat naik kesusahan yang dialami oleh mereka suami isteri. Ini berikutan ada yang beranggapan hidup sebagai isteri selebriti serba mewah dan tidak perlu bekerja.

Ada hamba Allah bkata, untunglah awk tak keje sbb suami artis.. mampu sara. Sy jawab (dalam hati) awk tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dlm akaun bank suami. Mana mungkin sy nk bgtahu awk perihal kewangan keluarga sy.

Biarpun dia memiliki kelulusan tinggi, namun dia tidak menyesal dengan pilihan untuk berhenti kerja kerana baginya rezeki bukan sekadar wang ringgit.

Ada hamba Allah bkata, rugilah awk tak keje. Belajar tinggi2 , kwn2 sebaya dgn awk paling2 busuk dpt 3k sebulan. Sy jawab (dalam hati) siapalah yg tak nak duit sendiri. Allah pilih sy jaga anak2 sy. Rezeki bkn hanya dgn wang ringgit. Alhamdulillah sy ada #keklapisanozon sendiri..

Ada hamba Allah bkata, kita org prempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tingglkan kita atau suami pergi dulu siapa nk tanggung awk dan ank2. Sy jawab (dalam hati) mcm lah takdir sy , awk yg tentukan.

Ada hamba Allah bkata, awk tak keje nanti mentua awk tak sayang awk. Sy jawab (dalam hati) sy tak perlu meraih kasih sayang / respect dr manusia dgn wang ringgit.

Akui Shafeeqa, bukan wang ringgit yang menjamin kebahagiaan sebaliknya apa yang diperoleh sudah mencukupi.

Ada hamba Allah bkata, awk tak keje nanti suami awk tak sayang dan tak hormat awk sbb awk tak ada apa2 untk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.
Sy jawab (dalam hati) kehormatan bukan sbb pangkat dan wang ringgit dan mmg tanggungjawab suami menyara isteri dan ank2. Alhamdulillah, walaupon slalu dia kata lelaki boleh kahwin 4, tp dia sedar kemampuan kewangan nya hanya cukup2 untuk kami sekeluarga 🤣.

Dalam pada itu, Shafeeqa sentiasa ingat akan nasihat suaminya yang memintanya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. kerana itu, dia sendiri tidak pernah meminta-minta bahkan bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang.

Selalu dia ingat kan saya supaya selalu bersyukur… alhamdulillah, kemahuan sy hanya untuk anak2… tiada ku minta emas dan harta setinggi gunung… cukuplah suami rajin berkerja.

Terima kasih mak&ayah serta ibu mertua restu perkahwinan kami… ada kami harta 2 org anak kami selama 5tahun perkahwinan ini… insyaallah akan ku jaga harta ini sehingga hujung jawa ku.


Happy anniversary @akueatu akan ku capai tangan mu di pintu syurga kelak… Terima kasih kerana menjadi imamku… menjagaku dan anak2…

Sumber: shafeeqajohari

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club