“Allah Permudahkan, Cepat Haider Nak Jumpa Papa Mama.” Lengkap Sepasang, Elly Mazlein Selamat Bersalin Anak Kedua!

Share

Pelakon dan pengacara Elly Mazlein selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada jam 12.23  pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Elyy atau mesra disapa Kak Lina menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping foto memaparkan suami, Mohamad Azlan Che Nuh bersama bayi mereka.

Kak Lina dan anak keduanya itu berada dalam keadaan baik dan sihat selain bersyukur urusan bersalin dipermudahkan Allah SWT.

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah kak pom selamat bersalin pd
23 October 2021, Jam 12.23 pagi td. Alhamdulillah mama & Haider sihat. Tq segala Doa 🙏❤

“Tq Abah, Somi & Manja jaga mama sepnjang mengandung hingga bersalin.. Alhamdulillah kite ada org baru .. bertambah sorng lg dlm keluarga comel kite.. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

“Utk team @andorrahospitalofficial kursus buat Doc Khamsiah, Doc Mariam, Doc yg penah check kak lina dan nurses tq tq tq .

“Mmg hebat layanan diberikan.. rasa terharu mlm td, sblum bersalin.. Somi , Umi dan Nurses membaca Surah Yasin , bg ayat memudahkan bersalin dan Doakn kak lina agar proses bersalin berjln lancar dan dipermudahkan .. mmg Allah permudahkan.

“Syukur.. Cepat Haider nak jmpa Papa Mama .. sgt skejap .. Alhamdulillah Syukur.” ujar Kak lina menerusi kapsyennya.

Dalam masa yang sama, kak Lina turut berkongsi nama pilihan untuk zuriat mereka iaitu Haider Mateen.

Dgn ini kak lina nak mmperkenalkan anak ke 2 kak Lina. Haider Mateen Bin Mohamad Azlan , Assalamualaikum Haider .. Welcome to the world our little bundle of joy.

Rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata itu selain mendoakan agar Haider membesar dengan baik serta menjadi anak soleh kepada kedua ibu bapa.

elizadsharifuddin Alhamdullillah syukur pada Mu Ya Allah . Congrats kakak manjahhh . Best nye bau baby ❤️
almynadiaofficial Alhamdulillah tahniah ma❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ assalammualaikum hensem haider @iamellymazlein
zulinaziz Alhamdulillah. Assalammualaikum Haider syg😍😍😍
ardellaryana Masyaallah Tabarakallah! Alhamdulillah ya Allah 😍 selamat semua , selamat berpantang kakak ku ❤️
sherry_alhadad Tahniah kak kepom❤️❤️❤️ tak sabar nak jumpa baby Haider nnt. Nah kita lock bagi 🔥🔥🔥 . Love u
abby_abadi112 Alhamdullillah Syukur.. Suka nama Haider.. semua dah ada kan? jadi bg tepukan jelah hahhaa 👏👏👏😍
andorrahospitalofficial Alhamdulillah, tahniah Kak Lina dan Encik Azlan di atas kelahiran baby Haider Mateen. Semoga baby Haider membesar dengan baik di sisi keluarga 🤍