Berbuat baik kepada ahli keluraga tak mengenal masa, kalau boleh biarlah selalu kita menghargai dan tunjukkan rasa saya kepada mereka selalu. Namun, jika kita buat baik dengan ahli keluarga kita pada Hari Asyura, ia jauh lebih baik dan sangat disarankan dalam Islam.
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar hari ke-10 Muharram dalam kalendar Islam iaitu pada hari ini (Selasa) merupakan Hari Asyura yang sangat bermakna buat umat Islam.
Melalui sebuah video di akaun TikTok rafidahbaco, Ustaz Wadi berkata apabila kita sediakan makanan istimewa buat keluarga pada Hari Asyura ini, rezeki mereka akan diperluaskan dan urusan juga akan dipermudahkan.
Katanya lagi, orang yang menggembirakan keluarganya pada hari 10 Asyura dengan menyediakan makanan istimewa untuk mereka, Allas SWT akan menyenangkan, memurahkan dan meluaskn rezekinya sepanjang tahun itu. Betapa hebatnya manfaat bila berbuat baik dengan ahli keluarga pada hari ini kan?
Tonton video ini;
@rafidahbaco semoga bermanfaat #hariasyura #muharram #10muharram #ustazwadianuar #fyp ♬ bunyi asal – Meliza
“Kalau selalu RM10, hari Asyura tuan-tuan istimewakan hidangan untuk ahli keluarga tuan-tuan. Ini maksud hadis ni. Tuan-tuan istimewakan hidangan dan layanan untuk ahli keluarga tuan-tuan pada hari Asyura, Nabi sebut dalam hadis Allah akan meluaskan dan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.”
Untuk pengetahuan, Asyura asalnya dari sebuah perkataan Arab iaitu ‘asyara’ yang bermaksud 10 dan mengikut umat Islam, hari Asyura ni banyak menyaksikan sejarah besar dan keajaiban yang berlaku ke atas para nabi.
Selain itu, menurut Riwayat Ibnu Majah (1738), berpuasa pada hari Asyura adalah diperintahkan kepada umat nabi Muhammad SAW dan hukumnya adalah sunat.
Sumber: OhBulan!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my