Anak anugerah yang terindah buat pasangan suami isteri. Dalam kegembiraan menantikan orang baru, namun takdir Tuhan tak siapa mampu menolaknya.
Dalam satu perkongsian, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isteri kesayangannya, Datin Almy Nadia keguguran.
Pasangan ini sepatutnya menimang cahaya mata yang keempat namun percaturan Yang Maha Esa, tak siapa mampu menolaknya.
AL FATIHAH.. terima kasih allah bg kami 14mggu bersama baby ke4 saya dan @almynadiaofficial .. allah lebih sayangkan kami anakku.. papa redha.. papa taknk nangis,sebab papa kuat.. amin.. semoga allah jaga kamu ye anakku.. al fatihah..
Sebelum ini, Fizz Fairuz ada berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik di laman instagramnya.
Nampaknya tiada rezeki untuk pasangan ini menimang cahaya mata keempat. Semoga Almy dan Fizz tabah dengan dugaan ini.
Berita tersebut mendapat respond yang mana rakan selebriti dan pengikut pasangan ini mengucapkan takziah atas kehilangan tersebut.
Sumber: IG fizzfairuzofficial