“Allah Hadirkan Bidadari Kecil Dalam Rahim.” Baru Tamat kuarantin, Suami Sebak Isteri Kongsi Berita Hamil!

Share

Bagi pasangan suami isteri, tiada berita yang lebih menggembirakan bila mengetahui bakal bergelar ibu dan ayah. Sementelah itulah khabar yang dinanti-nantikan usai mendirikan rumah tangga.

Demikian juga dengan pasangan suami isteri ini. Mereka yang menanti tiga tahun lamanya untuk menimang cahaya mata, menerima khabar tersebut dengan penuh kesyukuran. Lebih bermakna lagi, berita tersebut diketahui selepas mereka sembuh dari Covid-19.

Pasangan ini memuat naik satu video pendek yang menunjukkan pasangan ini berpelukan egembiraan kerana tidak menyangka akan dikurniakan zuriat selepas lama menanti.

Berkongsi berita gembira tersebut Puan Mas memberitahu yang dia sudah sebulan tidak datang haid buat pertama kali dalam tiga tahun. Begitu pun, dia ragu-ragu dan takut untuk berharap  namun tetap membuat ujian kehamilan.

3 TAHUN PENANTIAN

3 tahun penantian . Akhirnya allah jawab di hari jumaat ni . Sejak 8/01/2021 akk duduk berjauhan dengan suami . Suami positive covid . 12/01/2021 lagi sekali kami dihimpit dengan berita sedih , akk pulak positive covid .

17/1 ambulance ambik . Maka terpisah la kami suami isteri . Hari ni suami dah dibenarkan keluar . Dan akk pun dah balik semalam .

Haid akk delay dari december lagi . Mmg akk tak kuat nak buat pregnancy test , sbb takut kecewa macam dulu . Dekat setahun akk tak pegang pregnancy test ni . Hari ni , allah bagi kekuatan disamping suami kat sisi akk kuat kan hati nak check .

Alhamdullilah allah hadir kan bidadari kecil dalam rahim akk . Terima kasih ya allah atas rezeki ini . Betul perancangan mu lebih baik dari mimpi kita .

Rupanya sepanjang akk admitted dekat hos sg buloh . Ade baby dalam perut 😅 hi syg , membesar la awak dengan sempurna , jadi la anak yg soleh dan solehah . Tak kira apa pun jantina awak . Mummy titipkan doa supaya awak menjadi manusia yg berakhlak .

Percaya la dalam setiap hujan pasti ade pelangi nya ❤️ terima kasih semua atas doa korang .

Love – akk Massieww 💜

Sumber: massieww