Bagi pasangan suami isteri, tiada berita yang lebih menggembirakan bila mengetahui bakal bergelar ibu dan ayah. Sementelah itulah khabar yang dinanti-nantikan usai mendirikan rumah tangga.
Demikian juga dengan pasangan suami isteri ini. Mereka yang menanti tiga tahun lamanya untuk menimang cahaya mata, menerima khabar tersebut dengan penuh kesyukuran. Lebih bermakna lagi, berita tersebut diketahui selepas mereka sembuh dari Covid-19.
Pasangan ini memuat naik satu video pendek yang menunjukkan pasangan ini berpelukan egembiraan kerana tidak menyangka akan dikurniakan zuriat selepas lama menanti.
Berkongsi berita gembira tersebut Puan Mas memberitahu yang dia sudah sebulan tidak datang haid buat pertama kali dalam tiga tahun. Begitu pun, dia ragu-ragu dan takut untuk berharap namun tetap membuat ujian kehamilan.
3 TAHUN PENANTIAN
Ads
3 tahun penantian . Akhirnya allah jawab di hari jumaat ni . Sejak 8/01/2021 akk duduk berjauhan dengan suami . Suami positive covid . 12/01/2021 lagi sekali kami dihimpit dengan berita sedih , akk pulak positive covid .
17/1 ambulance ambik . Maka terpisah la kami suami isteri . Hari ni suami dah dibenarkan keluar . Dan akk pun dah balik semalam .
Haid akk delay dari december lagi . Mmg akk tak kuat nak buat pregnancy test , sbb takut kecewa macam dulu . Dekat setahun akk tak pegang pregnancy test ni . Hari ni , allah bagi kekuatan disamping suami kat sisi akk kuat kan hati nak check .
Ads
Alhamdullilah allah hadir kan bidadari kecil dalam rahim akk . Terima kasih ya allah atas rezeki ini . Betul perancangan mu lebih baik dari mimpi kita .
Rupanya sepanjang akk admitted dekat hos sg buloh . Ade baby dalam perut 😅 hi syg , membesar la awak dengan sempurna , jadi la anak yg soleh dan solehah . Tak kira apa pun jantina awak . Mummy titipkan doa supaya awak menjadi manusia yg berakhlak .
Ads
Percaya la dalam setiap hujan pasti ade pelangi nya ❤️ terima kasih semua atas doa korang .
Siapa sahaja yang tidak mahu mengubah hidup menjadi lebih baik daripada pelbagai aspek? Namun untuk berubah bukanlah mudah, meskipun semuanya terletak pada diri kita sendiri.
Menyentuh tentang perubahan diri, mungkin ada antara kita tercari-cari formula yang boleh dipraktikan dalam merialisasikan impian untuk menjadi orang yang lebih baik bukan sahaja di dunia malah setiap kebaikan tersebut akan membawa diri kita ke syurga firdausi.
Jadi apa kata kita fahami perkongsian daripada ustazah Asma Harun ini, menurutnya ada 5M yang perlu dilakukan. Apakah 5M yang dimaksudjan olehnya itu?
5M YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK PERBAIKI DIRI
SubhanAllah Allahu Akbar,
Sahabat, sebelum pejamkan mata, pejamkanlah juga segala kesedihan, kedukaan, keperitan, dan semua yang membebankan diri. Tetaplah menjadi seseorang yang berani untuk menghadapi hari esok dengan satu harapan dan perubahan.
Bagi yang sedang dalam proses berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya, teruslah berusaha, kuatkanlah semangat. Sentiasalah perbaiki niat agar perjalanan hijrah tidak tercemar dengan perkara dunia yang sifatnya fana.
Malam ini, suka untuk saya kongsikan rahsia disebalik 5M yang perlu dilakukan untuk perbaiki diri.
1) M – Muhasabah
Dalam tak sedar, terkadang kita pasti melakukan beberapa kesilapan sehingga membuatkan diri tersedar bahawa bukanlah Allah yang menjauh daripada kita akan tetapi kita sendiri sebenarnya yang menjauhkan diri daripada Allah. Sahabat, muhasabahlah, perhatikanlah semula segala amalan-amalan kita, adakah ia cukup untuk dibawa dengan baik di akhirat kelak?
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hasyr: 18)
2) M – Mujahadah
Sahabat, berusahalah untuk lawan segala hawa nafsu yang membelit diri, jika tidak kita sendiri yang akan memakan diri. Allahu Akbar.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawanya (kemahuan atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.”
(Disebut Oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya hadis 40 Imam Nawawi bahawa hadis ini sahih)
3) M – Mu’aqabah
Makna Mu’aqabah adalah memberikan hukuman kepada diri sendiri. Apabila kita melakukan sesuatu dosa atau kesalahan maka hendaklah kita segera menghapuskannya dengan melakukan amal kebaikan walaupun terasa susah atau berat. Sebagai contoh, istighfar 100 kali, memberikan sedekah, mendirikan solat dan sebagainya.
Dengan cara ini, insyaAllah kita akan dapat mengajarkan diri kita untuk sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang Allah larang.
4) M – Muraqabah
Makna muraqabah adalah mendekatkan diri. Saat ingin perbaiki diri, usahalah untuk sentiasa merasai bahawa diri sentiasa diawasi oleh Allah SWT sehingga mendatangkan kesedaran untuk sentiasa melakukan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Kecuali yang telah ditakdirkan Allah padamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering (maksudnya takdir telah ditetapkan).”
(HR Tirmizi, hadis sahih)
5) M – Mulazamah
Mulazamah bererti melazimi. Saat seseorang ingin mendekatkan diri kepada Allah, saat itulah perlunya untuk melazimi ilmu-ilmu agama agar dekat kepada-Nya bukan sebarang dekat, tetapi dekat kerana berpengetahuan. Dekat kerana sedar bahawa Allah-lah tuhan yang patut dan layak disembah, ditaati dan diletakkan segala pengharapan yang tinggi. Bukankah untuk memiliki sesuatu itu perlukan ilmu?
Memiliki raut wajah yang cukup manis dan berdarah kacukan, tidak hairanlah andai ramai yang geram melihatnya. Ditambah dengan gelagatnya yang comel membuatkan ramai terhibur.
Berusia 7 tahun, puteri kesayangan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini dibesarkan bak seorang puteri dengan limpahan kasih sayang. Apa sahaja perkembangan Aaisyah Dhia Rana, dikongsikan menerusi laman instagram yang dibuat khas untuknya.
Terbaru, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta memuat naik satu video kaletah anaknya itu. Video tersebut menunjukkan Aaisyah bertanya kepada ibunya kenapa suka memakai high heels.
“Why you like wearing high heels?”
Che Ta menjawab soalan berkenaan dengan berkata beliau kelihatan lebih tinggi dengan memakainya.
Namun Aaisyah memberitahu bahawa ibunya itu memang sudah tinggi.
“Nampak more seksi.”
Itu Jawapan Che Ta yang membuatkan Aaisyah terkesima seketika sebelum ketawa.
Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam.pada 2009. selain Aaisyah, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.
Biasanya, rempah ini digunakan di dalam masakan. Jangan tak tahu, jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah ia memiliki khasiat tersendiri buat anda yang ingin menurukan berat badan. Kaum wanita khususnya yang mahu badan langsing boleh cuba teh jintan manis.
Dengan pengambilan secawan teh jntan manis pada waktu malam juga dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.
Berikut beberapa khasiat yang ada di dalam rempah jintan manis yang anda tidak ketahui sebelum ini.
Cuci usus
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan. Selain itu, ia juga membantu mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid.
Kawal tahap kolesterol
Kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.
Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh-lenguh otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser.
Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!
Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid dan menopaus, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf.
Merawat gejala pra-haid, pra-menopaus dan rendah libido
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)
Penyediaan Teh Jintan Manis
Bahan-Bahan
1 sudu jintan manis
2 gelas air
Cara :
Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
2. Masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadiRebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.
3. Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas. Kacau dan minum 3 kali sehari (sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Jika rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (selama 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan berkilo-kilo dari berat badan) cubalah secawan teh jintan manis .
Jika diamalkan berterusan, kita akan merasa manfaat dan kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dlm badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yg membersih darah, buah pinggang, paru-paru dan limpa. Untuk kesan yang terbaik perlu istiqamah.
kredit : Suriani Senapi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...