“Allah Bagi Rezeki Apabila Sudah Sedia.”Selepas 7 Tahun Menunggu Anugerah Ini, Danny X-Factor bakal timang cahaya mata!

Share

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat bagi melengkapi rumah tangga mereka. Namun bukan semua wanita terus hamil usia berkahwin. Sebaliknya ada pasangan yang terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya.

Demikian juga dengan Penyanyi dari kumpila X-Factor dan juga pelakon ini. Berita kehamilan isterinya Zaidatul Norfazlin Zakaria atau Lyn satu anugerah yang terindah dalam rumah tangga mereka

“Inilah anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh saya dan isteri selepas tujuh tahun berkahwin. Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti menantikan saat dikurniakan rezeki zuriat. Begitu juga dengan saya dan isteri,”ujar Danny lagi.

Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 38, berkata dia berasa bersyukur atas kurniaan Allah kali kedua selepas isterinya pernah mengalami keguguran pada dua tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah. Kehamilan kali ini saya anggap seperti anugerah Allah yang sudah lama dinanti-nantikan.

“Sebenarnya, isteri saya pernah hamil dua tahun lalu namun mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tiga minggu,” katanya.

Dia sebelum itu  berkongsi berita gembira isterinya sedang hamil lima bulan dan bakal menimang anak lelaki menerusi laman sosialnya.

Menurut Danny, dia dan isteri tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat dengan sentiasa membuat pemeriksaan doktor.

“Saya dan isteri juga tidak pernah berputus asa dan kami sentiasa mencuba dan mencari jalan untuk dikurniakan zuriat.

“Sejak isteri keguguran, kami selalu juga buat pemeriksaan. Doktor pun selalu memberi kata positif dan memberitahu yang kami berdua tak ada masalah.

“Cuma, disebabkan tiada rezeki lagi sepanjang tujuh tahun kami berkahwin. Saya percaya Allah akan beri rezeki apabila kita sudah bersedia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Danny tidak mahu tergesa-gesa membuat persiapan kerana keutamaannya adalah bayi dan isterinya.

Namun, Danny bakal memasuki kelas penjagaan anak memandangkan dia tidak mempunyai pengalaman dalam menjaga bayi kecil.

“Buat masa sekarang, saya tak ada buat persiapan sangat. Bagi saya, apa yang penting adalah kesihatan bayi dan isteri saya.

“Tak kisah pasal persediaan itu, janji bayi saya lahir cukup sifat dan sempurna. Tetapi, saya akan mula masuk kelas penjagaan anak tidak lama lagi,” katanya.

Sumber: Mstar & ig danianwa