Umum mengetahui pelakon dan hos, Siti Elizad sedang mencuba rawatan IVF bagi mendapatkan anak. Sebelum ini, dia berkongsi momen ketika melakukan rawatan tersebut.
Namun rezeki tidak memihak kepadanya dan suami . Terbaru, dia berkongsi berita sedih apabila keguguran. menurutnya, dia hanya sempat merasai nikmat menjadi ibu selama seminggu sahaja.
Menurut Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan.
“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu. Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.
“Tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya yang memuat naik berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Penyampai radio Sinar itu difahamkan hamil selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Pun begitu, Elizad tetap bersangka baik dan tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.
Dalam pada itu, Elizad dijadualkan untuk menjalani rawatan IVF seterusnya pada Januari 2021.
“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.
“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” beritahunya.
Elizad menjalani sesi IVF pada 21 Oktober lalu di sebuah hospital swatsa. Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.