“Allah Anugerahkan Anak Down Sindrom, Sebenarnya Allah Hadiahkan Kita Peluang.” Ustaz Ni Kongsikannya!

Share

Betapa besar ujian dirasakan bagi sesiapa pun, andai dianugerahkan anak istimewa dalam keluarga. Pada logik akalnya, kita akan merasakan menjaga anak-anak yang normal tentu lebih ringan urusannya berbanding berdepan untuk membesarkan anak istimewa.

Dikatakan juga hanya dengan ‘tiket’ sabar dan redho akan mampu menjadikan sebuah keluarga itu lebih tabah melalui ujian tersebut. Hal yang sama juga diungkapkan oleh Ustaz Mohd Rifqi apabila dia sendiri melalui ujian dianugerahkan anak down sindrom.

Bersempena bulan Oktober merupakan bulan kesedaran Down Sindrom, Ustaz berkongsi rasa di akaun fbnya untuk sedikit sebanyak memberi inspirasi buat keluarga lain yang berdepan ujian anak istimewa.

Semoga perkongsian ini juga dapat menyedarkan kita tentang erti cinta luar biasa.

OKTOBER ADALAH BULAN KESEDARAN DOWN SINDROM

Apabila Allah anugerahkan kita anak down sindrom, sebenarnya Allah hadiahkan kita peluang. Peluang untuk benar-benar memahami erti sabar dan redha. Bila kedua-kedua sifat ini menempati hati, datang pula sifat baru yang bernama syukur.

Alhamdulillah, jika seseorang itu tahu akan nikmat anak syurga ini, pasti setiap mereka mendambakan anak sebegini wujud di kalangan keluarga mereka.

Kenapa?

Merenung wajah anak menerbitkan rasa sayang yang unik. Itulah yang saya rasakan bila menatap kesemua anak saya kali pertama mereka menjengah dunia. Perasaan yang sama, kasih yang sama.

Tapi, bila Doktor menyatakan “anak ustaz mungkin down sindrom” setelah seminggu dilahirkan, renungan dan tatapan saya ke wajah sucinya bukan lagi menerbitkan semata-mata kasih dan sayang tetapi Allah hadirkan perasaan lebih dari itu.

CINTA LUAR BIASA

sumber : Mohd Rifqi Myiddin