“Allah Ambil Terus Papa & Gantikan Saya Temani Mak.” 26 Tahun Tunggu Zuriat, lelaki Ni ‘Tinggalkan’ Anak Pengganti Diri!

Share

Kita hanya merancang tapi yang menentukan adalah Dia Yang Satu. 26 tahun menanti untuk menimang anak perempuan, doa tersebut dimakbulkan dan bahagia kian bercambah menanti orang baru.

Lebih bermakna bila mana wanita ini berkongsi kegembiraan dengan anak dan menantu yang turut menimang cahaya mata sulung.
Assalammualaikum semua ahli KIMM.. Pertama kali bersiaran disini. Saya berumur 44 tahun n menantu saya berumur 24tahun. Kami telah sama2 selamat melahirkan baby girl dgn izin Allah.

Ank saya Puteri Delisha lahir pd 27 June 2020 dan cucu saya lahir pd 15 April 2020. Alhamdulillah Allah permudahkan proses kelahiran ank kami dgn mudah secara normal.. Kami doakan semoga ibu2 KIMM yg ada disini dipermudahkn juga urusan bersalin nnti.. Aamiin

Namun Allah sekali lagi menguji keluarga ini. Suami yang disayangi pergi buat selama-lamanya tatkala si kecil baru berusia sebulan dan isteri masih dalam pantang.

Lelaki ini tidak sempat melihat anaknya membesar. Kisah sedih ini dikongsikan oleh Suri Hati menerusi laman Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official.

 

Kegembiraan wanita ini menimang cahaya mata perempuan selepas 26 tahun menunggu akhirnya bertukar duka apabila kemudiannya memuat naik berita mengenai pemergian suami beberapa hari kemudian.

Dalam pada itu, dalam satu lagi perkongsian menerusi laman yang sama, wanita ini memuat naik gambar terbaru bayinya dengan kapsyen yang cukup meruntun hati.

Assalamualaikum. Saya Puteri Delisha Binti Roslan. Doakan mak saya kuat utk membesarkan saya yg baru kehilangan papa di usia saya sebulan dlm pantang.

Terima kasih kpd warga KIMM yg telah mengucapkan tahniah dan takziah di atas post mak saya di group ni hari tu. Allah hadiahkan seorang ank perempuan buat mak n papa saya setelah 26tahun mereka menanti tapi akhirnya Allah ambil terus papa saya dan gantikan saya utk menemani kesedihan mak. Semoga perancangan Allah ini ada hikmahnya.. Aamiin.

Dalam pada itu, dia juga turut memohon orang ramai mendoakan semoga dia tetap kuat dan tabah dengan ujian yang menimpanya.

Sumber : Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official