“Allah Ambil Abah Tempat Orang Berebut Meninggal Di Sana.” Kubur Selari Makam Nabi Muhammad, Gadis Kongsi Kisah Pemergian Arwah Bapa.

Share

Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah adalah impian setiap umat Islam.  Malah, ada juga kisah mengenai jemaah yang meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci. Mereka merupakan antara hamba Allah yang terpilih untuk disemadikan di sana.

Demikian juga dengan keluarga ini. Pemergian arwah ayah ke tanah suci adalah rupa-rupnya pergi tak kembali. 

 yang merupakan anak kepada arwah ada berkongsi kenangan bersama arwah ayahnya ketika mereka sekeluarga mengerjakan umrah baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di laman sosial Twitter, gadis berusia 20 tahun itu meluahkan perasaan sayang terhadap arwah bapanya yang tidak akan pudar sampai bila-bila.

“Allah ambil abah di tempat yang semua orang berebut untuk meninggal di sana.. Madinah Al-Munawwarah.. “Ditanam di Perkuburan Al-Baqi’.. Selamat tinggal abah.. Jumpa adik di syurga,” tulisnya.

Tambah Aisya, kubur arwah bapanya juga terletak selari dengan makam Nabi Muhammad SAW serta dikelilingi ‘Ashabul Jannah iaitu penghuni syurga. Allahu! Sungguh beruntung abahnya.

Posting berkenaan diulang kicau lebih 20,000 kali serta mendapat 25,000 tanda suka dimana rata-rata kagum apabila jasad arwah bapanya ditanam di tempat yang mulia.

Terpilih & sangat bertuah.

Dalam pada itu ramai yang melahirkan ucapan takziah dan mengatakan arwah insan terpilih yang cukup bertuah kerana meninggal di tempat yang mulia.

 

 

Sumber : Twitter