Andai seisi keluarga pergi ke nursery memang macam-macam pokok kita dapat lihat, semuanya subur-subur belaka. Contohnya pokok berbunga, memang saratlah bunganya dan cantik-cantik belaka. Itu menambahkan lagi rasa teruja kita untuk membeli pokok tersebut, bukan sahaja diri kita malah anak-anak juga tidak sabar untuk berkongsi hobi menanam pokok di laman rumah usai pulang dari nursery.
Namun sering juga terjadi, bila kita bawa balik dan cuba alihkan tanaman tersebut ke tanah atau ke dalam pasu yang lebih besar, pokok menjadi layu dan paling sedih pokok tidak subur lagi dan akhirnya mati.
Tidak mahu perkara ini berlaku, ada bagusnya anda ikuti langkah demi langkah dan tips yang dikongsikan oleh Pyan Sempoi ini.
Tips mudah tanam pokok yg baru dibeli..tak kisah la beli secara online ataupon offline..atau nak pindahkan pokok ke bekas yg lebih besar..
1. Pastikan pokok dlm keadaan sihat, segar, daun tidak layu, tidak dlm keadaan baru keluar tunas/pucuk (muda).
Ads
2. Kalau beli pokok online, biasa nya daun2 akan ada yg layu..dlm situasi macam ni tak boleh terus pindah bekas..wajib dikuarantin dulu sampai daun2 kembali fresh..letak kat tempat teduh utk menghilangkan stress pokok
3. Kalau dh cukup semua syarat mcm kat atas tu boleh lah tanam..sediakan medium yg gembur atau poros..sy guna campuran topsoil, tanah hitam sawit, cocoapeat & sekam bakar
4. Isi pasu dgn sedikit styrofoam (polisterin) , tujuan dia supaya akar dpt lebih byk oksigen, air lebihan siraman mudah mengalir keluar & media terhalang dr kluar ikut lubang pasu..boleh ganti polisterin dgn batu2 kecil, pecahan bata, pecahan genting atau lain2
Ads
5. Isi sedikit media utk tutup pecahan styrofoam tu..tabur sedikit shj baja subur (sy guna novatec supreme) & timbus lg dgn media sampai separuh penuh pasu..ikut keadaan saiz media pokok yer..agak2 sendiri biar ngam dgn pasu
6. Letak pokok betul2 di tengah pasu..pandai2 lah ejas yer kena hati2 masa buka polibag atau cabut keluar dr pasu asal..jangan sampai media pecah berterabur atau akar banyak sangat yg putus (sikit2 is ok)
Ads
7. Kambus lg sampai tertutup semua media asal..jgn sampai penuh pasu sangat yer..sisakan 2-3 inci
8. Siram & letak tempat teduh dulu sampai pokok betul2 dh stabil baru boleh ubah letak tempat kena hujan panas..1stime siram sampai lenjun pastu jgn siram 2-3 hari..bila media dh kering sgt baru siram mcm biasa
Personaliti ini agak ‘sempoi’ tapi ciri-ciri orang ‘istana’ masih dikekalkan terutama bab protokol namun tetap terbuka dalam pergaulan. YM Tengku Loreta Tengku Dato Setia Ramli Alhaj juga sangat akrab dan rapat dengan anak tunggalnya. Sekali pandang dua beranak ini seolah-olah BFF yang ‘satu kepala’ dan sehati sejiwa.
“Aniq memang rapat dengan saya kerana sejak kecil lagi ke mana sahaja saya pergi pasti akan ada dia menemani. Usai mendirikan rumah tangga, saya ambil keputusan untuk duduk di rumah dan menjaganya. Kebetulan waktu itu berlaku krisis ekonomi dan saya antara yang dibuang kerja. Disebabkan tiada tawaran kerja, lebih baik saya fokus pada anak dan keluarga.”
“Waktu itu, saya sudah dedahkan Megat Aniq dengan aktiviti lasak seperti paintball, menembak (senjata 9mm), snorkelling, go kart, golf (single handicap) dan sebagainya. Dari kecil sehingga sekarang, minat tersebut bercambah dalam dirinya dan kini dia bakal mengambil lesen penerbangan di Melaka tak lama lagi.”
“Boleh dikatakan kami banyak berkongsi minat dan hobi yang sama. Kalau wanita lain ada ‘me time’ tetapi saya pula waktu ini mesti bersama dengan anak. Kalau ada masalah atau mahukan sesuatu pandangan, Megat Aniq akan terus tanya pada saya. Saya cuba beri yang terbaik untuk dia. Bukan bermakna saya mahu ‘spoilkan’ dia dengan kemewahan, tapi kalau ada duit banyak pun tak dibelanjakan tak guna juga kan,”ujar Tengku Loreta yang berpada-pada dan ada kouta dalam berbelanja.
Sejak kecil beliau sudah terapkan pada anak, kalau nakkan sesuatu dia kena hantar surat ‘permohonan’ terlebih dahulu.
“Tak kisahlah apa jua aktiviti mesti dapatkan persetujuan saya terlebih dahulu. Masih simpan lagi semua surat itu dengan typing error. Tapi yang saya ingin tekankan waktu itu adalah supaya dia berdisiplin.
“Malah, selepas habis bermain, Megat Aniq akan kemaskan kembali barangannya ke kotak asal tanpa perlu disuruh termasuklah saya ajar dia ada batas-batas dalam berkongsi barangan dengan orang luar. “
“Saya pernah tinggalkan dia 4 bulan kerana terpaksa bekerja di FUTURE ENERGY ASTANA EXPO 2017, Kazakhstan sebagai Ketua Protokol & PR Malaysia Pavillion dan waktu itu dia tengah belajar di sini, jadi tak boleh ikut sekali. Tetapi Aniq ada datang melawat saya bersama mengiring DYTM Raja Muda Selangor waktu itu ,” cerita Tengku Loreta lagi mengenai anak tunggalnya itu.
Pengerusi Pertubuhan Generasi Malaysia Berjaya (GENMAS) ini bagaimana pun tetap menerapkan elemen-elemen protokol dan juga pengetahuan mengenai susur galur keluarga mereka kepada anak tunggalnya itu.
“Anak saya turut diterapkan segala adat istiadat dalam istana. Dia juga tiada masalah dan mengikuti segala apa yang diajar. Jadi, mudah untuk dia bawa diri dalam istana selain dapat bergaul mesra dengan kerabat dari negeri lain,” jelas Tengku Loreta yang mengamalkan cara terbuka dan belajar bersama selain berkongsi minat yang sama dengan anak.
Dalam memastikan hubungan ibu-anak baik, ujar Tengku Loreta perlu jujur dan berfikiran terbuka. Belajar bersama dan boleh dengar dan terima pandangan anak muda.
“Selain itu, kami berkongsi minat yang sama termasuklah dalam sukan air, melancong, berkuda, main golf, bowling dan membantu kaum kurang upaya serta underprivileged kids.
“Ini memudahkan untuk saya rapat dan membina hubungan yang baik dengan anak. Walaupun Megat Aniq kini sudah masuk 19 tahun, namun usia itu tidak membataskan hobi dan minat kami. Bahkan, ada masa terluang kami akan buat sama-sama,” ulas Tengku Loreta lagi.
Aktif NGO dan CSR
Mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Tengku Loreta yang kini sibuk dengan majlis pengiktirafan anugerah “Selangor Tremendous Achievement Recognition Awards (STAR Awards) 2018 untuk para usahawan di dalam pelbagai bidang di negeri Selangor. Selain itu, beliau juga aktif dalam NGO dan program CSR,
“Sejak dahulu lagi saya memang suka lakukan kerja amal. Terbaru saya baru selesai larian amal sempena bola sepak piala dunia Russia 2018 di mana DYMM Tengku Pemaisuri Selangor telah berkenan berlari sejauh 3km.
“Saya juga mengikuti program melawat setiap Raya, Deepavali, Krismas mahupun bila ada aktiviti khas untuk memberi sumbangan di hospital terutama Hospital Kuala Lumpur.
“Selain itu, saya turut membantu kanak-kanak kanser di KK3 ward kanser HKL, ibu tunggal, remaja bermasalah (School drop-out), melawat ke penjara Kajang dan sebagainya.
“Malah, kami juga ada buat charity bazar dan pelbagai lagi program lain dalam mengutip dana untuk mereka yang memerlukan,” selain sangat minat dengan benda-benda yang membabitkan alam sekitar.
Artikel selanjutnya boleh dapatkan di dalam Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kesenangan yang dikecapi hari ini tidak mustahil sebelum itu punya jalan ceritanya yang tersendiri.
Mungkin orang melihat kehidupan kita sekeluarga nampak senang semua ada, namun kesusahan hidup tiada siapa pun tahu melainkan diri sendiri.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, semoga kisah pengalaman hidupnya ini dapat menyuntik inspirasi buat yang membaca.
Ini perkongsiannya.
“Cikgu tak apalah. Banyak duit, boleh la melancong sana sini bawa family. Kami yang biasa-biasa ni mana la mampu.”
Aku kahwin 11 Jun 2009. Dari hari pertama perkahwinan hingga Disember 2018, aku tak pernah bawa keluarga melancong ke mana-mana.
Hampir 10 tahun perkahwinan, kami hanya ke tempat yang dekat dengan rumah seperti pantai, air terjun, supermarket or pasar malam je.
Gitu je lah pusing-pusingnya dalam tempoh hampir 10 tahun perkahwinan. Pergi pasar malam bawa isteri dan anak-anak tu umpama bawa mereka menikmati sakura gugur di Jepun dah rasa masa tu.
Kerana hanya itu kemampuan aku.
Aku cuma cikgu biasa. Gaji kecik, hidup pula dikota raya yang sangat menyesakkan dada. Namun aku ada satu semangat. Aku ada satu rasa tanggungjawab. Aku ada satu kemahuan yang tinggi.
Aku ada satu perasaan yang ingin memberi kegembiraan dan kebahagiaan seberapa banyak yang aku mampu kepada keluarga aku.
Tapi aku poket aku tak mampu. Memang tak sampai akhir bulan dah kekeringan. Aku takkan sesekali membuat pinjaman hanya untuk berjoli sakan dan enjoy sana sini. Bukan begitu caranya.
Tahun demi tahun, tanggungjawab makin bertambah dengan bilangan anak dan kos sara hidup.
Bermula 2015 aku tidak lagi boleh mengharap gaji secara bulanan. Aku mula menjual air tin, menjual air mineral. Jam 2 pagi ke NSK mencari air.
2016 aku jual kasut bundle di downtown Cheras. Masa tu mengajar sesi petang. Balik saja sekolah, mandi, makan nasi, terus angkut kasut muat but buka meja di downtown.
Dari jam 8 malam keluar, pulangnya jam 5 pagi. Tidur sekejap bangun ke sekolah pula. Begitulah rutinnya. Jual air tetap jual juga.
Kerja macam kerbau. Aku dah kerja mengalahkan kerbau. Masa rehat kerbau lagi banyak dari masa rehat aku.
Keluar pagi balik pagi. Dah macam zombie aku rasa. Masa dengan keluarga makin tiada. Sedangkan kewangan tak adalah berubah sakan. Ada la skit-sikit tambahan.
Masa ni aku duduk berfikir. Kenapa rezeki aku sempit. Kenapa susahnya nak tarik rezeki. Kenapa Tuhan bagai menjauhkan rezeki dengan aku.
Aku duduk, aku fikir, aku muhasabah diri betul-betul. Di mana silapnya. Kenapa begitu kejam kehidupan pada aku.
Aku bukan meminta lebih. Aku tak minta Ferrari. Aku tak minta rumah agam. Aku tak minta gaji beratus ribu sebulan. Aku cuma mahu kehidupan yang lebih selesa buat keluarga aku.
Aku rasa loser gila. Simpanan langsung tak ada. Apa yang dicari, cepat sahaja habis entah ke mana. Sedangkan aku tak mencuri, segala modal kerja buat aku modal yang halal.
Abah dan ma perasan aku memang kacau masa ni. 2016 tahun betul-betul ujian buat aku. Hubungan dengan isteri jadi jauh. Selalu juga bermasam muka.
Aku pula jenis tak pernah meluah apa-apa masalah kepada sesiapa. Tidak kepada isteri. Tidak juga kepada ma dan abah.
Namun naluri seorang ibu tu tinggi. Sangat tinggi. Dia tahu aku tengah sangat susah. Ma tahu aku sangat serabut. Ma dapat rasakan hidup aku penuh kekacauan. Ma telefon aku,
“Li. Kembali pada Tuhan. Kita hidup berTuhan. Solat kena jaga. Jauhi maksiat. Jauhi segala benda yang Tuhan haram. Li kena pergi Mekah sucikan diri. Buang segala kekotoran yang melekat tu.
Minta sungguh-sungguh pada Tuhan. Menangis, mohon betul-betul.”
“Nak pergi macamana, Li tak ada duit. Langsung tiada simpanan ni.”
“Tak apalah. Ma ada simpan duit yang anak-anak bagi. Yang abah bagi saban bulan. Pergilah.”
3 minggu sahaja dari tarikh ma call aku, aku sudah memijak tanah haram. Seorang diri aku pergi mencari diri yang hilang. Mencari tujuan hidup yang makin kelam. Mencari kebahagiaan yang makin terendam.
Aku hadap segala ujian sendiri di sana. Demam seorang diri. Menggigil seorang diri. Aku panjat Bukit Ajyad. Aku cari tok guru orang kita yang menetap di sana.
Aku minta mereka doakan aku. Setiap orang asing yang aku temui sepanjang jalan menuju Masjidilharam, aku minta mereka doakan kau.
“Doa ana.”
Itu je yang aku ucap setiap kali jumpa sesiapa yang mendekati aku.
Sebaik pulang dari umrah, aku merenung lebih dalam. Aku membaca perkongsian positif yang ada. Aku cari di mana punca keberkatan rezeki. Aku mencari bagaimana untuk hidup bahagia.
Dan apa yang aku jumpa, untuk bahagia kita perlu membahagiakan.
Dari situ aku turun padang membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Walau masa tu aku sendiri tak berduit, namun aku bantu sekadar yang mampu.
Setiap kali ziarah, aku minta mereka doakan aku dan para penyumbang.
“Doakan saya. Doakan saya. Doakan saya.”
Itu yang aku duduk ulang-ulang dari dulu.
Benarlah, bila kita bantu orang, Tuhan akan hantar orang baik-baik mendekati kita. Yang percaya pada kita. Yang sudi mengirim duit sampai puluhan ribu pada aku untuk disalurkan kepada orang miskin dan anak yatim.
Betapa mereka percaya pada aku yang bil letrik tertunggak, yang bank call nak tarik kereta. Mereka serah bulat-bulat tanpa minta bukti, tanpa usul periksa.
Dan inilah ujian yang besar. Ujian keikhlasan dan ujian amanah orang.
Aku sampaikan 100% kiriman orang. Tidak ada seringgit aku ambil untuk diri waima untuk mengisi minyak motor. Tiada seringgit aku ambil untuk buat makan nasi walau aku tak berduit sesen untuk membeli makanan tika itu.
Itu amanah orang. Abah pesan, jaga amanah lebih dari jaga nyawa sendiri. Aku pegang itu ketat-ketat dalam hati.
2017 aku mula menulis buku. Walau keuntungan kecil, aku terus saja. Senaskah buku yang dijual, royalti aku sekitar RM1 sahaja. Kalau aku jual sendiri, dapat la dalam RM5 untung senaskah.
Walau senaskah orang nak COD, aku tunggu tepi jalan kadang sampai sejam. Hanya untuk RM5 tuan tuan.
Apa yang aku dapat, aku simpan sebahagian, sebahagian yang lain aku bagi kat ma abah, sebahagian yang lain aku belanja isteri dan anak-anak, sebahagian yang lain aku sedekahkan yang aku sendiri sampaikan dengan tangan ini.
Dari situ bermula perubahan dalam ekonomi aku. Tuhan kirim puluhan ribu netizen follow aku. Tuhan kirim orang baik-baik mendekati aku. Tuhan kirim orang-orang berjaya mendekati aku.
Mereka dengan rela, mereka dengan ikhlas mengheret tangan aku membuka peluang aku bekerjasama dengan mereka. Mereka ajar satu persatu dengan rela tanpa caj apa-apa.
Mereka hanya ingin berkawan dengan seorang cikgu biasa yang tiada apa-apa ini.
Mereka tidak kisah duduk semeja dengan orang yang bil letriknya dah sampai surat merah, yang saban bulan makan berhutang di kantin.
Sedikit demi sedikit aku mula menyimpan. Aku main kutu, aku potong tabung haji. Dan aku perbanyakkan sedekah dan zakat.
Nafkah untuk isteri, duit bulanan untuk ma dan abah aku naikkan dari masa ke semasa bila income bertambah.
Aku tidam enjoy untuk diri sendiri. Tidak.
Aku masih naik Ex-5 buruk yang dibeli second hand sahaja. Telefon aku telefon second hand juga.
Ada lebih, aku simpan sebahagian, beri pada keluarga sebahagian, dan sebahagian wajib untuk sedekah dan zakat.
Dan buat kali pertama aku bawa isteri, anak-anak, mak dan adik-adik ipar melancong ke Kundasang, Sabah pada 10 Disember 2018.
Itulah kali pertama kami melancong setelah simpanan dan kewangan aku makin kukuh.
Ya tuan tuan. Kalian yang baru follow aku, inilah antara kisah kehidupan aku. Aku bukan kaya asal.
Aku bukan lahir atas dulang emas. Aku makan tidak disuap oleh dayang.
Aku usaha. Aku usaha. Aku usaha.
Dan yang pasti, kembalilah pada Yang Maha Esa. Kunci segala bahagia, kunci segala rezeki, kunci segala rahsia ada ditanganNya.
Semoga sedikit perkongsian ini tidak membuat aku rasa lebih dari sesiapa. Aku cuma seorang hamba. Aku cuma seorang bapa. Aku cuma seorang suami. Aku cuma seorang lelaki yang gigih mengubah nasib diri demi keluarga.
Aku sentiasa berdoa agar aku sentiasa menunduk. Tidak sombong tidak ujub.
“Tuhan jangan kau izin aku lupa. Jangan kau biarkan aku mendepang dada. Pasakkan hatiku pada kaki. Paksakan ku tunduk sehingga mati.”
Tahukah anda, antara cara untuk menjimatkan kos perbelanjaan harian anda adalah dengan membawa bekal makanan daripada rumah?
Baru-baru ini tular dia media sosial seorang lelaki sekumpulan lelaki sedang menjamu selera di sebuah restpran. Akan tetapi ada salah seorang sahabat mereka sedang menikmati bekalan yang dibekalkan oleh isterinya.
Namun lelaki terebut mengendahkan ‘ejekkan’ rakannya bahawa dia membawa bekalan Avengers dan Aiskrim.
Hakikatnya rakanya itu hanya bergurau dan pemilik bekal tersebut sedikitpun tidak mengambil hati atas gurauan rakannya itu. Video tersebut dapat perhatian ramai yang memuji sikap isterinya yang mengambil berat tentang suaminya dengan menyediakan bekalan makanan untuk dibawa ke tempat kerja
Berutung abang tu kerana miliki isteri yang cukup perihatin dengan membekalkan makanan dari rumah. Ramai wanita diluar sana yang mengimpikan untuk menjadi seorang isteri seperti isteri beliau.
Semoga ia menjadi inspirasi buat semua untuk lebih berjimat dan jadi inspirasi pada isteri yang lain untuk menjadi isteri yang dapat berkhidmat untuk suami.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...