
Siapa sangka, bermula dengan mampu bayar zakat sebanyak RM7 setiap bulan sejak berniaga 15 tahun lalu, kini Pengusaha kosmetik dan selebriti media sosial Datuk Aliff Syukri menangis kegembiraan apabila dia diberi penghargaan sebagai pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri olehnya dalam satu entri baru di laman Instagramnya semalam.
“Hari indah buat saya dan isteri! Syukur hari ini Zakat Selangor beri penghargaan kepada kami sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor, dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021 hasil bisnes.
“Dulu masa saya mula berniaga 15 tahun lepas, saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan. Tetapi, saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan ia menjadi satu semangat untuk saya kerja keras! Terima kasih doa ibu kandung saya dan isteri,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff turut meminta pengikutnya supaya mendoakan agar dia sentiasa sukses dalam kejayaan dan terus dapat membantu mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah hari ini jadi kenyataan. Tidaklah hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya… tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan dan dapat memberi lebih banyak bantuan pada mereka yang memerlukan,” tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah, termasuk ibunya, Rozita Ibrahim.
Sumber : Instagram aliffsyukriterlajaklaris
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini
Alamak, Tersalah hantar Email! Semak Teknik Guna Email Ala Profesional Ramai Tak Tahu

Penggunaan email dalam kehidupan seharian sememangnya sangat berguna dan penting lebih-lebih lagi jika anda bekerja di pejabat. Hal ini kerana hampir semua hal perlu diselesaikan melalui email sehingga menyebabkan beberapa kesalahan dilakukan tanpa sengaja.
Justeru, berikut merupakan 5 teknik guna email macam profesional yang ramai tak tahu. Memang lebih jimat masa, mudah dan tak ada lagi masalah tersalah hantar dan sebagainya. Nak tahu macam mana?
1. Cara undo email yang dah hantar
Sebenarnya tiap kali kita send emel, mmg button “undo” tu akan keluar. Tapi kita boleh setting supaya button “undo” tu appear lebih lama.
Caranya:
1. Klik setting icon (top right)
2. Klik settings > General
3. Klik “undo send”
4. Pilih “30 seconds”
So lepas ni lepas klik send je, kalau rasa macam tak sedap hati, boleh click undo terus.
2. Cara schedule your email
Kadang kita ni bila teringat nak emel je tiba-tiba dah malam. Takkan nak emel luar office hours kan. Kita sebenarnya boleh set nak hantar emel tu jam berapa & tarikh bila. Tapi macam mana?
Caranya:
1. Klik compose, dekat sebelah butang send to ada 3 titik.
2. Klik 3 titik tu & pilih “Schedule Send”
3. Pilih tarikh & masa yang dikehendaki.
Feature ni bagus gila sebab korang boleh pilih untuk send waktu yang recipient ada big possibility untuk bukak email tu. Contohnya kalau nak send cover letter ke resume ke. Schedule lah awal pagi.
3. Cara guna shortcuts
Kalau kita pandai guna shortcuts, memang boleh jimat banyak masa. Nak insert link, add cc etc jadi sangat pantas.
Caranya:
1. Klik settings > All Settings > General
2. Keyboard shortcuts, klik “on”
4. Cara snooze email
Kalau kita tengah sibuk or ada emel yang bukan priority, kita boleh snooze je sampai bila-bila yang kita nak.
Caranya:
1. Klik 3 dot dekat top right
2. Pilih sampai bila kita nk snooze
Nanti emel tu akan muncul balik dekat date yang kita set. So tak adalah terganggu kan?
5. Cara search emel
Kadang-kadang tu macam susah betul nak cari emel yang kita nak kan. Next time buat mcm ni.
Dekat search box boleh taip ni untuk mudahkan search emel lama:
– has:attachement
– from:fezzahussin or to:hr untuk cari person
– after:x or before:x untuk cari ikut tarikh
– size:x untuk cari large emel
Kalau cari macam ni, memang lagi mudah. Selamat mencuba!
Sumber: Twitter Fezza Hussin
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini
Tak Perlu Tunggu Duit Banyak Baru Nak Simpan, Yang Penting Kena Konsisten. Ibu Ni Kongsi Tip Simpan Duit Anak!

Isi Kandungan
ToggleSetiap ibu bapa punya cara tersendiri menguruskan duit anak-anak. Nak selamat cepat-cepat pergi simpan duit dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, satu pula kan nak kena ganti.
Buat ibu bapa di luar sana. boleh cuba tip yang dikongsikan oleh ibu bernama Mcyah Joanjett lakukan sejak dulu lagi dalam menguruskan duit anak-anaknya.
Hidup aku tak senang. Jadi sejak aku mula mula posting kerja tahun 2015, aku terus tolak gaji ke account anak2. Aku tak ckup makan xpe, janji simpanan anak2 ada. At least kalau aku susah pun, ada duit untuk dorang sambung belajar. Aku sangat berdisiplin. Sengkek xboleh makan sekalipun, aku takkn curi duit anak2. Mereka amanah aku. Jadi aku perlu jujur dengan diri sendiri.
Ramai orang bgtau aku, kau pun tak cukup makan. Lagi nak menabung untuk anak. Aku jawab ” xpe, kalau ikutkan perbelanjaan harian, duit berapa2 pun xpernah ckup”. Sebab duit ni berhantu, ada sikit xckup ada banyak pun xckup. Jadi aku belajar punya kewangan yang sedikit harini, demi kesenangan masa depan.
Walaupun dah berenti kerja, aku tetap konsisten tiap bulan pergi masukkan duit simpanan anak anak. Ada sikit simpan sikit, ada banyak simpan banyak. Yang penting konsisten. Segala duit raya anak, duit orang sedekah kat anak, masuk sini semuanya ye. Jangan pernah guna. Nanti tak terganti☺️.
Orang cakap lagi “bila la nak banyak duit tu kalau kumpul sikit2 je, sampai tua lah gamaknya menabung”. Tapi aku tetap tak kisah. Aku menabung shaja semampu aku. Sebab aku percaya, sedikit itu lama lama boleh jadi bukit.
Pada tahun 2018, dimana anak2 aku baru berumur 5 tahun,4 tahun dan 1 tahun. Tapi simpanan mereka mengalahkan orang dewasa yang lain.
Maka menabunglah. Berjimat cermat. Usah dengar kata kata orang.
P/s : Point penting kat sini. Menyimpanlah. Menabunglah. Amount tu belakang cerita☺️. Helaian buku banyak skip. Kalau snap semua xmuat gambar?.
#9088legacy #9088legacybrandstory
Selain kaedah yang dipraktikkan oleh ibu ini, admin sertakan tip lain dalam menguruskan duit raya anak. Pertama sekali – anda perlu:
1 – Asingkan duit tersebut
Pastikan anda telah asingkan setiap duit raya anak-anak anda siap-siap. Jangan tercampur pula! Biasanya, ibu bapa akan memastikan setiap anak mendapat jumlah duit raya yang sama.
2 – Simpan dalam bank/ tabung khas pelaburan
Selepas habis raya, cepat-cepat pergi simpan duit raya anak tersebut dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, okay. Ada banyak tabung khas pelaburan yang bermanfaat untuk membuat penyimpanan. Antaranya adalah Tabung Haji.
Untuk membuka akaun Tabung Haji, anda hanya memerlukan RM2 saja. Jom simpan duit raya anak dalam tabung khas ini.
Apa yang anda perlukan: Sijil lahir anak dan sijil nikah anda.
3 – Akaun ASB Remaja
Siapa tak kenal dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Semua orang tahu kebaikan tabung simpanan ini. Tunggu apa lagi? Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru – iaitu untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Jadi, anda boleh senang-senang buka akaun ASB untuk anak anda dan simpan semua duit rayanya!
Apa yang anda perlukan: Borang pendaftaran unit Amanah, kad pengenalan/sijil lahir anak, dan kad pengenalan penjaga
4 – Akaun SSPN-i
Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i adalah sebuah gabungan tabung pendidikan dengan takaful. Ia amat sesuai untuk dijadikan tabung pendidikan untuk anak-anak anda.
Lagipun, sekarang jika ingin meminjam Pinjaman Pendidikan PTPTN, anda kena ada akaun SSPN-i. Lebih baik buka siap-siap kan? Satu lagi yang menyenangkan – akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.
Sekarang ibu bapa sudah tahu bagaimana ingin menguruskan duit raya anak-anak itu kan? Janganlah segan untuk menyimpan. Dengan ekonomi sekarang, lebih baik anda sediakan payung sebelum hujan.
Jangan dek kerana tekanan ekonomi, anak-anak anda tak berpeluang untuk mengecapi impian mereka kelak. Simpan duit raya ini untuk kegunaan pada masa akan datang, okay?
Selamat mencuba semua ibu bapa!
Jadikan Waktu Makan, Waktu Istimewa Setiap Hari. Keluarga Ini Jadi Contoh Terbaik Untuk Diikuti

Sejak kecil, abu dan ummi saya cukup pantang. Bila waktu makan, ada benda lain yang dihadapkan.
Makan sambil tengok tv.
Makan sambil baca buku.
Dan sekarang makan sambil tengok gajet.
Rata-rata kini dah jadi kebiasaan, bila makan anak disajikan dengan gajet di tangan. Mata di skrin. Tangan suap makanan. Kadang tumpah bertaburan. Mulut kunyah tapi tak tahu pun apa yang dimakan.
Hakikatnya, makan sambil melakukan perkara lain akan menyebabkan kita terbiasa mengamalkan mindless eating.
Makan tapi tak sedar.
Kepuasan makan tak ada. Itu yang kejap lagi asyik lapar dan nak cari benda lain lagi. Kita juga akan terbiasa makan berlebihan disebabkan tak puas makan dan tak sedar berapa banyak kita ambil.
Proses penghadaman tu bukan hanya bermula bila makanan masuk ke mulut tetapi apa yang kita lihat dan bau juga akan sangat memberi impak kepada apa yang kita ambil.
Apabila kami keluar makan di luar, sebelum makanan tiba, memang anak-anak dah tahu kena bawa apa-apa untuk isi masa sementara menunggu.
Tapi gajet memang tak dibenarkan walaupun ada telefon dan tab masing-masing.
It’s a no no.
Waktu makan seharusnya menjadi waktu sekeluarga bonding. Inilah masanya selepas sehari semua bertebaran, waktu makan mengumpulkan kita di satu tempat. Masa ni lah nak catch up cerita seharian dalam hidup anak, apa yang anak lalui dan rasai.
Kalau masing-masing sibuk dengan telefon, esok lusa anak besar, balik kampung ziarah mak ayah pun sibuk dengan telefon. Makan tak tengok wajah mak yang penat masak makanan kegemaran anak.
Bercakap dengan ayah pun dengar tak dengar sebab mata ralit melihat skrin.
Jangan salahkan anak jika besar nanti berkelakuan begitu.
Kerana sejak kecil kita yang didik mereka begitu.
Waktu makan adalah family time!
Pastikan anak duduk di meja makan dan hanya boleh bangun bila seisi keluarga sudah selesai makan.
Siapkan hidangan sama-sama.
Makan sama-sama.
Kemas meja sama-sama.
Sekeluarga bersama buat apa saja.
Percayalah, memori makan beramai-ramai masa kecil tu yang paling dikenang dan disebut-sebut bila besar nanti.
Jangan tunggu anak besar pandai makan baru nak makan bersama.
Ajar dan didik anak sedari kecil, meal time is family time.
Sebab tu orang barat selalu makan letakkan anak di dalam kerusi baby dan biarkan anak teroka apa yang di dalam pinggannya.
Bersepah itu biasa.
Kena mandi dan cuci selepas makan itu biasa.
Tapi sebenarnya itu yang membantu anak makan dengan tertib.
Jika disuap anak makan sambil bermain dan berlari, sampai besar pun anak akan makan sambil berjalan dan tiada tertibnya.
Jadikan waktu makan, waktu istimewa setiap hari.
Kongsian: RuQayyah Muhd