Penyanyi dan pelakon Alif Satar mengesahkan dirinya positif COVID-19 setelah mendapat keputusan saringan hari ini. Beliau yang kini sedang menjalani kuarantin memaklumkan telah memberikan nama dan kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Berita tersebut dikongsikan Alif menerusi laman Instagramnya sendiri tadi.
Assalamualaikum.. Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan COVID-19.
Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif COVID-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
Perkongsian berita yang mengejutkan itu dimuat naik bersama sekeping gambar Hos terkenal ini yang memakai pakaian hospital. Alif semalam baru selesai membuat persembahan di pentas semifinal Muzik Muzik 35.
Menurut Alif, dia reda dengan dugaan yang diberikan dan perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.
Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. Isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.
Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari. Dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.
Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan..
P/s Alif sekarang menjalani proses kuarantin.
Sumber: alifsatar