Penyanyi dan pelakon Alif Satar mengesahkan dirinya positif COVID-19 setelah mendapat keputusan saringan hari ini. Beliau yang kini sedang menjalani kuarantin memaklumkan telah memberikan nama dan kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Berita tersebut dikongsikan Alif menerusi laman Instagramnya sendiri tadi.
Assalamualaikum.. Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan COVID-19. Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif COVID-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
Ads
Perkongsian berita yang mengejutkan itu dimuat naik bersama sekeping gambar Hos terkenal ini yang memakai pakaian hospital. Alif semalam baru selesai membuat persembahan di pentas semifinal Muzik Muzik 35.
Menurut Alif, dia reda dengan dugaan yang diberikan dan perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.
Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. Isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.
Ads
Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari. Dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.
Ads
Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan..
Memastikan pintu masuk utama rumah kita sentiasa dalam keadaan baik adalah menjadi kewajipan semua. Kita sebagai ketua keluarga haruslah bertindak melindungi anak-anak dan isteri daripada sebarang anasir tidak sihat.
Soal keselamatan rumah antara yang perlu diberikan lebih perhatian. Pintu rumah, tidak kiralah mana-mana pintu rumah kita harus dilengkapkan dengan kunci yang benar-benar kuat bagi menyulitkan sebarang proses untuk membukanya, jika terjadi sebarang perkara yang tak diingini.
Berkongsi di laman sosial Facebook, seorang wanita bernama Mariana Harrison–Realtor telah berkongsi satu tips yang dipesan bapanya.
Tip ini cukup berguna sebagai tambahan sistem keselamatan di kediaman kita. Jadi jom ikut cara yang dilakukan oleh wanita ini agar rumah kita lebih selamat.
Berikut adalah perkongsian beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
“Ayah berikan nasihat ini kepada saya suatu masa dulu apabila saya berpindah ke rumah pangsapuri pertama saya. Ayah datang ke rumah dan tukarkan skru untuk saya sebaik saja saya berpindah masuk.
Ia adalah tips keselamatan rumah yang anda tidak pernah terfikirkan. Kebanyakan kontraktor akan memasang plat tombol pintu dengan skru yang panjangnya setengah inci sahaja. Ini bagi membolehkan pihak penyamun menendang pintu rumah anda dengan mudah sekali.
Apa yang ayah saya buat adalah dengan menggantikan skru itu dengan skru panjang, 4 inci bingkai pintu rumah. Jika rumah cuba diceroboh, mereka akan mengambil masa yang lama untuk pecahkan pintu. Cara ini juga akan membuatkan si penyamun letih dan membatalkan niat jahat mereka.
Gambar hiasan.
Lihat pada gambar perbandingan dua skru berkenaan. Dengan cara ini juga, tindakan penyamun menendang pintu rumah anda berkali-kali juga akan menimbulkan bunyi bising sebagai ‘alarm’ kepada diri anda dan juga jiran-jiran anda. Sekali gus pelan mereka akan gagal dan mereka akan beralih pula pada mangsa yang lain.”
Jadi jom cari skru yang lebih panjang dan tukarkan skru pintu kita. Mahu lebih selamat lagi, tukarkan semua skru sedia ada di tingkap, pintu, grill rumah dan lain-lain dengan skru yang lebih panjang seperti yang di ceritakan oleh wanita ini.
Walaupun usaha ini nampak mudah dan ringkas tetapi ia sangat membantu keselamatan kita dan keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariana Harrison
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bakat memasak dariapda Ibunya Datin Paduka Eina Azman turut mengalir dlama diri dua beradik ini. Tidak hairanlah, Ada sahaja video perkongsian mereka memasak yang dimuatnaik menerusi laman Instagram mommy mereka.
Tetapi serasa agak lama tidak melihat dua beradik comel ini memasak di hadapan kameran. Gelagat dan cara mereka Yang lucu cukup menhiburkan.
Terbaru, Datin Eina berkongsi video kemahiran terbaru Aubrey dan Karl yang kini pandai membuat video masakan mereka.
Meninjau akaun Instagram Datin Eina Azman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aubrey dan Karl memasak raindrop cake yang viral masa kini.Resipi yang kini sedang viral Itu nampak begitu mudah untuk dibuat. Dua beradik ini juga nampak enjoy dalam video ini. Seperti biasa, Aubrey lebih riuh dan banyak telatah checky nya berbanding Karl yang sedikit pemalu.
Yang lebih menghiburkan bila mana si kembar comel ini turut membuat gaya seperti hujan turun. Comel betul ayat-ayat yang disebutkan oleh Aubrey dan Karl. Membuat mata kedip-kedip, gelagat Aubrey buat peminat geram melihatnya.
Mengimbau kembali tentang kaedah pembelajaran anak-anak kita sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, boleh dikatakan pengalamannya hampir sama bagi kita yang tinggal di bandar-bandar.
Anak-anak kita umumnya akan mendapat tugasan daripada guru-guru secara online dan kita sebagai ibu ayah pula akan memantau tugasan tersebut untuk disiapkan oleh anak-anak kita.
Setiap hari ada sahaja kerja sekolah dan dalam masa yang sama sepanjang PKP itu jugalah kita menjadi ‘guru tak bertauliah’ untuk anak-anak. Begitulah kelazimannya dan ini memberi satu momen yang tidak mungkin kita lupakan.
Namun berbeza kisahnya bagi anak-anak yang berada nun jauh di pedalaman. Tiada jaringan internet dan sekali gus menyukarkan untuk guru-guru merealisasikan dan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sepanjang waktu PKP yang lalu.
Pun begitu tidak mahu membiarkan anak didik terlepas peluang belajar, Cikgu Muhammad Nazmi Rosli yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang, Sarawak sanggup menempuh perjalanan 200Km untuk menghantar bahan pembelajaran kepada 111 muridnya di 13 kampung yang terletak pedalaman di Lawas, Sarawak. Nyata suatu pengorbanan yang cukup besar dilakukan oleh guru muda ini demi anak didik kesayangannya.
Homework COD
Saya di sini tidak banyak pilihan, memandangkan pertamanya tiada kemudahan internet dan ibu ayah pelajar-pelajar adalah petani, pekebun dan ada yang berburu di hutan. Mereka tiada telefon, laptop atau sebarang gajet di rumah mereka.
Jadi dengan menghantar tugasan kepada anak murid yang saya namakan ‘Homework COD’ secara percuma adalah solusinya. Ini adalah sebagai satu inisiatif untuk saya edarkan kerja sekolah untuk murid pendidikan khas, pra-sekolah dan juga untuk murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.
Usaha murni ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah bagi membantu mendapatkan kebenaran untuk saya menyerahkan homework ke tangan anak-anak murid. Bahkan saya ketika itu juga diselia dengan ketat oleh wakil pejabat kesihatan.
Ini bagi memastikan setiap bahan cetakan yang dibekalkan kepada anak murid tidak terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19, ada SOP perlu dipatuhi dan antaranya memastikan murid perlu mencuci tangan sebelum dan selepas menerima bahan cetakan yang saya berikan.
Bermalam Dalam Kereta
Mengimbas kembali kesukaran menyerahkan homework ke tangan setiap pelajarnya, selain perlu menempuh perjalanan yang panjang dan berliku. Ada suatu hari tu, berlaku satu kejadian di mana kereta pacuan empat roda yang saya naiki mengalami masalah ketika melalui jalan balak yang amat mencabar.
Akibatnya, berlaku kerosakan dan menyebabkan kereta tidak boleh bergerak.
Hendak telefon minta bantuan, tiada talian telefon dan kerana itu saya terpaksa bermalam dalam kereta sehinggalah menunggu keesokan harinya untuk mendapatkan bantuan daripada orang yang lalu di kawasan tersebut.
Bagi saya, tugas ini bukan beban dan sejujurnya saya sangat berbangga untuk membantu sedaya boleh agar anak-anak di pedalaman ini dapat menimba ilmu.
Besar harapan saya untuk terus berbakti lebih lama lagi di sini untuk melihat setiap usaha yang dilakukan pada hari ini dapat ‘dituai’ kemanisannya dengan melihat kejayaan yang mereka peroleh kelak.
Untuk anda yang ingin melihat kisah guru ini lebih lanjut, ianya akan disiarkan di dalam sebuah dokufilem Malaysia vs Covid-19 pada 12 September 2020, Sabtu, 6 Petang di siarkan secara serentak di ASTRO RIA, ASTRO AEC, ASTRO VINMEEN, ASTRO HELLO, ASTRO AWANI atau string di ASTRO GO
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.