Selepas 9 hari, pelakon Saharul Ridzwan bersama isteri memilih nama Fateema Azzahra untuk anak perempuan kesayangannya.
Saharul memuat naik nama tersebut menerusi perkongsian terbarunya di instagram.
❤️Fateema Azzahra bt Mohd Saharul Ridzwan ❤️ ” tulis Saharul ringkas di instagramnya.
“Gementar lain macam kali ini… Berbeza dengan pengalaman pertama dulu.
“Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik pembedahan. Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa.
“Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak pengsan pun ada,” katanya.
Sementara itu, Deena turut berkongsi berita yang sama di instagramnya.
Assalammualaikum to my princess,
FATEEMA AZZAHRA BINTI MOHD SAHARUL RIDZWAN .
Selesai tahniq & cukur jambul pada hari ke 7 semalam, dibimbing oleh Ustaz @tarmiziabdrahman. Mohon doakan yang baik baik untuk anak anak soleh solehah kami.
Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan teruja dengan pemilihan nama yang cukup indah dan mempunyai makna yang baik.
cantiknya nama secantik wajahnya