Sebelum ini, Saharul berkongsi berita isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan. Saharul dan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 .
Ads
“Gementar lain macam kali ini… Berbeza dengan pengalaman pertama dulu.
“Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik pembedahan. Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa.
“Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak pengsan pun ada,” katanya.
Ads
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali, 2 tahun.
Sementara itu, Deena turut berkongsi berita yang sama di instagramnya. Assalammualaikum to my princess,
FATEEMA AZZAHRA BINTI MOHD SAHARUL RIDZWAN .
Selesai tahniq & cukur jambul pada hari ke 7 semalam, dibimbing oleh Ustaz @tarmiziabdrahman. Mohon doakan yang baik baik untuk anak anak soleh solehah kami.
Selepas melalui kemelut politik yang mendebarkan, semalam berlangsung majlis angkat sumpah Perdana Menteri Kelapan Negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah bergelar PM ke-8 selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Februari yang lalu.
Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan semalam selain Perdana Menteri baru, pastinya insan yang setia disisi perjuangan beliau iaitu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Dalam perkongsian tersebut, Puan Sri kelihatan cukup manis berhijab. Kebetulan juga beliau merupakan isteri perdana menteri pertama di Malaysia yang bertudung. Penampilan beliau yang agak berbeza daripada isteri-isteri perdana menteri sebelum ini pasti memberi kelainan dan identiti tersendiri buatnya.
Usai majlis mengangkat sumpah di Istana Negara tadi siang, Perdana Menteri dan isteri turut bergambar bersama KDYMM Agong dan Raja Permaisuri Agong. Yang lebih membuatkan ramai memandangkan Raja Permaisuri Agong sememangnya berhijab.
Gambar tersebut dipuji warganet yang mengakui nampak manis dan sesuai dengan imej negara Islam yang ditonjolkan oleh Malaysia.
Untuk rekod , Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee telah berkahwin pada 22 September 1972 dan mempunyai 4 orang anak.
Pertama kali kita menyaksikan Raja Permaisuri Agong & Isteri Perdana Menteri Malaysia bertudung, Alhamdulillah 😊😊#DaulatTuanku#OurPM8 🇲🇾
Setinggi pengorbanan dan sedalam kasih sayang daripada seorang ibu memang tidak ternilai. Begitulah yang diterjemahkan oleh wanita ini yang sanggup melakukan kerja-kerja mengutip botol, tin dan sebagainya demi memastikan pendidikan anak-anaknya sempurna.
Apa yang lebih membanggakan, usaha mencari rezeki yang halal dengan cara begitu telah memberi satu kepuasan bagi Puan Rahimah Dollah apabila ianya dibalas dengan kejayaan manis daripada 3 orang anaknya. Ini sebagaimana yang dilaporkan kisahnya di Sinar Harian dan ikuti perkongsian tersebut. Semoga kisah-kisah sebegini dapat menginsafkan dan sekali gus menyuntik semangat untuk terus berusaha memajukan diri.
Ini perkongsiannya.
Ketabahan seorang ibu tunggal menjalankan kerja mengutip sampah sehingga dipandang jijik segelintir masyarakat sekeliling membuatkannya nekad memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anaknya.
Rahimah Dollah, 54, yang bergelumang dengan sisa buangan dan barangan terpakai itu sejak 2003 bagi menyara kehidupannya bersama tiga anak masih belajar, sanggup memekakkan telinga mendengar kata-kata sinis pihak tertentu terhadap pekerjaannya itu.
Berkat kesabaran Rahimah itu, dua anaknya kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi iaitu anak sulungnya, Zainal Abidin Che Hassan, 25, di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam bidang Mekatronik, manakala anak kedua, Siti Zaitun, 18, pula mengikuti pengajian A-Level di Kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kuala Nerang, Kedah selepas memperolehi 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Anak bongsunya, Zainal Asyraf Che Hassan, 16, memperoleh keputusan 8A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan bulan lalu.
Rahimah berkata, dia melakukan kerja tersebut bagi membantu menambah pendapatan arwah suaminya yang hanya bekerja kampung.
"Ketika itu saya terdesak untuk membeli susu anak yang sedang kelaparan, hendak tunggu suami pula petang baru pulang dan belum tentu bawa wang.
"Dari situlah saya mula kutip sampah seperti botol, tin dan sebagainya di sekitar kejiranan. Dengan hasil jualan itu, saya memperoleh hampir RM50 dan dapat membeli susu anak serta makanan lain ketika itu," katanya.
Bagaimanapun pada 2010 katanya, dia dan anak-anaknya berdepan ujian cukup berat apabila suami, Che Hassan Mohamed, 61, yang merupakan tonggak keluarga meninggal dunia akibat kanser tiroid.
"Hasil jualan botol, kotak dan barangan kitar semula inilah saya menyara keluarga, selain menghantar anak ke sekolah," katanya.
Rahimah berkata, setiap hari dia akan berjalan kira-kira 30 kilometer sekitar Rantau Panjang untuk mengutip barangan terpakai menggunakan kereta sorong dan kadang-kala menaiki basikal disebabkan kudratnya tidak sekuat sebelum ini.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata, dia tidak pernah malu dengan pekerjaan dilakukan ibunya itu. Malah katanya, dia cukup bangga dengan usaha tidak pernah jemu ibunya dalam mendapatkan rezeki halal.
"Jika ada masa terluang, saya akan bantu ibu kerana inilah rezeki buat kami sekeluarga," katanya.
Sempena sambutan Hari Malaysia semalam, rakyat Malaysia telah menyambut hari bersejarah itu dengan cara mereka tersendiri.
Ada yang keluar menyambutnya bersama rakan-rakan, tak kurang juga yang menyambutnya bersama keluarga tersayang.
Sama juga dengan seorang penuntut universiti, Ku Nur Zawani Binti Ku Zambri, 22, yang menyambutya dengan membuat roti jala bertemakan Jalur Gemilang.
Haah gigih jugak laaa buat sendiri haritu sebab nak celebrate dengan family . Dah habis berseni dah dengan bintang2 tersangatlah 'jadi' line yang herot petot🤣🤣🤣 yang penting rasa on 😋 pic.twitter.com/OKWhL2nsKX
Apabila ditanya dari mana mendapat ilham untuk membuat roti jala bertemakan bendera Malaysia, katanya ia sempena hari lahirnya yang jatuh pada 16 September, iaitu Hari Malaysia.
“Saya memang selalu buat untuk nenek, lepas tu dah jadi kegemaran keluarga. Tapi yang warna kuning laa. Cuma kali ni try lain sikit khas untuk diri sendiri dan semua makan sebab tak nak kek. Buat macam ni puas hati, dah macam hadiah untuk diri sendiri.”
Bagaimanapun, Zawani sedikit kesal kerana merasakan bahawa percubaan membuat roti jala Jalur Gemilang itu kelihatan sedikit senget dan tidak kena di matanya.
“Line dia tak sama sangat tu, maksud saya dia tak baris elok2. Sebab bekas tu tak muat kot. Sebab pernah nampak ada orang buat lagi elok perfect je.”
Namun begitu, pendapatnya itu disangkal oleh kaum keluarga.
“Keluarga kata roti jala itu nampak elok saja, mungkin mata saya yang nampak senget.
“Saya jenis asalkan jadi ja. Cuma tu laa bendera Malaysiakan, risau jugak orang ckp senget ke apa.”
Dia juga turut kongsikan resipi roti jala yang lengkap dengan warna bendera Malaysia itu. Mudah dan simple je!
Resepi ni saya olah versi sendiri, saya recommend sebab lembut wangi dan lemak inshaaAllah hari kedua tu kalau makan dengan kuah masih lembut😅😂. Doakan semoga ayah dan ibu saya dipanjangkan umur,sihat tubuh badan,dimurahkan rezeki serta doakan saya berjaya dunia dan akhirat serta dimurahkan rezeki. Terima kasih🌹
Bahan2 roti jala (anggaran dalam 15-20bj bergantung pada berapa banyak nak kirai jala tu😂) :
– 3cwn tepung gandum – 3½cwn santan/susu cair/air (saya guna 95%santan 5%air sebab sayang baki santan dalam bekas campur sikit air) – 1bj telur – 1sdb butter dicairkan – 1sdk rata garam – 1sdk esen vanilla (optional) – 2sdk tepung jagung (optional) – 3sdk@1sdb tepung kastard (perwarna asli if nak warna kuning tapi taknak pakai pewarna) (optional) – sedikit minyak untuk oles pada kuali -pewarna (optional)
Cara-Cara:
1) Campurkan semua bahan-bahan di atas (kecuali minyak) kemudian blend. Kalau nak buat warna warni boleh bahagikan adunan kemudian baru tambah pewarna.
2)Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak. Kemudian kirai roti menggunakan acuan.
3)Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Angkat, kemudian dilipat atau digulung.
4) Ulang sehingga habis. *tak perlu oles dengan banyak minyak tambah² non stick pan, nanti roti serap minyak.
5) Hidangkan bersama kuah kari atau aneka serawa .
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.