Di celah-celah kisah penceraian dan perpisahan selebriti lain, penyanyi dan pelakon, Amy Mastura pula bersyukur mengecapi hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tersayang.
Dalam satu perkongsian, dia memuat naik foto lamanya yang diabadikan kira-kira 19 tahun lalu sewaktu diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dengan pujaan hatinya, Alvin Tham Suffian.
Foto yang menjadi simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad itu.
Untuk rekod, Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.
Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat, ia bagaimanapun sudah jelas untuk menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi yang tampak awet muda biarpun sudah menjangkau usia 48 tahun itu.
“Nak bersyukur. Itu jer,” ringkas namun penuh bermakna ayat yang diungkapkan Amy?#alhamdulillah#amfcselamanya
Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah atas kebahagiaan tersebut dan mendoakan semoga rumah tangga selebriti pujaan mereka kekal selamanya.
Maintain je muda
Bahagia hingga ke syurga
Sumber: IG amymasturalerr