
Pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida teruja apabila anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus selamat bergelar suami kepada wanita pilihan dikenali Haniz Zahira, 28.
Majlis akad nikah yang serba sederhana itu diadakan di sebuah masjid di ibu kota yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri.
Danial yang juga pemain keyboard kumpulan Neon Band sebelum ini melangsungkan majlis pertunangan dengan Haniz yang juga Pegawai Pemasaran pada 22 Jun yang lalu. Selain Danial, Umie Aida juga memiliki dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 26, dan Aisyah Humaira yang kini berusia setahun.
Tahniah diucapkan buat Umie Aida dan suami. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber: Umie Aida, Erma Fatima & Betty Rahmad
Terima Perubahan Isteri Seadanya, Fizz Fairuz – “Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik”

Sebelum ini belum tular tentang perubahan fizikal selebriti, Datin Almy Nadia yang sering menerima banyak saranan daripada orang sekeliling yang meminta supaya wanita itu menurunkan berat badan.
Menurut suaminya, Datuk Fizz Fairuz, dia tidak kisah dengan perubahan bentuk fizikal isterinya kerana tetap akan menyayangi dan mencintai wanita itu sepenuh hati.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.
“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu,” kata Fizz.
Ujar pelakon berusia 44 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” kata Fizz.
Fizz memberitahu, sebelum ini dia pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” kata Fizz yang ditemui media ketika tayangan perdana filem Coast Guard.
Sementara itu, Fizz mengakui tidak pernah menerima sebarang mesej nakal daripada wanita yang mahu mendekati dirinya dalam media sosial.
“Mesej daripada wanita lain? Sejujurnya tiada. Kalau ada pun scammer. Tapi kalau mesej yang sarankan saya supaya menyuruh isteri untuk kuruskan badan, memang banyak.
“Siap tawarkan produk lagi. Tapi saya tidak melayan pun,” katanya.
Sebelum ini Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pernah menjadi mangsa kritikan netizen terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan.
Sumber : KOSMO!, gambar Instagram @almynadiaofficial
“Pakai Selimut Berlapis-Lapis Tetap Rasa Sejuk.” Gara-Gara Petua Minum Air Sengkuang Cina, Isteri Tajul Hampir Bentan!

Gara-gara mencuba petua yang dikongsikan menerusi instagram, isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie atau lebih dikenali dengan nama gelarannya Ica mengalami demam panas dan hampir bentan.
Ica yang baru sahaja melahirkan anak yang kedua sebelum ini ada memuat naik soalan menerusi instagram storynya untuk mendapatkan petua atau tip bagai mengurangkan penyakit kuning pada anaknya yang baru lahir.
Perkongsian tersebut mendapat banyak respons dan petua daripada wargamaya. Salah satunya adalah dengan menyarankan dia mengambil air sengkuang cina.
Justeru, Ica meminta suaminya, Tajul membelikan air tin sengkuang cina tersebut. Pada awalnya, dia hanya rasa seperti biasa sahaja namun apabila sampai di rumah dia sudah mula rasa pening kepala seperti mahu pitam. Malam itu juga Ica terus demam panas serta rasa sejuk sehingga ke tulang.
“Lagi extreme bila pakai selimut berlapis-lapis pun rasa sejuk tetap tembus” , kata Ica.
Melihat situasi yang dialami isterinya, Tajul kemudiannya mendapat petua membakar bawang putih. Lalu dimasukkan ke dalam nasi yang dikepal kemudian dimakan.
Akui Ica, walaupun rasanya tidak enak namun ia berjaya memberi sedikit kelegaan kepadanya.
Dalam menceritakan detik cemas itu, Ica sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang telah menjaganya dengan baik. Kata Ica dia jarang demam, bila jadi begini dia seperti trauma nak mencuba petua pelik-pelik yang lain.
Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman yang sama apabila mencuba petua ini.
Ica turut menjelaskan bahawa ‘antibody‘ seseorang itu berbeza. Mungkin petua ini sesuai untuk orang lain tetapi apakan daya tidak sesuai untuk dirinya.
Menurut Ica lagi, apa yang dikongsikan itu adalah bagi memberi kesedaran buat ibu-ibu baru di luar sana bagi mengelak mengalami situasi yang sama.
Sumber: mStar Online & icaaeddie
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pengalaman Ibu Ayah Masa Kecil Buatkan Anak Manja. Pakar Ini Jelaskan Kesannya

Anak anda manja walaupun sudah berusia lima tahun? Lebih merisaukan apabila anak tidak tahu berdikari. Istilah ‘manja’ mempunyai makna yang negatif dalam konteks sosial. Ia boleh ditakrifkan sebagai sikap memberi kasih sayang yang terlalu berlebihan dalam fasa awal mengasuh anak-anak. ‘Anak manja’ sering merujuk kepada anak yang cenderung menunjukkan sikap menuntut perhatian yang berlebihan dan ingin dilayani tanpa memperdulikan orang lain. Sikap ini tidak dapat dibendung oleh ibu bapa kerana keliru antara perasaan sayang anak atau manjakan anak.
Sikap manja secara alaminya timbul pada usia setahun lebih apabila bayi mula membina hubungan sosial dengan orang-orang di sekitarnya. Sekiranya sikap manja dituruti oleh ibu bapa sehingga usia tiga hingga empat tahun, akan menghasilkan sikap memberontak (tamper tantrums) atau sikap terlalu bergantung (clinging). Pada usia lima hingga enam tahun, jika berlarutan akan mempengaruhi perkembangan emosi, sosial dan juga intelek anak-anak kerana pada tahap umur tersebut anak-anak mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas seperti di taska atau tadika.
Untuk mengetahui bagaimana situasi ini terjadi. Ikuti ulasan daripada Dr Surayah Zaidon, Jurulatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
FAKTOR PENYEBAB
Umumnya disebabkan corak asuhan daripada kecil yang menyebabkan anak menjadi manja. Ikuti selanjutnya faktor penyebab anak menjadi manja.
1.Terlalu berlebihan sayang anak.
Ibu bapa tidak mahu anak merasa ‘susah’ atau beranggapan sepatutnya lakukan segalanya untuk anak. Kemungkinan juga ibu bapa tidak yakin anak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri.
2.Kurang tegas dalam mengasuh
Ibu bapa kurang tegas dalam usaha mengasuh atau mendidik anak. Akibatnya sejak kecil kemahuan dan kehendak anak dituruti dan dibiarkan membuat sesuka hati tanpa ditegur. Akhirnya jadilah ‘anak yang tidak mendengar kata’ iaitu ibu bapa menjadi ‘pak turut’ kepada anak-anak mereka.
- Pengalaman ibu bapa semasa kecil
Ibu atau bapa pernah diasuh dengan corak asuhan authoritarian (kawalan yang ketat,tidak bertolak ansur atau fleksibel dengan anak). Mereka tertekan semasa membesar, jadi beranggapan untuk anak sendiri, mereka perlu memberikan the best iaitu dengan memanjakan anak mereka.
- Alasan tiada masa
Ibu bapa yang sibuk beranggapan kekurangan masa berkualiti dengan anak dapat digantikan dengan menurut segala kemahuan anak.
KESAN MANJA KEPADA PERKEMBANGAN
Akibat sering mendapat apa yang dimahukan atau bebas berbuat sesuatu mengikut kehendak hati, anak-anak menjadi:
1.Kurang berdikari atau kurang keinginan atau perasaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Anak ini akan mengharapkan dan mendesak orang lain untuk mengambil tanggungjawab yang diberi.
2.Sering bergantung kepada orang lain dalam apa sahaja.
3.Tiada atau kurang keyakinan diri menyebabkan kesukaran dalam menonjolkan potensi diri.
4.Kurang keinginan untuk membuat eksplorasi yang akan menjejaskan perkembangan inteleknya.
BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA
Bagi membendung kesan kemanjaan yang akan mempengaruhi jati diri dan hubungan sosial anak-anak apabila meningkat remaja, terdapat beberapa faktor yang ibu bapa perlu ambil peduli.
1.Ibu bapa mesti sedar kesilapan mereka dan beriltizam untuk memperbaiki corak pengasuhan anak.
2.Kedua-dua ibu bapa perlu konsisten dalam mengamalkan ketegasan dalam mengasuh anak-anak.
3.Membimbing anak-anak sedikit demi sedikit untuk bersikap lebih berdikari. Contohnya oleh dimulakan dengan meminta anak menyuap makanan atau memakai baju mereka sendiri tanpa bantuan. Dengan cara ini, anak-anak mula membina kepercayaan bahawa mereka mampu berdikari.
4.Mempercayai dan memberi kepercayaan kepada anak-anak akan kemampuan mereka untuk melakukan sendiri perkara-perkara yang bersesuaian tahapumur mereka. Ibu bapa perlu sabar kerana anak-anak mungkin memerlukan masa untuk boleh membuat sesuatu secara sendiri dengan baik.
5.Memberi peluang kepada anak-anak untuk bersosial dengan rakan sebayanya (contoh menyertai kumpulan bermain; play group) seawal usia dua tahun supaya pengalaman bersama rakan sebaya dapat membentuk kemahiran bersosial yang positif.