“Alhamdulillah Tahniah. Dah Macam Kembar, Beza Hari Je.” Agong & Raja Permaisuri Dikurnia Sepasang Cucunda Selang 2 Hari!

Share

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini menyambut kelahiran dua cucunda.

Lebih menggembirakan, Tuanku berdua dikurniakan sepasang cucunda.

Berita gembira tersebut dikongsikan laman Instagram Istana Negara. Dalam Kapsyen  tersebut, turut dikongsikan nama cucunda lelaki iaituTengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser lahir pada Isnin (31 Januari).

Manakala cucunda perempuan yang lahir pada Rabu (2 Januari) diberi nama YM Tengku Aleya Norlini.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.

“Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.

YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.

“Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YHM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Sumber: Istana Negara