“Alhamdulillah Selesai…”-Dua Bulan Bernikah Akhirnya Abang Viva Dirai Bagai Raja Sehari!

Share

Permulaan tahun 2023, semua antara kita mengharapkan agar di tahun ini akan menjadi satu detik waktu yang indah dan terbaik dalam hidup.

Begitulah yang diharapkan oleh Azwan Omar atau lebih mesra disapa Abang Viva, Azwan jika sebelum ini dilihat baru sahaja selesai menjalani misi bantuan banjir ketika awal Disember tahun lalu di sekitar Pantai Timur.

Bahkan sebagai mana semua tahu, Abang Viva juga telah mendirikan rumah tangga pada dua bulan yang lalu bersama dengan pilihan hatinya, Evanoza Zakaria. Pun begitu belum berkesempatan untuk dirai sebagai raja sehari.

Lantaran itu bagi penutup tahun 2022 dan sekali gus memulakan tahun baru, tanggal 31 Disember menjadi saksi apabila  pasangan ini akhirnya ‘naik pelamin’ menjadi raja sehari dengan mengadakan majlis persandingan yang meriah yang turut dihadiri kenalan dan juga keluarga terdekat.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

“Alhamdulillah selesai majlis perkahwinan…”-Azwan Omar

Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh Azwan di akaun Facebooknya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang sudi menaja majlis mereka.

Dalam perkongsian tersebut, anak jati Melaka itu dilihat segak dan berseri dengan memilih tema pakaian rona coklat lembut keemasan digayakan sedondon sekali gus berjaya mencuri tumpuan wargamaya.

ARTIKEL BERKAITAN 

Isterinya, Evanoza juga turut sama mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan mendoakan agar rumah tangga mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Mengimbas kembali tentang kisah pasangan suami isteri ini, pada Oktober tahun lalu, gambar pernikahan Azwan dan isterinya telah tular di media sosial dan di aplikasi TikTok. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, ahli keluarga Abang Viva seakan memberi bayangan bahawa pasangan tersebut tidak mendapat restu dari keluarga lelaki ketika bernikah dan ia menjadi kecoh apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan di media sosial.

 

 

Namun, Abang Viva dan isteri mengambil pendekatan untuk tidak ‘memanaskan’ lagi keadaan dan tak lama selepas itu mereka telah bertemu empat mata dan saling bermaafan.

Azwan turut membawa isterinya ke misi bantuan banjir di Pantai Timur baru-baru ini dan sempat membuat live sewaktu dilokasi kejadian bagi berkongsi keadaan semasa di sana.

Sumber : Azwan Omar & Evanova D Sini

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club