Alhamdulillah, Rezeki Dapat Banyak Daging Korban. Boleh Buat Nasi Daging Istimewa Utara Ni!

Share

Sejak semalam, mesti ada orang ketuk rumah, sedekah daging korban. Kan? Alhamdulillah rezeki. 

Hasil dari rezeki orang sedekah tu, ada yang goreng dan ada yang buat sup. Bagi sesiapa yang rajin, boleh la ikut resipi dari Superdaddy Khairul Abdullah kita ni, nasi daging istimewa orang utaqa! Jom usha resipinya!

Kalau raya korban ni, belah utara nu memang inilah juadah utamanya.

Memandangkan aku orang Kedah maka wajiblah aku bersusah-susah semalaman masak ni sebab nak jamu kat tetamu yang mai rumah hari ni.

So, daging korban yang banyak dok ada tu hampa bolehlah try buat nasi daging ni.

Nah aku up lagi sekali resepi Nasi Daging Istimewa oleh SuperDaddy Khairul Abdullah

Bahan yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini:

2 cawan beras basmathi direndam 30 minit dan toskan.
300gm daging, potong kiub saiz sedang yer.
½ cawan susu cair (kalau takde pun takpe)
1 helai daun pandan.
1 ½ sudu besar rempah kurma
1 kiub pati ayam
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
½ biji tomato
2 sudu kismis hitam (kalau ada)
2 sudu gajus (kalau ada)

Bahan untuk menumis:

½ biji bawang besar/bawang kecil, hiris nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga

Bahan untuk air asam kerisik:

1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, hiris nipis
5 biji cili padi, potong kecil
1 inci belacan
1 sudu paste asam jawa dibancuh dengan ½ cawan air .
½ sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
1-2 sudu jus limau nipis

Cara melaksanakan projek ini:

1. Rebus daging yang telah dipotong kiub bersaiz setengah kotak mancis (jangan kecil dari tu, nanti daging hancur pulak) bersama 5 cawan air serta ½ sudu rempah kurma dan garam sehingga empuk. Paling cepat guna pressure cooker set 25 minit dah cun.

2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali ke dalam periuk ke tak kisah, tetapi yang besar dan senang nak kacau. Masukkan bahan tumis dan tumis sebentar. Kemudian masukkan lebihan serbuk kurma dan kacau sampai bau dia sedap.

3. Masukkan susu cair kalau ada dan kacau biar pekat dan masukkan beras yang telah ditos bersama daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan sampai sebati. Masukkan daging, kismis, gajus dan tomato. Kacau rata.

4. Pindahkan beras tadi ke periuk elektrik dan masukkan 3 cawan air rebusan daging tadi bersama kiub pati ayam. Kiub pati ayam tu hancurkan atau elok cairkan dahulu. Tak perlu tambah garam dah. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup.

Biarkan nasi masak dan selepas masak gemburkan dengan garfu agar nasi tak berketul bila sejuk nanti.

Siap.

Now cara nak buat air asam kerisik pula:

1. Paling baik, tumbuk kasar, cili bersama sebahagian tomato dan sebahagian bawang serta belacan.

2. Lepas tu masukkan semua bahan tumbuk dan bahan lain ke dalam bekas dan gaul sebati.

Siap.

Baki air rebusan daging korang tumislah bawang halia bagaindan jadikan sup. Nak lengkap lagi korang buatlah dalca okeh. Kau google lah resepi dalca tu. Maka siaplah sup dan dalca.

Maka hidanglah sepinggan nasi bersama beberapa ketul daging bersama semangkuk air asam. Perah limau dalam baki air rebusan daging tadi dan tabur daun sup.

Cara nak makan:

1. Ceduk 2 sudu kuah air asam dan gaul bersama nasi.

2. Cubit daging yang dah lembut tu, celupkan ke dalam air asam dan kaut sikit bawang, tomato dan cili dan letakkan ke atas nasi lalu suapkanlah ke mulut dengan penuh perasaan.

3. Rasa nasi yang gebu dan sedap diikuti rasa daging enak dan masam-masam manis pedas tu bikin air liur meleleh wehhh.

4. Hirup sikit demi sedikit baki air rebusan tadi yang kini dah jadi sup.

5. Dan makanlah dengan bersungguh-sungguh.

Cuba tau.