Tiada yang lebih menggembirakan bila mana mengetahui isteri yang dicintai kini berbadan dua. Doa dan usaha yang selama ini didengari dan dimakbulkan oleh Dia Yang Maha Esa.
Bagi Abam Bocey, tiada yang lebih menggembirakan bila isterinya kini sedang membawa bersama zuriat mereka yang pertama yang baru memasuki usia 3 bulan kandungannya.
Berita itu dikongsikan oleh Abam menerusi laman instagramnya.
Dengan kapsyen, Kehadiran yang sangat dinanti. Hadirlah dengan baik… Abam turut mendoakan anak dalam kandungan isterinya itu baik-baik sahaja.
Alhamdulillah terima kasih semua…. Syukur ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR!! tulisnya lagi.
Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu.
“Alhamdulillah, rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semuanya.
“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah.
“Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” ujarnya.
Jika dulu apabila ditanya mengenai anak, Abam Bocey mengakui dia hanya merancang namun Allah yang boleh menentukan.
“Hari-hari saya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya memang dah bersedia dengan jawapan jika ada yang bertanya soal anak.
“Saya tahu mesti ada yang akan bertanya kahwin dah nak setahun tapi bila nak dapat anak. Jawapan saya senang sahaja, kalau kita nak mati esok, kita tahu tak? Macam itu juga dengan kelahiran. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, kita usaha.
Nyata kini Allah sudah mendengar doa Abam dan isterinya. Semoga baik-baik sahaja kandungan isteri Abam sehingga selamat melahirkan.
Peminat dan pengikut pelawak ini turut mengucapkan tahniah dan mendoakan isteri dan kandungannya baik-baik sahaja.
Sumber: Mstar Online & IG abam_bocik