Tiada yang lebih menggembirakan bila mana mengetahui isteri yang dicintai kini berbadan dua. Doa dan usaha yang selama ini didengari dan dimakbulkan oleh Dia Yang Maha Esa.
Bagi Abam Bocey, tiada yang lebih menggembirakan bila isterinya kini sedang membawa bersama zuriat mereka yang pertama yang baru memasuki usia 3 bulan kandungannya.
Berita itu dikongsikan oleh Abam menerusi laman instagramnya.
Dengan kapsyen, Kehadiran yang sangat dinanti.Hadirlah dengan baik… Abam turut mendoakan anak dalam kandungan isterinya itu baik-baik sahaja.
Alhamdulillah terima kasih semua…. Syukur ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR!! tulisnya lagi.
Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
Ads
Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu.
“Alhamdulillah, rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semuanya.
“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah.
“Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” ujarnya.
Ads
Jika dulu apabila ditanya mengenai anak, Abam Bocey mengakui dia hanya merancang namun Allah yang boleh menentukan.
“Hari-hari saya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya memang dah bersedia dengan jawapan jika ada yang bertanya soal anak.
“Saya tahu mesti ada yang akan bertanya kahwin dah nak setahun tapi bila nak dapat anak. Jawapan saya senang sahaja, kalau kita nak mati esok, kita tahu tak? Macam itu juga dengan kelahiran. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, kita usaha.
Ads
Nyata kini Allah sudah mendengar doa Abam dan isterinya. Semoga baik-baik sahaja kandungan isteri Abam sehingga selamat melahirkan.
suziesapie Tahniah @abam_bociksemoga di beri kesihatan yg baik sepanjang tempoh 9bulan yg mendatang dan di permudahkan segala urusan.. insyaallah.. aamiin
Hari-hari yang dilalui oleh pasangan Encik Hyzer Habeeburrehman, 37 tahun dan Puan Sherin Mohd Yasin, 40 tahun bersama dengan 3 puteri kesayangan mereka cukup membahagiakan.
Anak sulung diberi nama Heidi Hasmine, 14, anak kedua Heizeh Jasmine, 11 tahun dan paling bongsu Heily Jasmine, 4 tahun.
Namun tanpa siapa menduga, ujian yang diterima oleh anak kecil seperti Heily ini memberi kesan cukup hebat buat keluarga ini.
“Dalam sekelip mata semua ini terjadi. Allah jentik hati kami dengan dugaannya, namun Allah juga memberi penyelesaian dan kelancaran untuk kami mengharungi detik cemas tersebut. Tersusun cukup rapi dan kemas, Subhanallah,” ujar puan Sherin di awal bicara dan turut hadir selain pihak Majalah Keluarga ketika sesi temu ramah ini adalah wakil pihak Hospital Pakar Avisena, Shah Alam.
Diagnos Ketumbuhan Otak
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya.
“Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini,” ujarnya lagi dengan tenang.
Kerap Demam Serta Muntah
Rentetan daripada itu, ibu mana yang tidak risau dengan keadaan permata hati yang dilihat menyusut tahap kesihatannya. Lalu Sherin dan suami mendapatkan rawatan kesihatan dengan membawa anaknya ke hospital Avisen berhampiran.
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke Avisena memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada Sabtu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke Avisena sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Nyawa galang ganti
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeiksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Ketika itu saya tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak kami ini. Jika nyawa saya galang gantinya, saya rela agar anak saya tidak merasakan kesakitan tersebut.
“Begitulah andaiannya yang boleh saya gambarkan bila saya melihat keadaan Bubu. Jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkesima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan.
“Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati.Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak Hospital Pakar Avisena yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan suami isteri, pasti mempunyai kisah tersendiri. Dato’ Aaron Aziz dalam baru-baru ini berkongsi momen ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.
Dalam perkongsian tersebut, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz mendedahkan sikap isterinya yang membuatkan netizen terhibur menerusi instagram miliknya.
“Bukan tak Nak senyum lebih tapi tak tahu la kenapa bila baju pink senyuman tak keluar. Yang menghairankan org yg suruh pakai pink TAK PAKAI PINK.
“Dia cakap “Tak kan semua org pink nanti macam family pink panther, so I contrast la sikit!” Fuhhhhhh jawapan dia memang takde org boleh fight! MashaAllah,” ujar Aaron Aziz.
Malah, hashtag yang dimuat naik Pelakon Ombak Rindu ini juga cukup melucukan.
Sebelum itu, aktor kelahiran Kota Singa turut memuat naik perkongsian mengenai gelagat isterinya yang mengambil masa lama untuk bersiap sedangkan dia individu terawal yang bangun.
Alhamdulilah Day 2 kita BERJAYA keluar siang. Kul 1.30pm dah keluar. Permaisuri semua Bangun kul 10 lebih tapi hairan make up Sampai kul 1pm. Kenapa eh? Adakah Sebab Hotel sangat selese make up Sampai 3jam ye?
#abgtakfaham#abgtakutnaktegur Doa doa punya doa akhirnya kena pakai pink jugak. Bila Di tanya 2nd day pakai apa, dia cakap black. Bila pika keluar kan dari bag jadi pink. Wah hebat la colour boleh tukar,”ujar aktor yang berusia 42 tahun ini membuatkan ada netizen mengakui cukup lucu dengan perkongsian tersebut.
mazlinakadir Isteri always right tu paling tepat ?
Jawapan takde orang boleh fight
lilywhizbee Bertahan… pink pun ok apa? Jawapan tak de org boleh fight tu sebab dia tengkuk keluarga.. kalau tengkuk pusing, kepala kena ikut pusing.. ? selamat hari raya aaron n family..
hmikakirora At least, u willingly wear the pink. My husband, setitik warna pink ads kt baju dia je, ishhhhh….. tak akan lah dpt tgk dia pakai baju warna pink. ?♀️
lamyanundalalep23 Kesian abang…abang pakai colour apa pun..abg masih terserlah kesadoan nya ..senyum jer ek ?
mursyidah.mohdbadruzahar Jawapan isteri seluruh dunia,peguam negara ke antarabangsa pun kalah ???
Aktiviti mewarna dilihat sebagai aktiviti yang cukup mudah bagi sesetengah orang namun aktiviti ini sebenarnya mempunyai begitu banyak kebaikkannya kepada anak kecil.
Mewarna menggunakan kertas warna bersaiz besar atau kecil, mana lagi satu baik untuk anak?
Menurut perkongsian Ahli Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, anak yang menggunakan kertas warna kecil dan bersaiz besar banyak perbezaannya.
Jom ikuti perkongsian beliau.
Kalau nak ajar mewarna, kena guna gambar yang besar ke gambar kecik?
“Gambar besar”
Hampir 90% guru-guru menjawab mereka menggunakan gambar besar dalam slot aktiviti mewarna di sekolah.
Sebenarnya, kemahiran mewarna adalah untuk mereka belajar fokus.
Implikasi guna gambar besar:
1. Murid lebih kepada menconteng keseluruhan gambar.
2. Cepat penat.
3. Lepas tu dah tak nak mewarna lagi.
Implikasi guna gambar lebih kecil:
1. Murid lebih fokus kepada satu objek yang hendak diwarna.
2. Cepat siap.
3. Excited nak mewarna objek lain pula.
Cuba try test kepada anak-anak atau murid di sekolah. Mulakan dengan mewarna bentuk kecil.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.