Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar khusus kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman hari ini, golongan itu pertamanya, bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu akan menikmati moratorium lanjutan bersasar bagi tempoh tiga bulan.

Selepas tiga bulan menurutnya, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

“Kedua, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat koronavirus (Covid-19), bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.

“Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji.

IKLAN

“Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Alhamdulillah! Moratorium Bersasar Dilanjutkan, Tiga Golongan Ini Dapat Manfaat!

Di samping itu Muhyiddin berkata, bank telah memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau yang bekerja sendiri.

IKLAN

Namun menurutnya, ia bergantung kepada situasi peminjam dengan bantuan yang ditawarkan termasuk membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa ditetapkan.

“Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan atau memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

IKLAN

“Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli

“Contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan lebih rendah,” katanya.

Kerajaan pada Mac lalu mengumumkan pelaksanaan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan bermula April sehingga September ini.

Langkah itu diambil bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19) apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI