Kes penderaan remaja sindrom down, Bella yang didakwa menjadi mangsa dera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali semakin hangat dan menjadi bualan di kalangan warganet.
Malah, ia turut mengundang perhatian YAM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam iaitu isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor. Menerusi InstaStorynya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut tampil memberi reaksi berhubung kes berkenaan.
Menurut Che’ Puan Khaleeda, melalui kuasa yang dimiliki, beliau berhasrat untuk membantu dengan melakukan apa sahaja demi menegakkan keadilan bagi pihak remaja berusia 13 tahun itu.
Malah, beliau mengakui turut terkesan dengan kes berkenaan apatah lagi terdapat segelintir pihak yang disifatkan ‘pengecut’ mahu ‘melarikan diri’ atas kesalahan dilakukan.
“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya,” tulisnya.
Bahkan Dalam perkongsian tersebut, Che’ Puan Khaleeda juga memberi pesanan kepada pihak terbabit mengenai karma yang akan menyusul dalam kehidupan mereka sama ada di dunia atau akhirat nanti.
Ads
“Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” ujarnya.
Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Melihatkan hubungan dua beranak ini, tiada siapa boleh menyangkal mereka sangat rapat dan cukup mesra.
Keintimanan Erra Fazira dan anak tunggalnya, tengku Alesya jelas terserlah bila melihat video mahupun gambar yang dimuat naik di laman instagramnya. Bahkan, di luar juga mereka tampak cukup rapat antara satu sama lain.
Malah, dua beranak ini juga suka menulis nota antara satu sama lain setiap hari dalam meluahkan rasa rindu.
Ini diakui sendiri oleh Erra yang memuat naik beberapa keping nota ucapan di instagramnya.
“Antara aktiviti kami, dua beranak.. sama sama suka tulis notes and surprise each other.. ??.,” Tulis Erra Di kapsyennya.
Bukan itu sahaja, mereka juga suka buat surprise antara satu sama lain. Sweet kan dua beranak ni.
Sebuah kemalangan telah berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam yang membabitkan lima kenderaan iaitu Honda HRV, Proton Wira, Perodua Alza dan Perodua Bezza selain lori membawa muatan pasir, berhampiran Loji Petronas.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah lori muatan pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
Ia juga dipercayai berlaku apabila Honda HRV yang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat memperlahankan kenderaan kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya sebelum dirempuh lori pasir berkenaan dari arah belakang.
Akibat itu, enam beranak dilaporkan maut dalam kemalangan terbabit , manakala dua lagi dirawat di Hospital Segamat akibat para di dada dan badan.
“Lori pasir berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh pula sebuah Perodua Alza dinaiki enam mangsa yang maut itu.
Beliau mengesahkan mangsa yang maut akibat kemalangan itu adalah pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46, serta isterinya Norahimah Noor Muhamad, 43, selain anaknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
“Seorang lagi anak mangsa, Abdullah, 15, dan pemandu lori dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan,”maklum Ahmad Zamry.
Allahyarham selalu ingatkan soal kematian, jangan leka duniawi
Sementara itu, rakan karib sekerja kepada Amir Rudin Ismail iaitu Mohd. Noor Hamizi, 39, berkata, sejak dua minggu lalu, Allahyarham semakin kerap berbual mengenai kematian, dosa pahala serta hari pembalasan.
Malah, dia juga sering menasihatinya untuk tidak leka dengan hal duniawi dan usah melengahkan waktu solat.
“Saya tidak menyangka kata-kata dan nasihat arwah kepada saya dan rakan-rakan lain yang ada kalanya disampaikan secara santai menjadi petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Dia sering menceritakan hal dunia yang sementara, pelbagai perkara yang berlaku tanpa mengira dosa pahala yang terjadi sejak kebelakangan ini dalam masyarakat.
“Saya sudah menganggap dia seperti abang kandung sendiri. Dia juga nasihatkan supaya bersabar dan jangan bertindak di luar batasan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS), di sini pagi ini.
Mangsa Sempat Berseloroh Bergambar Bersama Tanda Kenangan
Dalam pada itu, kakak kepada Norahimah berkata mangsa sempat berseloroh untuk mengambil gambar kenang-kenangan sebelum seorang daripada mereka meninggal dunia.
“Arwah minta bergambar beramai-ramai buat kenang-kenangan sambil berseloroh mana tahu seorang daripada kita pergi dulu.
“Itulah gambar terakhir kami empat beradik dan semalam, dia sekeluarga pergi buat selamanya,” kata Norhayati Noor Muhamad.
Kali terakhir dia berjumpa dengan keluarga arwah adiknya itu pada Ahad minggu lalu ketika majlis perkahwinan adik bongsu mereka, Norahila, 36, di rumah ibu mereka di Parit Jawa, Muar dekat sini.
“Saya anak kedua dan Noorahimah rapat dengan adik bongsu (Noorahila), semasa kenduri hari itu, arwah minta bergambar beramai-ramai, dia cakap mana tahu seorang daripada kita pergi dahulu boleh buat kenang-kenangan,” katanya katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Daerah Segamat di sini hari ini.
Norhayati berkata, Noorahimah adalah seorang adik yang ceria dan periang serta ibu yang tegas.
“Sebelum dia pergi, tidak ada apa-apa tanda yang pelik berlaku, dia seorang yang ‘happy go lucky’, nak kata garang tidak cuma dia seorang ibu yang tegas,” katanya.
Amir Ruddin Ismail bapa kepada enam cahaya mata itu juga merupakan imam Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang antara enam terkorban termasuk isteri serta empat anaknya dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan petang semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, ketika kejadian Allahyarham Amir Ruddin dalam perjalanan menghantar isterinya yang turut maut untuk pulang bertugas sebagai ustazah di Sekolah Agama Ladang Kemedak di Segamat.
Katanya lagi, Allahyarham Amir Ruddin merupakan seorang yang baik dan taat pada perintah agama. Dia juga tidak menyangka bahawa teguran arwah yang kadang kala serius dan secara berjenaka mengenai soal kematian sejak akhir ini merupakan petanda ajalnya tiba.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.